![]() |
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
|
Syabas Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Belia dan Sukan kerana berani menyuarakan: "Membawa askar ke stadium, bukan budaya sukan Malaysia dan perkara seperti ini tidak sewajarnya berlaku" (lihat Utusan Malaysia hari ini 24 Januari).
Inilah yang terpendam dan terbuku di hati rakyat sejak peristiwa itu berlaku di Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu pada 15 Januari lalu. Rakyat pada keseluruhannya tersinggung dengan perbuatan luar biasa itu dan kemudian terhina bila diminta pula mereka mediamkan diri dan jangan memanjangkan perkara ini.
![]() |
Tengku Ismail Ibrahim bersama anggota
Tentera Timbalan Setia Johor
|
Shabery tidak mempedulikan permintaan ini, sebaliknya beliau berkata: "Saya tidak fikir wajar mana-mana pihak membawa askar peribadi dan bersenjata ke stadium. Mereka tidak patut mengambil bahagian dalam sukan kerana kita ada polis yang boleh mengawal keadaan, kecualilah jika polis sendiri yang meminta bantuan."
Shabery telah meluahkan perasaan rakyat dengan terus terang, ikhlas dan wajar. Inilah suara berani rakyat, inilah suara yang sezaman dengan peredaran globalisasi yang meminta penyesuaian pemikiran, sikap dan tindakan dari setiap strata negara, dari raja-raja, birokrat, kepimpinan negara, para profesional dan rakyat biasa untuk menggambarkan ketamadunan negara.
![]() |
Adakah ini Anggota
Regimen ke 2 Gerak Khas
Komando yang mengawal di Stadium Sultan
Muhammad IV ? |
Shabery merasa perlu untuk membersihkan imej negara demokratik Malaysia.
Setiap menteri ada tugasnya yang diamanahkan oleh rakyat yang dikhususkan tanggungjawabnya oleh Perdana Menteri dan semua teguran tidak semestinya datang langsung dari Perdana Menteri atau Perdana Menteri tidak perlu untuk melakukan tugas menterinya kecuali jika terpaksa.
![]() |
Datuk Zahid Hamid
|
Dalam hal ini, Shabery telah menjalankan tanggungjawabnya.Syabas anak watan yang berani yang juga merasa bertanggungjawab untuk mengambil tugas Menteri Besar Johor.
Hanya yang tinggal menjadi pertanyaan ramai apakah benar yang hadir pengawal Liga Super itu anggota Regiment ke 21 Gerak Khas Komando (GKK) atau Askar Timbalan Setia Negeri Johor.
Jika Panglima Angkatan Tentera Darat tidak berupaya untuk menjelaskannnya seperti yang dijanjikannya di dalam akhbar, maka adalah menjadi tanggungjawab Menteri Pertahanan, Datuk Zahid Hamidi untuk mempunyai rasa tanggungjawab dan keberanian yang tinggi darjatnya pada pandangan rakyat seperti yang diserlahkan oleh Shabery.
Ini perlu dilakukan demi untuk membersihkan imej sukan negara dan imej tentera.
SILA BACA JUGA POSTING TERDAHLU: TENTERA DARAT TIDAK ANGGAP PENTING PERKARA PELEK (20 Januari) DAN RAKYAT MESTI PERSOALKAN KEHADIRAN KOMANDO (19 Januari).




Terima Kasih Datuk Shaberi kerana menjuarai isu ini sebelum ianya digunakan oleh pihak pembangkang.Tidak kita hanya jadi pak turut.
ReplyDeleteAdakah Zahid Hamidi merasakan dia tidak cukup kuat untuk mempertahankan imej Tentera Malaysia. Rakyat perlu tahu samada tentera terlibat atau tidak dan jika terlibat arahan siapa dan apakah tentera bagitu mudah untuk diara arah oleh sesiapapun terutamanya pasukan komando???
ReplyDeleteTok nenek dulu bila pi sabung ayam bawa pahlawan atau kaki pukul, tak ada bezanya sekarang ini. Kalau kalah kita pukul.Kalau menang kita pukul, kerana melibatkan wang mas, wang mas, wang mas.
ReplyDeleteAkhirnya ayam kalah kampung tergadai. Sana ghoplah sini tersadai.
Apakah mereka ingat arahan jangan bincangkan lagi soal kehadiran tentera di padang bola sebagai perentah yang semua orang mesti ikut dan patuh. Tirulah peradaban dan kebangsawanan Duli Yang Mahamulia Sultan Pahang dan Anaknya dalam pengurusan sukan.Sukan adalah untuk persahabatan dan bukan untuk berperang.
ReplyDeleteKita ingat selama ini Hishamuddin Hussein sahaja yang lembek kerana tak berani bertindak cuma berani bagi amaran sahaja, rupa-rupanya Zahid Hamidipun sama jugak. Amat malanglah bagi datuk seri Najib yang mempunyai dua orang menteri seorang di kementerian dalam negeri dan seorang lagi di kementerian pertahanan yang tidak dapat menjalankan tanggungjawabnya sebagaimana yang diharapkan.
ReplyDeleteSaya berharap Tuan Zam tidak memperbesarkan lagi isu ini. Please respect to our Sultan. Dia pun manusia biasa, tak perfect..ada kesilapan sana sini.
ReplyDeleteSetakat bawak askar ke Stadium bukan perkara besar mana pun. Lagipun askar tersebut tak mengacu machine gun kearah sesiapa pun.
Bodyguard Anwar pernah mengacu pistol kearah orang awam, isu tersebut adalah perkara yang lebih besar.
Tnaduk dua, awak pun nak jadi macam pbsj nak halang orang bagi pendapat. Kalau Anwar Ibrahim acu pistol,dia memang tahu ramai orang benci diatetapi orang yang mempinyai kedudukan yang tinggi yang dihormati dan disayangi rakyat tidaklah perlu diberikan kawalan yang berlebihan. Jika bukan perbuatan ini luar biasa maka masakan menteri pun kata tidak wajar bawa askar ke padang bola.
ReplyDeleteShahrom Yub Perak,,,
ReplyDeleteOrang melayu semakin hilang budi dan adab sopan akibat politik keterlaluan dan akibat membudayakan diri dgn budaya barat.
Saya akan hilang hormat kepada orang yang hilang hormat mereka kepada pemerintah terutamanya Raja & Sultan.
Mereka adalah simbol kedaulatan melayu & islam di bumi Malaysia ini.
Begitu juga kpd Shabery Chik & Zam, tegur sikit2 mungkin boleh tapi jangan keterlaluan takut nanti jadi kurang ajar.
Tidak semua budaya Barat buruk.Mereka mengajar tentang hak rakyat dan hak istana.Saya akan hilang hormat kepada siapapun juga dan akan meanggap siapa juga kurang ajar sama
DeleteTan Sri seperti zam,tun atau yang tertakhta kedudukannya apabila menyalahgunakan hak mereka.Tidak hanya orang atas berhak memandang rakyat bawahan kurang ajar seperti fikiran Tan Dua.
Ingat kata kata Raja adil raja disembah,raja dhalim raja disanggah.
Rakyat Johor seharusnya melambangkan diri mereka berperadaban tinggi seperti yang mereka sangkakan dengan menunjukan penghormatan terhadap diri.
Kesetiaan membuta tuli tidak lagi sesoai dengan era globalisasi tetapi kesetiaan mesti bersandarkan kepada Perlembagaan negara.
Apa yg zalimnya bila pasukan keselamatan mengawal sultan kami? Anda ni lari tajuk atau kurang faham tajuk. Ketua Menteri anda pun pastinya dikawal oleh pasukan keselamatan. Tiada yang peliknya. Jangan lah trauma sangat dengan pasukan keselamatan kita.
Delete"Sejarah dunia telah menunjukkan rakyat boleh menjatuhkan raja dan boleh menaikkan raja. Rakyat boleh menjatuhkan kerajaan dan boleh mendirikan kerajaan.
ReplyDelete''Yang Maha Mulia King Farouk Raja Mesir dua tahun yang lepas ada memberi kenyataan kepada wakil surat khabar Inggeris. Di antara lain baginda berkata, ''Saya menjadi raja kerana rakyat berkehendakkan kepada saya tetapi hanya Tuhan sahajalah yang dapat mengetahui berapa lama rakyat berkehendakkan saya.''
''Pada pandangan saya, di dalam masa ke hadapan ini akan ada lima raja sahaja dalam dunia iaitu Raja Great Britain, Raja Lekok, Raja Deman, Raja Sepit dan Raja Kelawar."
Ya. Saya ingat itu adalah tulisan Al Marhom Tunku Abdul Rahman Putra Al Hj Perdana Menteri Malaysia Pertama dalam Utusan Melayu 10tahun semasa beliau berkrisis dengan abangnya.ketika itu jika tidak silap saya Tunku adalah pegawai tinggi kerajaan Kedah setelah kembali menuntut di London.
DeleteTerima Kasih kerana mengingatkan kembali kata kata ini yang menunjukan Tunku adalah seorang yang amat perihatin memahmi perasaan rakyat walaupun sebenarnya beliau adalah berhak untuk mewakili takhta kerajaan negeri Kedah masa itu.
Melabelkan raj-raja sebagai Raja Lekok, Raja Deman, Raja Sepit dan Raja Kelawar adalah satu penghinaan kepada Raja-Raja Melayu. Bukan semua raja-raja kaki Genting, Toto dan Judi Bola.
DeleteMohon tindakan keatas tuan punya blog ini.!!!
Raju Na Tapa tidak layak masuk perbincangan ini. Dia tdak faham. Itu adalah amaran seorang anak raja iatu Tunku Abdul Rahman Putra kepada raja raja di tahun 50 an yang ketika itu ada yang tidak mahu merdeka dan tidak simpati dg rakyat.
DeleteBacalah betul betul betul.Orang macam awak ini hanya layak jadi hamba suruhan. Pakai hentam tanpa membaca.hanya asyik nbak suruh hukum orang sahaja.
Aziz: hai ramlee... akulah raja
DeleteRamlee: raja apa
Aziz: raja kapur
Sudin: raja kapur kepala otak kau... .
Itulah dialog yang tidak menghina Raja. Kita semua ketawa terbahak-bahak.
Saya dan rakan rakan saya di Terengganu turut bernagga mempunyai seorang Menteri yang berani bersuara atas pekara yang benar. Jika tidak mungkin mariam dan motar pun di bawa ke padang.
ReplyDeleteKita tidak boleh mengajr rakyat menjadi samseng.
Tan Sri,
ReplyDeleteMasih tidak berpuashati lagi dengan isu ini rupanya. Sukar sangat kah Tan Sri untuk meredakan keadaan sehingga terlalu teruja untuk mengapi apikan suasana. Menjadi satu kesalahankah untuk pasukan beruniform untuk mengawal Sultan Johor yg dijadualkan hadir pada masa itu. Saya yakin isu pasukan keselamatan dikatakan mengacukan senjata kepada seorang Sultan (sekarang bekas sultan kerana anak lelaki nya telah 'rampas' tahta baginda) lebih perlu disiasat dan diberikan penjelasan oleh menteri pertahanan. Jangan biar khabar angin dibiarkan sahaja. Adakah Tan Sri mempunyai keberanian untuk mendesak Menteri atau Panglima untuk beri penjelasan?
Apa pula agaknya pendirian Tan Sri apabila pasukan keselamatan lengkap bersenjata mengawal bilik mayat hospital berkaitan isu seorang anak kecil bernama William ini? Pada Tan Sri kes ini tidak pelik kah? Ada terorist ke di bilik mayat tersebut hingga perlu dikawal sedemikian rupa.. Saya tidak berasa pelik kerana pastinya pasukan keselamatan mempunyai sebab tersendiri dan saya juga yakin dengan pertimbangan pasukan keselamatan kita. Namun saya bersyukur bilik mayat itu tidak berada di Kelantan, jadinya Tan Sri tidaklah perlu rasa pelik.
IIbni Ismail salam.!
DeleteSaya rasa awak ni sudah lari dari tajuk dan melalut tak tentu hala... kita sokong dan bela jangan lah sampai membabi buta... belajar dan tinjjau sikitlah apa yg berlaku sejak akhir2 ini yg melibat kerabat diraja johor... peninju negara dibelasah dan perkara2 lain yg berlaku tidak dilapur oleh media
Salam Tuan,
Delete1) Ke tiga tiga isu yang saya timbulkan (stadium, acu senjata kepada sultan & bilik mayat) adalah melibatkan pasukan keselamatan menunjukkan senjata. Jika isu stadium menyebabkan Tan Sri dan tuan mendesak supaya menteri pertahanan memberikan statement maka saya cadangkan Tan Sri juga mendesak Menteri pertahanan memberikan statement berkaitan isu acu senjata pada Sultan dan kawalan di bilik mayat. apa pun ini hanya cadangan sahaja. Inilah bertuahnya kita dilahirkan di Bumi yang mengamalkan kebebasan bersuara.yang membenarkan kita bersuara dengan bebas.
2) isu kerabat Johor & peninju itu untuk makluman tuan sedang dalam proses pendakwaan. Biarlah mahkamah laksanakan tugas mereka. Negara kita ini ada undang undang.
Saya mohon maaf kepada annoymous yang menulis mengenai jualan pasir. Hal itu adalah terlalu sensitif dan tidak dapat dipastikan kebenarannya. Silalah menulis dalam batasan hak kita supaya dapat disiarkan.
ReplyDelete