Monday, 28 January 2013

FATWA DEWAN ULAMAK: AHLI PAS WAJIB UNDI DAP

Kunjungan TG Nik Aziz ke rumah Karpal disambut air mata gembira

Beberapa jam yang lalu, blog ini telah melaporkan bahawa penyokong-penyokong Pas tidak akan memberikan undi kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pilihan Raya Umum ke 13, tetapi Tok Guru Pas Nik Aziz dalam kunjungannya kepada Pengerusi DAP Karpal Singh telah memberikan jaminan bahawa Pas tetap menyokong pencalonan DAP seperti yang telah dinasihatkan oleh Setiuasaha Dewan Ulama Pas, Ustaz Khairdduin Aman Razali.

Kata Khairuddin "Ahli-ahli Pas wajib mengundi DAP yang disokong kuat oleh Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Ustaz Riduan Mohd Nor.

Berita di bawah ini dipertik dari  Harakahdaiily

28 Jan 2013
(PENUH KECERIAAN ... Tg Nik Aziz memotong kek harijadinya ke 82
di rumah Karpal Singh dengan diperhatikan keluarganya)

KUALA LUMPUR: Sikap positif yang ditunjukkan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengunjungi Pengerusi DAP Karpal Singh disambut air mata gembira oleh para penyokong Pakatan Rakyat.

Ini kerana, bagi mereka hubungan erat antara pimpinan parti dalam Pakatan Rakyat akan menambahkan keyakinan rakyat untuk mentadbir negara dengan baik apabila Pakatan berjaya ke Putrajaya nanti.

Petang semalam, Tuan Guru Nik Aziz mengunjungi Karpal Singh di Gelugor Pulau Pinang dalam suasana perayaan Thaipusan sedang meriah di kawasan kediaman Karpal itu.

Tuan Guru Nik Aziz dengan ditemani Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Salleh Man, disambut gembira oleh Karpal dan keluarganya.  Tuan Guru Aziz berkunjung ke rumah Karpal dalam rangka lawatan beliau ke Pulau Pinang semalam dan malam tadi.

Tuan Guru Nik Aziz kemudiannya memotong kek hari jadinya yang ke 82 di rumah anggota Parlimen Bukit Gelugor di Jalan Scotland itu.

Setiausaha Dewan Ulamak, Ustaz Khairudin Aman Razali ketika menyambut baik berita ini berkata, beliau pernah membuat kenyataan sebelum ini, ahli PAS wajib mengundi calon DAP di kawasan mereka.

"Ia perlu sekiranya ia membantu untuk menjatuhkan kezaliman dan menegakkan kebajikan," katanya.

Ia juga dipersetujui oleh Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS, Ustaz Riduan Mohd Nor.

Karpal ketika mengulas kunjungan ini berkata, "Kehadirannya memberi mesej yang kuat bahawa kesatuan kami tetap utuh walau dengan apa yang telah berlaku.

"Kami memahami dan menerima perbezaan antara satu sama lain," kata Karpal kepada media selepas kunjungan itu.

Kegembiraan ini tidak dikalangan penyokong PAS dan orang Islam sahaja bahkan di kongsi bersama oleh orang bukan Islam yang ingin melihat Malaysia yang lebih baik.

Vivek Vairakkannu dalam komennya di Facebok TG Nik Aziz menulis: "Semoga Tok  menyambut hari jadi selama-lamanya. Saya anggap Tok adalah tunggak utama untuk menyatukan rakyat Malaysia dengan aman dan makmur. Harap saya jabat tangan Tok satu hari dimana saya anggap Tok bersamaan dengan Mahtma Gandhi."

5 comments:

  1. Nik Fadhilah Kelantan'28 January 2013 at 19:25

    Saya setuju dengan komen Vivek Vairakannu dalam facebooknya meanggap Nik Aziz sama sperti Mahtma Gandhi.Saya harap hasrat Vivek tercapai untuk berjabat salam dengan Nik Aziz sebelum Nik Aziz berjabat salam dengan MahtmaGandhi diakhirat.

    ReplyDelete
  2. Kadir Jailani Pulau Pinang.29 January 2013 at 06:14

    Apa juga perlu dilakukan oleh Pas untuk membasoh imej dan dosanya yang lalu sebagai parti yang anti bukan Islam, yang mahukan negara ini jadi negara Islam dengan hukuman hukuman Islam yang keras.

    Maka dengan Nik Aziz pergi mengadap Karpal Singh untuk merayakan hAri jadinya bersempena dengan taipusam maka tentulah Imej Pas sekarang telah bertukar kepada bukan Islam.

    Bagaimanapun Pas mestilah sesekali meyakinkan kembali orang Islam bahwa ia tetapi bediri diatas prinsipnya menghaArmkan wanita menggunting ramBut lelaki, mengadakan dua kaunter pembayaran di pasaraya dan juga meneruskan tuntutn supaya diasingkan lelaki dan perempuan dalam panggung wayang.

    Pas mestilah bersifat hipokrasi, double standard dan tolak ansur s demi untuk mencapai matlamat terakhirnya tetapi yang jelas tentulah bukan lagi negara Islam tetapi pluralisme Islam Anwarinas.

    .
    Apapun ini menunjukan keberkesanan kempen BN di pulau pinang yang memaksa Nik Aziz pergi menyembah Karpal Singh untuk meyakinkan karpal bahawa Pas tetap akan tetap ke neraka bersama DAP.

    Lawatan Nik Aziz kerumah Karpal Singh dan Pulau Pinang pusat perayaan Taipusam dan untuk merayakan hari jadinya yang sepatutnya dirayakan di serambi mekah, adalah merupakan lawatan dhururat atau kecemasan bagi memenuhi jemputan DAP yang sudah tidak akan mendapat undi orang Islam di Pulau Pinang.

    Jasamu di kenang Nik Aziz,engkau lebih hebat dari Tunku Abdul Rahman yang engkau kutuk suatu masa dahulu.Hebat dungguh toleransi agamamu. Demikianlah taraf guru pondok berpolitik





    ReplyDelete
  3. Anak Jati Kelantan.29 January 2013 at 07:30

    Hoi Tok Guru Nik Aziz, tak takut nak mampuskah dok jual maruah Islam dan Melayu dihujung hayat?

    ReplyDelete
  4. Wijayamala Tanjung Bunga.29 January 2013 at 10:04

    Sewajarnya masyarakat Cina menganbil berat kata kata Pengerusi MCA Penang Dr Ng Yen Yen " a vote for Dap is a vote for Pas. Do not be mistaken that if opposition comes into power hudud lawas will not effect not muslim.

    " Under this law law,non muslim women are viewed as the least important. Women must think before we vote as we need to protect our right,liberties and position"

    Secara kasar saya nak beritahu Cina pulau pinang kalau hampa nak mampus hampa undilah DAP.Kalau tok guru no eduction boleh bohong orang Islam,hampa nak percaya pada dia,ikut suka hampalah, tapi aku percaya Cina Penang cerdk sebab itu mereka tukar kerajaan dari masa kemasa.Kita mesti tukar Guan Eng tokong.MCA dah sedar.

    ReplyDelete
  5. cina lebih rela pangkah umno daripada pangkah pas. pas parti lebih Islamic, konservatif, anti hiburan-sosial dll perbezaan

    ReplyDelete