Tuesday, 15 January 2013

DAP BUKAN MAHU GANTIKAN MCA TETAPI MAHU GANTIKAN BN

(Kiri) Lim Guan dan Chua Soi Lek persengketa mereka bagi meraihkan
sokongan  masyarakat Cina dilihat tidak ada kesudahan
CHUA SOI LEK AKAN LETAK JAWATAN PRESIDEN MCA DAN MASUK DAP

Petikan dari Nanyang Siang Pau, 7 Januari 2013
Penulis: Cheah See Kean

Chua Soi Lek dan Lim Guan Eng adalah manusia alam yang berbeza, yang paling menyedihkan ialah mereka berdua asalnya datang dari kampung yang sama, mereka berdua masing-masing dilahirkan di Batu Pahat. Lazimnya mereka berdua itu orang kampung diumpama dalam satu kapal yang sama, bekerja sama dan tolong menolong di antara satu sama lain, tetapi Chua dan Lim seperti telah masuk salah pintu takdir, mereka berdua pastinya saling bertengkar; terutama sekali selepas tahun 2010 apabila Chua Soi Lek jadi Big Brother, Chua Soi Lek dan Lim Guan Eng ada sengketa yang tidak habis-habis.

Yang paling mempersonakan rakyat apabila Chua dan Lim 2 kali bersemuka di kaca TV berdebat (menggunakan bahasa Mandarin dan Bahasa Inggeris). Tidak kira siapa yang lebih menonjol, apabila melihat mereka berdebat, pastinya kita dapat lihat sengketa dan isu-isu di antara mereka itu tidak akan ada penghujungnya. 

Apa yang ada di genggaman tangan mereka tidak akan lepaskannya:

Chua Soi Lek berkata,matlamat akhir DAP ialah mahu menggantikan MCA dan mahu masuk Barisan Nasional.

DAP mahu ambil alih MCA

Lim Guan Eng pula menempelak kembali berkata: DAP bukan sahaja mahu gantikan MCA, malah mahu menggantikan seluruh BN. Ini bermakna DAP kini bersedia mahu PKR dan Pas saling bekerjasama, supaya pada PRU13 ini dapat singkirkan kerajaan BN dan melangkah ke Putrajaya. Tetapi tugas seperti ini satu cabaran yang amat berat dan susah, adakah gabungan 3 parti ini dapat menggembeling kuasa yang besar untuk membungkus BN, pasti tidak dapat diramal dan tidak dapat diputuskan.

Tidak boleh dinafikan, pada tahun 1963 selepas Singapura masuk Malaysia, pada masa itu parti PAP Lee Kuan Yew dengan pastinya dan tidak berbelah bagi telah menggantikan MCA menjadi rakan kongsi UMNO.

Tetapi pada tahun 1965 selepas Singapura keluar dari Malaysia, PAP juga keluar dari gelanggang, digantikan dengan DAP pada tahun 1967, parti ini pada tahun 1969 secara memecah rekod menang 13 kerusi Parlimen, dan pada tahun 1971 berlaku perbincangan rahsia besar dengan MCA mahu bawa mereka masuk MCA, akhirnya kecundang. Bermula dari waktu itu DAP tidak lagi berhasrat untuk menggantikan MCA, sebaliknya mereka mahu UBAH kerajaan. Dalam politik itu tiada sebarang kepastian, kami juga tidak tahu selepas PRU13 ini ke manakah tuju arah parti-parti politik ini.

Chua Soi Lek berkata, kerjasama antara DAP dan Pas boleh menyebabkan Pas jadi Big Brother perluaskan penguasaan pas, selepas dapat memerintah nanti akan laksanakan undang-undang Islam. Bermakna sokongan yang diberi oleh DAP kepada Pas hanya akan merealisasikan “Negara Islam”.

Isu negara Islam susah untuk dikompromi

Dari segi ini lazimnya DAP tidak berhubung baik dengan Pas, selepas tahun 1998 selepas Anwar Ibrahim terima bencana barulah ketiga-tiga parti itu bergabung, dengan terang dan jelas DAP dan Pas sudah menjalin hubungan yang baik. Tetapi masalahnya pemikiran mereka tidak mudah untuk berubah, akhirnya pada PRU tahun 1999 DAP tewas teruk, malah Lim Kit Siang dan karpal singh seperti tongkang terbalik.

Selepas perkara itu terjadi, pada tahun 2001 DAP keluar dari Alternatif, menyebabkan pada PRU 2004 DAP bertanding secara solo dan terjerumus ke dalam pertandingan 3 segi, sehingga tiba pada PRU 2008, ketiga-tiga parti pembangkang bergabung semula, mereka lawan secara satu lawan satu berlawan dengan langkah-langkah BN, di luar jangkaan parti pembangkang mendapat habuannya. Dengan itu selepas Tsunami politik 308 (Mac 2008), di bawah penyatuan Anwar Ibrahim barulah gabungan Pakatan Rakyat ditubuhkan.

Sehingga sekarang ini Pakatan Rakyat masih mempunyai kekuatan politik, tetapi DAP dengan Pas kerana mempunyai isu Negara Islam dan undang-undang Islam masih belum dapat diselesaikan dan kesefahaman. Ia hanya mengikut pandangan antara DAP dan Pas untuk realisasikan konsep “Negara Islam”, ini masih perlukan bukti-bukti pandangan di antara mereka (bukan dihujah dalam politik) yang sering dimainkan oleh politikus.

Baru-baru ini Chua Soi Lek secara terang mengatakan, jika pada PRU akan datang ini DAP dapat tumbangkan kerajaan BN negeri Johor, dan lantik orang Cina sebagai Menteri Besar Johor, beliau akan letak jawatan sebagai presiden MCA dan masuk DAP.

Perlu pertahankan barisan belakang negeri Johor

Apabila kata-kata itu dikeluarkan, timbul pelbagai suara kritikan, rupa-rupanya selama ini negeri Johor adalah kubu kuat BN, tidak akan biarkan DAP mencemarinya. 

Walaupun berlaku Tsunami politik pada PRU 2008, BN negeri Johor masih tetap tembok kubu yang kukuh, di negeri Johor bukan sahaja menjadi kebanggaan BN, malah MCA juga masih utuh di negeri Johor, mereka hanya kalah 1 kerusi Parlimen dan 4 kerusi DUN, jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain, menunjukkan negeri Johor pertahanan terakhir buat MCA (MCA peroleh 7 kerusi Parlimen dan 12 kerusi DUN di negeri Johor); DUN negeri Johor ada 56 kerusi dan UMNO majoriti, sebab itu MB Johor disandang oleh orang UMNO, sebab itu cabaran Chua Soi Lek itu tidak akan berlaku. Oleh kerana Chua Soi Lek tidak percaya kekuatan DAP, sebab itu Soi Lek berkata beliau tidak percaya DAP boleh gulingkan (UBAH) kerajaan BN negeri Johor, sebab itu beliau berani berkata demikian. 

Tetapi ia melambangkan bahawa Chua Soi Lek keluarkan kata-kata itu tidak kemas dan ada banyak kebocorannya, dengan mudah Lim Guan Eng sindir Chua Soi Lek DAP telah tutup pintu untuk Chua Soi Lek, tidak galakkan orang-orang seperti Chua Soi Lek berada dalam DAP. Dengan satu perkataan “SORRY” dari Lim Guan Eng, Chua Soi Lek tertelan kembali percakapannya.

Sebenarnya Chua Soi Lek tidak sepatutnya perkecilkan diri sehingga mahu masuk DAP, memang benar beliau percaya DAP tidak akan mampu UBAH, sebab itu Soi Lek ada sebab untuk perlekehkan DAP, jika MCA kecundang di negeri Johor, pasti Chua Soi Lek akan berundur dengan sendirinya dan beliau tiada pilihan lain. Sebab itu jika masih belum ada kekuatan dalam politik, jika Chua Soi Lek mahu cabar DAP sekalipun ia tiada membawa kredit dalam politiknya, sebaliknya beliau tidak dapat markah dalam berpolitik, dan hanya mengundang diperlekehkan.

Sebenarnya Chua Soi Lek suka bercakap perkara-perkara dan bahasa-bahasa yang menyongsang, cuba ketengahkan bahasa-bahasa pasar dalam politik contohnya perkataan “pergi berambus” dan lain-lain, bukankah lebih baik beliau perhatikan perubahan-perubahan dalam politik, yang paling penting sekarang ini jaga dan pertahankan barisan belakang negeri Johor.

Terjemahan:
Robert Koh Abdullah


1 comment:

  1. Persoalannya, bolehkah orang Cina ketepikan sentimen perkauman mereka apabila mengundi pada PRU-13 kelak?

    DAP sentiasa memainkan sentimen dan isu perkauman. Media tak pick-up kerana selalunya ceramah adalah dalam bahasa cina.

    ReplyDelete