Saturday, 5 January 2013

BETAPA BODOHNYA MELAYU PADA PANDANGAN DAP

Zairi Khir Johari
Betapa bodohnya orang Melayu pada pandangan DAP. Setelah semua calon Melayunya kalah teruk temasuk Zairi Khir Johari, Setiausaha Politik Ketua Menteri, Lim Guang Eng, maka DAP mengistiharkan bahawa ini berlaku kerana kesilapan pengiraan undi dalam pemilihan Kongres Kebangsaan DAP Disember lalu.

Lalu anak Khir Johari, bekas menteri dalam kabinet era Tunku Abdul Rahman telah itu dinaikkan kepada 803 undi dari hanya 305 undi yang didapatinya sebelum ini.

Begitu mudah pada perkiraan Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng serta pemimpin-pemimpin Cina DAP yang mahu mensilapmatakan orang Melayu. Mereka fikir orang Melayu seluruhnya adalah sebodoh orang Melayu Pas, berasaskan betapa mudahnya mereka diperbodohkan oleh Anwar Ibrahim untuk  kepentingan politiknya.

DAP tidak seharusnya memikirkan bahawa semua orang Melayu seperti orang Pas atau seperti anak Khir Johari yang langsung tidak pandang sebelah mata pun oleh orang Melayu.

Dulu saya tersinggung sekali apabila Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim ditawarkan RM50,000 untuk menyekatnya supaya tidak keluar dari DAP. Belum pun Tunku Aziz bersuara, saya merasakan betapa rendahnya nilai maruah seorang profesional bangsa Melayu kepada DAP.

Mereka mempunyai tanggapan semua orang Melayu boleh dibeli dengan wang, semua Melayu rasuah.

Perbuatan DAP untuk mengambil hati orang Melayu ternyata sangat gelojoh, biadap, agresif  dan uncultured  berbanding dengan MCA.

13 comments:

  1. selidik dgn teliti budak Zairil ni betoi Melayu atau atau melayu kacukan atau anak tiri Melayu tp cina apek.

    ReplyDelete
  2. Tan Sri,

    saya bukan orang politik, tetapi saya sentiasa mengikuti politik. saya bukan penyokong umno tetapi saya bukan ahli pas pun jauh sekali pkr. kalau orang pas serta pkr masih tak sedar dengan tingkah laku dap saya tak tahu nak cakap apa lagi selain daripada semoga ALLAH selamatkan malaysia.

    analisa saya ialah, pemimpin pas dan pkr dah kemaruk bermimpi nak berkuasa sedangkan mereka tak sedar siapa sebenarnya yang berkuasa dalam pakatan mereka. penyokong-penyokong tegar mereka masih terlalu taksub dengan dakyah serta fatwa pemimpin mereka.

    usabukata

    ReplyDelete
  3. Patutlah DAP selalu kata UMNO tipu kertas undi, rupanya, orang2 DAP tak pandai kira kertas undi! Ya Allah, bodoh betul ketua2 DAP ini. Sebelum orang DAP ini kira kertas undi, suruh mereka pergi kursus "mengira ayam dalam reban" dulu, sebab, ayam basically warna sama iaitu wana putih. Putih macam kertas undi.
    Mampuslah PR kali ini, PRU dah dekat, Anwar dengan "kurnian tuhannya", Nik Aziz bagi 10,000 ekar ke cina DAP,nakkan jawatan MB, dan, DAP pula tak pandai kira kertas undi....hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. DAP acah aja tuu...jgn termakan kebodohan mereka tak tau mengira....hati-hati lah....nanti kena ngap sekali sikit pun tak bersisa..begitulah DAP berpolitik....

      Delete
  4. .....apa pun..kena tanya Anwar....dialah punca segala kejahilan Melayu menyebabkan kita semua ditipu bulat-bulat...malah ditelan dan diratah habis-habisan oleh parti chauvinis DAP ini....memang selama ini DAP sentiasa mencari jalan melemahkan Melayu...seberapa daya cuba mencari ruang yg terbuka dan kemudian meluaskannya....peluang terkangkang luas pada pilihanraya 2008 akibat kebodohan PM Dolah Batik..ditambah lagi disabotaj secara tak langsung oleh menantunya, Mat KJ, kononya lulusan Oxfart....inilah akibatnya menyebabkan Melayu tidak lagi bersatu malah sukar nak bersatu kerana dikucar-kacirkan oleh Anwar dgn bantuan DAP atas janji menjadikannya PM....tetapi scara halusnya sebagaimana yg pernah dikatakan oleh Lee Kuan Yew ketika Singapura berada dalam Malaysia bahawa 'Orang Melayu hanya boleh menjadi PM selama 20 tahun sahaja'....nasib baik dia dgn Singapuranya tendang keluar oleh Tunku Abdul Rahman....tetapi legasi ungkapan itu kini dipikul oleh DAP dgn konsep Malaysian Malaysianya....ini baru 5 tahun sejak 2008 kuasa Melayu terhakis besar dan ingatlah....Melayu akan berkuasa hanya sepenggal lagi kot....lepas tuu dgn Anwar sekali kena jilat pungkuk DAP utk dapatkan jawatan PM....begitulah kisahnya.....soal pokoknya hanyalah kenapa Melayu ni begitu bodoh sekali....? pemerhatian kami jelas menggambarkan jika UMNO jika mampu mengubah dan menyakinkan Melayu tuu sendiri mengenai kepincangan pimpinannya, rasuah dan lain-lain....anggapan Melayu yg berkeras juga menyokong Anwar dan PAS ialah..."kalau dibiarkan dan disokong juga UMNO memerintah, semakin teruk negara ini diperintah oleh orang yg sememangnya teruk"....bagusnya depa ni mereka tau kalau keadaan ini terus berlaku seperti 2008, kuasa Melayu pun semakin pupus....sekarang pisau dan mentimun ditangan UMNO dan kerajaan yg memerintah....bagaimana sekarang agar Melayu yg tak yakin tuu kembali menyokong UMNO...? kami hanya memerhati sahaja dari jauh.....tetapi tidak menolak kemungkinan kalau berlaku sekali lagi keadaan memerintah tuu seperti zaman Dolah Batik...kami tak peduli lah....siapa nak naik...naik lah....dah muak dahh keadaan sekarang walaupun negara tergadai..sememangnya dah nak tergadai pun kerana Melayu tuu tak nak bersatu dan pemimpinnya hanya mementingkan diri sendiri.....insaflah Melayu yg ada sekarang kalau nak hidup lebih lama lagi....walllahuallam...

    ReplyDelete
  5. menurut analisis saya lebih elegan bila dalam artikel atau berpendapat tidak memakai kata bodoh ... kata-kata Bodoh semacam itu menunjukkan sejauh mana kematangan seseorang ...
    belum tentu apa yang kita katakan bodoh lebih pintar dari yang mengatakannya ..... bagaimana kalau di adakan debat calon mengenai Visi dan Misi... semacam di negara maju ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Encik Santri Tulen, secara umumnya saya juga tidak bersetuju dengan penggunaan kata-kata kasar seperti bodoh baik di dalam artikel mahupun komen-komen pembaca. Tetapi pengecualian diberikan kepada Pak Zam dalam artikel ini. Sebabnya? Hanya orang b**** sahaja akan percaya dengan silap mata yang DAP mainkan sekarang. Hanya selepas 2 minggu baru kesilapan disedari? Yang paling menarik, pembetulan tersebut tiba-tiba memberi keuntungan besar kepada 'wakil melayu DAP' yang sebelumnya terpaksa dilantik menganggotai CEC sebab tidak dipilih oleh delegasi. Tak pelik, tapi ajaib!

      Dan hanya orang yang b**** juga akan menerima bulat-bulat yang Zairil Khir Johari Abdullah itu MELAYU! Memandangkan kelompok yang mahu diyakinkan itu melayu, jadi wajar sahaja ditanyakan kembali: Apakah mereka (DAP) fikir kami melayu begitu b**** dan mudah untuk digula-gulakan?

      Pak Zam, saya agak kurang senang dan sedikit terganggu bila mereka asyik mendakwa dan mempromosi bahawa Zairil Khir Johari adalah melayu, mewakili masyarakat dan suara melayu dalam DAP, sedangkan hakikat sebenarnya tidak. Sekadar menjadi anak tiri kepada Allahyarham Khir Johari tidak bermakna dia secara automatik menjadi melayu.

      Zairil bukan seperti anak-anak cina yang diserahkan sebagai anak angkat kepada keluarga melayu untuk dibesarkan dalam masyarakat melayu sebagaimana yang banyak berlaku 30 - 60 tahun dahulu. Mereka ini membesar sebagai melayu muslim dan kehidupan mereka dicorakkan oleh budaya melayu. Cina mereka hanya pada DNA sahaja, selebihnya mereka bertutur bahasa melayu, berpakaian seperti melayu, hidup cara melayu, makan makanan melayu dan berkahwin juga dengan melayu. Sebab itu mereka diterima tanpa banyak soal sebagai melayu.

      Apakan ciri-ciri di atas boleh dilihat pada Zairil Khir Johari? Sekiranya Zairil tidak mempunyai ciri-ciri seperti di atas, maka lebih wajar mereka hanya menamakan Zairil sebagai wakil muslim dalam DAP sahaja. Itu lebih tepat rasanya.

      Delete
  6. Mat Sapu.Tanjung Keling.6 January 2013 at 13:26

    Tentunya lebih manis dari perkataan kafir,taghut , barua dan gila yang pernah digunakan oleh nik aziz,hadi dan mat sabu.

    ReplyDelete
  7. Salam TS Zam,
    Semua ahli DAP perlu request Pemilihan Semula CEC supervise by audit firm kalau DAP mahu improve credibility...

    Nampaknya TS Zam begitu popular bila portal politik antarabangsa-Asia iaitu New Mandala posting article menganalisa tindak tanduk TS Zam. Please rujuk http://asiapacific.anu.edu.au/newmandala/2013/01/07/the-big-bad-indonesian-bogeyman/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=the-big-bad-indonesian-bogeyman

    TS Zam sudah menjadi celebrity cyber politic maya.

    ReplyDelete
  8. Komen utk SANTRI TULEN,

    Saya sendiri pernah dengar dari seorang chauvinis chinese kata "semua orang MELAYU BODOH"...peristiwa ini berlaku pada tahun 2007 ketika saya bekerja di Hi-tect Park dgn sebuah syarikat German M+_ Zand_r yg berpengkalan di P/Pinang. Ketika itu Chauvinis Chinese tersebut merujuk kepada semua bangsa Melayu kecuali saya & seorang lagi kenalannya..

    Chauvinis Chinese kata "Semua orang Melayu BODOH"...

    Dan apa yang ada dibenak kepala otak DAP..semua orang Melayu Bodoh... Tapi DAP tak sedar mereka telah buat kerja yang lebih bodoh drp Melayu..

    Tuan Zam telah mengunakan perkataan yang tepat....



    ReplyDelete
  9. Doll Keropok Terengganu.7 January 2013 at 14:19

    DAP tidak boleh disalahkan oleh kerana ia melihat pemimpin PAS dan juga PKR sanggup korbankan prinsip untuk kuasa. Pembohongan Anwar(homo) dipercayai dan Hadi juga telah berbohong tak keluarkan fatwa kafir walaupun telah divideokan(dia belajar dari Anwr).

    Apakah Islam bagi DAP jika pemimpin dilihat curang, sanggup bohong kerana kuasa, tidak berpegang kepada prinsip dan agama hanya menjadi mainan. Maka itu tidak boleh kita harapkan bukan Islam memandang orang Islam dengan rasa hormat. Mereka tahu orang Islam hanya bercakap agama dibibir tetapi boleh dibeli dan boleh ditipu. Maka itu mereka tipu undi kerana haji hadi dan pengikutnya percaya. Mungkin juga Anwar yang nasihkan suruh DAP buat pengakuan silap itu.

    ReplyDelete
  10. Mestilah dilihat bahawa penipuan DAP itu sebagai suatu rahmat,bukannya menambah kepercayaan kepada DAP tetapi mengurangkan. Rahmat dari Allah.

    ReplyDelete
  11. Ai Tuan Zampun terpedaya dengan nama Zairil Khir Johari. Atau Tuan Zam pura-pura tak tahu.
    Zairil tu anak tiri aruah Pak Khir. Anak Christine dengan suami Cinanya. Zairil has another brother.
    Anak-anak Pah Khir semua berbin dan berbintikan Mohamad Khir. Johari tu nama atuk mereka.
    At least kali ni Zairil Khir Johari ada menulis Abdullah dalam borang penamaan calon CEC DAP. Kalau tak masih lagi orang ingat anak aruah Pak Khir. Kalau berbinkan Abdullah tu maknanya apa?
    Tak payahlah DAP nak hoodwink Malays kononna Zaril tu Melayu. Tak ada setotekpun darah Melayu.
    Sila rujuk kepada iklan ucapan takziah Federal Hotel dan Low Yat group semasa kematian Pak Khir. Mereka cuma menyebut nama Christine dan Zairil dan brothernya yang tertera nama Cina masing-masing.
    Sedihnya takdepun sebut nama anak-anak kandung Pak Khir yang semuanya saya kenal.
    Perlu diperbetulkan ni untuk pengetahuan semua.

    Melayu tulin

    ReplyDelete