Thursday, 29 November 2012

MAHFUZ LUPA DIA SEDANG TIKAM HADI DARI BELAKANG

Umno sanggup tikam kawan, apatah lagi rakyat
Dipetik Dari HarakahDaily  29 November 2012
KUALA LUMPUR: Kalau kawan sendiri pun para pemimpin Umno sanggup tikam, apa lagi rakyat biasa, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar).

Sambil menyifatkan percubaan Tun Dr. Mahathir Mohamad menghempas semua beban kesalahan ke atas Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai bukti sifat sebenar para pemimpin Umno yang suka menikam kawan untuk kepentingan sendiri, Mahfuz mengingatkan rakyat supaya bersedia dan sentiasa berjaga-jaga untuk menghadapi sifat jijik Umno itu.

"Kalau kawan sendiri pun ketua-ketua Umno sanggup tikam, rakyat tentulah mereka sanggup kerjakan hingga hancur berkecai," katanya.

Mahfuz menyalahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atas apa yang berlaku itu.

Dalam temubual dengan RTM menjelang Perhimpunan Agung Umno, Dr. Mahathir menyalahkan pemimpin sebelum Najib sebagai orang yang merosakkan Umno.

CATATAN:

Mangsa Anwar
Mahfuz lupa dia sedang menikam Datuk Seri Haji Hadi Awang dari belakang, Haji Hadi yang mahu menumpang kekuatan Anwarinas untuk kekal sebagai Presiden Pas dengan harapan untuk seterusnya menjadi Perdana Menteri, tetapi beliau telah diperkecil, diperhina dan dipromo sebagai  hanya layak  menjadi nelayan.

Inilah yang dilakukan oleh orang-orang Anwar dalam media bila Abdullah Ahmad Badawi mencabar kepimpinan Dr. Mahathir Mohamad yang disokong oleh Anwar Ibrahim dan Sanusi Junid (gambar) tetapi apakah yang mereka lakukan terhadap Sanusi setelah kemenangan puak mereka untuk melicinkan laluan Anwar ke arah Perdana Menteri.

Secara strategik dia mencantas Pak Lah dan Sanusi yang dalam teamnya pun dicantas. Sanusi dihantar ke Kedah untuk jadi Menteri Besar.

Inilah tugas Mahfuz, Husam dan Mat Sabu yang dipikulkan oleh Anwar kepada mereka.

Mahfuz tidak boleh melindungi tangan najisnya dan tangan kotor rakan-rakan di sebalik sehelai lalang yang menggunakan Harkahdaily sebagai senjata. Bila Haji Hadi diperkecilkan, HarakahDaily membisu, tetapi bila Anwar tertikam kerana ditolak sebagai Perdana Menteri lantas Harakahdaily memujuknya.

Kenapa tiada sepatahkatapun dari Mahfuz dan kawan-kawannya membela Haji Hadi? Siapakah yang menikam dari belakang? Tangan siapakah yang berlumuran dengan darah para mujahid Pas?

TUNKU: SAYA TIDAK AKAN SERAHKAN NEGARA INI

13 MEI 1969












TUNKU: SAYA TIDAK AKAN SERAHKAN NEGARA INI (Sila Klik Cerita Zam)

Wednesday, 28 November 2012

HARAKAHDAILY: ANWAR LEBIH LAYAK DARI NAJIB DAN HADI UNTUK PERDANA MENTERI

Harakahdaily menyatakan calon Perdana Menteri Pakatan yang dimaksudkannya dengan Anwar Ibrahim adalah lebih berwibawa dari Perdana Menteri Najib Tun Abdul Razak, tetapi dia tidak menyatakan ia lebih berwibawa dari Datuk Seri Haji Hadi Awang. Tetapi itulah yang dapat difahamkan oleh seluruh ahli Pas terutamanya; anggota Dewan Ulama dan Pemuda Pas yang sangat prihatin dalam isu ini.

Soalnya bagaimanakah dakwaan ini boleh datang dari seorang penulis veteran Harakah berpengaruh yang turut menyesali soal calon Perdana Menteri itu ditimbulkan dalam Muktamar Pas baru-baru ini kerana telah menganggu kelancaran ke arah membebaskan Putrajaya dari pemerintahan rasuah BN.

Tindakan itu membuka jalan kepada musuh memperleceh muafakat Pakatan. "Susah bagi Pakatan Rakyat untuk menjawab serangan musuh, sedangkan masa sudah bertambah singkat untuk membuat persiapan terakhir menghadapi pilihanrya."

Baginya, isu calon Perdana Menteri Pakatan Rakyat sudah selesai kerana walaupun dia (Anwar) dilanda badai dan gelombang yang bermacam-macam, tetapi ia masih dihormati di peringkat antarabangsa, kecuali kalau dia kalah dalam pilihan raya ke 13.

Dalam kata-kata lain, tulisan ini mengesahkan lagi bahawa HarakahDaily tidak lagi di kuasai oleh orang-orang Haji Hadi Awang Presiden Pas, sebaliknya semua pengendali Harakah dari  bidang  kewartawanan hingga ke pengurusan dan pentadbirannya adalah Anwarinas.

Kalau ini telah muktamad, telah selesai sebelum pilihan raya walaupun Pas menang besar kelak, maka tentunya pada fikiran ahli-ahli Pas di akar umbi, apa perlu bekerja keras, apa perlunya kita menang, apa ertinya suara nyaring hudud, Syariat Islam. Syiar Islam dan Negara Islam kepada Pas?

Monday, 26 November 2012

CALON PERDANA MENTERI DARI PANDANGAN AKHBAR CINA

Petikan dari: China Press
 22 Nov 2012 (Khamis)

Oleh:  Chang yiek Ler

Siapa sebenarnya calon perdana menteri, ini tersimpan dalam hati sanubari ketiga-tiga parti dalam Pakatan, tidak perlu disebutkan jawapan yang sebenar. Pada hakikatnya semua orang telah bersetuju bahawa Anwar Ibrahim lah calonnya tiada orang yang kedua dari calon lain, tetapi dari segi sudut lain, sama ada Pas secara sengaja ataupun tidak sengaja mengeluarkan kenyataan itu, mereka tidak mahu ahli-ahli dan penyokong Pas anggap, bahawa Pas telah menolak kemungkinan besar Hadi Awang sebagai calon perdana menteri juga.

Calon perdana menteri Pakatan, ketiga-tiga parti itu tidak boleh bersuara secara kebulatan, kerana fakta yang paling penting mereka tidak dapat menjangkakan keputusan PRU dan kekuatan serta kedudukan ketiga-tiga parti itu (pokok yang paling utama PR perlu dapat memerintah kerajaan pusat terlebih dahulu), baru boleh fikirkan siapa yang boleh menjadi perdana menteri mereka, mereka tidak dapat menetapkan satu standard yang tetap, tegas dan jelas.

Contohnya, jika mengikut padangan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat, parti yang mendapat kerusi parlimen yang paling banyak lah akan menjadi perdana menteri. Ia menepati tradisi sistem Westminster, pengerusi parti terbanyak akan menjadi ketua kepimpinan dalam kerajaan, ia itu jawatan perdana menteri.

Jika selepas PRU nanti ahli parlimen yang teramai datangnya dari parti DAP, walaupun dalam DAP tiada ahli parlimen Melayu, adakah Pakatan Rakyat akan pecahkan sekatan tradisi itu, sama ada Lim Guan Eng ataupun Karpal Singh yang akan dilantik sebagai perdana menteri? Walaupun DAP menang besar kerusi Dewan Undangan Negeri, oleh kerana sekatan dari perlembagaan negeri, jawatan menteri besar terpaksa perlu diserahkan kepada Pas dengan begitu sahaja?

Adakah DAP boleh menerimanya?

Dalam keadaan satu lagi, jika Pas menang banyak kerusi Parlimen, serta merta pengerusi Pas akan dilantik sebagai perdana menteri, adakah DAP setuju? Sedangkan DAP telah banyak kali menegaskan calon perdana menteri adalah Anwar Ibrahim, tidak lain tidak bukan bahawa perdana menteri Pakatan Rakyat ialah Anwar Ibrahim, bukankah ini bermakna bahawa DAP hanya menerima jika Anwar yang menjadi perdana menteri.

Bagi mengelakkan daripada berlaku perselisihan ataupun percanggahan dalam perlembagaan, mereka memilih tidak laksanakan sistem Westminster, tidak kira parti mana yang menjadi parti utama banyak, mereka telahpun kata sepakat memilih Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri, walaupun ia satu perkara yang tidak boleh dilaksanakan pasti dilaksanakan juga.

Tetapi di peringkat dalaman Pas masih ada lagi keraguan, Pas adalah sebuah parti yang lengkap berbanding parti-parti pembangkang yang lain, pergerakan mereka begitu kuat, pengalaman mereka lebih banyak berbanding parti-parti pembangkang yang lain, jika diperingkat kemimpinan mereka lepaskan peluang untuk menjadi perdana menteri, pasti mereka tidak dapat mententeramkan peringkat akar umbi dan penyokong-penyokong mereka.

Dengan itu polisi yang paling buruk dalam Pakatan Rakyat ialah tidak dapat menentukan ketetapan itu, hanya DAP sahaja berani cakap calon perdana menteri ialah Anwar Ibrahim, supaya dapat “melemahkan Pas yang ingin menjadi perdana menteri”, mungkin ini akan berlaku kegelisahan dan tidak tenteram, sebaliknya jika mengikut reaksi Anwar Ibrahim dan Pas, calon perdana menteri Pakatan Rakyat masih belum ada ketetapan lagi, supaya Pas terutama sekali penyokong-penyokong Pas beranggapan mereka masih ada harapan besar dan peluang untuk menjadi perdana menteri, dengan cara itu Pas dapat mententeramkan jiwa penyokong-penyokong mereka.

Supaya semua merasai masih ada harapan, Pakatan Rakyat bukan sahaja berbuat demikian kepada rakyat, mereka juga terpaksa berbuat demkian kepada ahli-ahli dalaman parti mereka.

Terjemahan:
Doreen Ng Abdullah

NANYANG SIANGPAU
20 November 2012

KENAPA TIADA REAKSI ANWAR ?
JELAS BN AKAN DAPAT PERTAHANKAN KUASA

Muktamar Tahunan PAS ke-58 membangkitkan semangat yang begitu tinggi, ini adalah perhimpunan terakhir sebelum PRU ke-13, mereka mulakan dengan membangkitkan semangat juang yang begitu tinggi.

Mereka sering menekankan konsep melalui agama mentadbir parti, cara itu salah satu sebab Pas menjadi begitu teguh, Pas telah melalui jalan-jalan yang pahit dan getir selama 58 tahun, pemimpin-pemimpin Pas telah mencipta logo yang ampuh dalam persaingan politik, kita boleh fikirkan apabila Pakatan Rakyat dapat melangkah ke Putrajaya nanti, pasti Pas tidak akan lepaskan agenda mereka untuk menerapkan kosep agama untuk mentadbir negara ini.

UMNO sering memberi amaran kepada Pas, Pas tidak boleh lakar logo Islam Pas, sebaliknya pemimpin-pemimpin Pas buat tidak tahu, Muktamar Tahunan PAS kali ini mereka menggunakan ayat-ayat dalam Al Quran termasuk mendoakan kepada Maha Esa mereka, supaya hancurkan UMNO, kain rentang dalam Muktamar Tahunan PAS mensifatkan para peserta dan ahli Pas yang hadir di Muktamar Tahunan PAS itu sebagai “tetamu Allah”.

Dengan jelas Pas mewarnai parti mereka dengan agama Islam yang menebal untuk memberitahu kepada rakyat negara ini, mereka selama-lamanya tidak akan lepaskan perjuangan dan peluang mereka untuk laksanakan Hukum Hudud di negara ini sejak tertubuhnya negara Malaysia. Dalam perhimpunan tersebut, pihak cendikiawan Pas dan wanita Pas minta Presiden Pas Hadi Awang membuat persediaan untuk memegang jawatan perdana menteri jika apabila Pakatan Rakyat dapat memerintah kerajaan pusat.

Walaupun Hadi Awang pada ketika itu menolak cadangan dari 2 perwakilan itu, beliau juga telah menyuarakan bahawa Pakatan Rakyat telah mencapai kata sepakat, melalui keputusan dalaman sudah menetapkan pemimpin umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diputuskan akan menjadi calon perdana menteri, tetapi pada masa yang sama beliau telah mengeluarkan kata-kata: semuanya terlalu awal, jika kita kalah, bagaimana beliau (Hadi Awang) boleh jadi perdana menteri?

Memang benar, jika perkara itu dibincangkan sekarang ia adalah terlalu awal.

Hadi Awang menolak cadangan untuk menjadi perdana menteri, mungkin kata-kata itu keluar dengan jujur dari dalam jiwa beliau sendiri, tetapi perwakilan Pas mahu pemimpin Pas menjadi perdana menteri, mereka mahu Pakatan Rakyat setujuinya, ini juga disifatkan satu seruan yang ikhlas dari ahli parti, kita tidak susah untuk meramalnya kerana Pas telah berjuang selama setengah Abad lamanya, adakah ahli-ahli parti boleh bersabar jika dengan mudah lepaskan peluang kepada pemimpin-pemimpin parti lain untuk jawatan perdana menteri itu?

slogan Muktamar Tahunan PAS pada kali ini “Pas Ganti UMNO”,. Sedangkan UIMNO adalah Big Brorther kini Pas mahu ambil alih kewibawaan itu, jika dilihat dari sudut mata kasar ia amat susah untuk dipercayai ramai, sedangkan Pas tidak pun babitkan berniat mahu jadi perdana menteri.

Bagi Anwar Ibrahim, isu ini bukan sesuatu rahsia yang tidak boleh dibincangkan, ini menunjukkan bahawa gabungan ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat tidak kerana itu menjadi goyang.

Cara Anwar Ibrahim menjawab secara umum memang boleh difahami, jika buat masa ini Anwar Ibrahim bertekad mahu jadi perdana menteri dan tiada yang keduanya, mungkin akan menyebabkan ahli-ahli Pas rasa marah dan rasa tidak puas hati, ini tidak bagus bagi Pakatan Rakyat untuk PRU akan datang ini.

Sebalinya jika kita lihat, pasti BN akan perbesarkan isu ini untuk menghambat Pakatan Rakyat, kini Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek sudah mula pertikaikan Anwar Ibrahim. Kenapa tidak tunjukkan reaksi dan pandangan kepada Pas yang ingin menjadi Big Brother dalam Pakatan Rakyat.

Perlembagaan negara telah menetapkan bahawa Perdana menteri adalah ketua dalam kebinet, melantik ahli-ahli kabinet adalah kuasa mandat perdana menteri, dari segi sebahagian besarnya, kebanyakannya apa sahaja yang perdana menteri arah itu sah dan tidak boleh dipertikaikan, jika Pakatan Rakyat tidak dapat tetapkan siapakah perdana menteri mereka dan masih dalam pertikaian lagi, yang bergembira adalah pihak BN, dengan jelas BN dapat usahakan dan pertahankan kuasa kepimpinan negara ini yang ke-55 tahun itu.

Terjemahan:
Doreen Ng Abdullah

Sunday, 25 November 2012

PAKATAN RAKYAT PRIME MINISTER CRISIS

PAS AT ITS LOWEST EBB
Datuk Seri Najib Razak and Datuk Seri Haji Hadi Awang
UMNO can hold its general assembly the last before the 13th general election, beginning this Tuesday, with greater confidence because it main opponent, PAS, is at its lowest ebb with its top leadership being ridiculed, within the party itself and from its allies, as not eligible of becoming a Prime Minister if Pakatan Rakyat captures Putrajaya.

Unlike the BN, where a Malay and Muslim leader will certainly get to be Prime Minister, but Pakatan Rakyat will not have a party which only represents the Malays and Muslims, instead a Malay and Muslim leader whose party is multi-racial.

Is this not what is hoped from the Pas assembly recently, but this is what has been revealed, with any planning or knowledge from the Pas supporters themselves when Haji Hadi is potrayed, by the party’s own portal, HarakahDaily  as only capable of being a fisherman.

The main page of Harakah Daily , since the demand for Hadi to be made a Prime Minister candidate came up, published a picture of Haji Hadi alone at sea with the caption “Saya sanggup jadi nelayan balik" (I am willing to be a fisherman again) A consistent effort by HarakahDaily to condition the minds of Pas members to forget Hadi as a prime minister candidate.

Realising the fact of the fire spreading in its haystack, HarakahDaily iimmediately had a picture of the three main leaders of Pakatan Rakyat: Lim Kit Siang (DAP) Anwar Ibrahim (PKR) and Haji Hadi (PAS) having a laugh at a media conference because of the increasing support for Pakatan Rakyat nationwide.

Media conferences were called, with statements not based on facts and strong basis, but merely to enable HarakahDaily to show that PKR is confident in facing its leadership crisis. 

Pakatan wants to suppress Anwar Ibahim’s restlessness following the outburst by Pas in rejecting him from becoming the prime minister, disregarding the consensus that has been reached among the Pakatan leaders. Otherwise, Harakah Daily, in one of its article, requesting the PKR members and supporters to not be upset with it and DAP convincing Anwar that the party would support him as Prime Minister.

Haji Hadi, who is trapped, seems to be giving a bitter smile , while seeking for his supporters to be calm, because it all depends on who or which party gets the most seats. The exposure on the desire by Pas grassroots has raised several questions.

Among them is whether the Pas Dewan Ulama and the party’s youth wing not referred to at all by the leaders of the Pas New Order on the candidate for the prime minister’s post.

Or is this consensus based on the believe by Pas that PKR will not get more seats than Pas in the 13th general election to make the party eligible to have its man as the prime minister.

In terms of logic and PKR’s weak position nationwide, the perception by Pas is not something impossible. Based on the cold response to PKR meetings held nationwide of late, it is clear that PKR is a party that should no longer be heeded. Anwar Ibrahim has been able to read the writings on the wall.

However, this is not something Pas is fully confident about and because of that, in this coming 13th general election, we can hope that besides working to destroy BN, Pas members will also be working hard to ensure PKR does not emerge as the strongest party in Pakatan.

Umno should not think that sabotage only happens in Umno, but the sabotage among parties is happening in Pakatan now. In fact, efforts to deter Hadi from becoming a prime minister is clear and worst, it happens in Pas itself, with Harakah and HarakahDaily in the front line. Harakah  is now a thorn in the flesh.
The public, especially journalists, can see clearly the psywar by HarakahDaily in belittling Haji Hadi as Prime Minister by spinning and manipulating what is written and hidden.

As the 13th general election gets nearer, the bigger will be the wave in Pakatan. Haji Hadi will certainly not be left alone to fight the wave while fishing in the sea as depicted in the main page of  Harakah Daily.

HAJI HADI DI LAMBUNG OMBAK, UMNO DI LAMBUNG KEYAKINAN

UMNO boleh menghadapi Mesyuarat Agungnya yang terakhir menjelang Pilihan Raya ke 13 mulai Selasa ini dengan keyakinan diri yang lebih besar kerana pencabar utamanya, PAS berada pada taraf moral yang cukup rendah dengan kepimpinan utamanya diperhina dari dalaman dan juga parti rakan sebagai tidak layak menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menjejak Putrajaya.

Tidak seperti BN, pimpinan Melayu dan Islam pasti akan diberikan tempat sebagai Perdana Menteri, tetapi Pakatan Rakyat tidak akan memberikan tempat kepada parti yang hanya mewakili Melayu dan Islam, sebaliknya kepada pemimpin Melayu dan Islam yang  partinya berbilang kaum.

Bukanlah ini yang diharapkan dari Muktmar Pas baru-baru ini, tetapi inilah yang terdedah tanpa dirancang atau tanpa kesedaran pendokong Pas sendiri bila Datuk Seri Haji Hadi Awang digambarkan oleh portal partinya sendiri HarakahDaily  hanya layak untuk menjadi nelayan.

Harakah Daily sejak timbul tuntutan supaya Haji Hadi menjadi calon Perdana Menteri telah menyiarkan di muka utamanya gambar Haji Hadi berseorangan dalam gelombang di laut dengan kapsyen "Saya sanggup jadi nelayan balik."

Suatu usaha yang begitu konsisten oleh HarakahDaily untuk mengkondisikan pemikiran ahli-ahli Pas supaya melupakan Haji Hadi sebagai  calon Perdana Menteri.

Menyedari hakikat, bahawa api sedang merebak dalam sekam, maka HarakahDaily segera  memprojekkan gambar ketiga-tiga pemimpin besar Pakatan Rakyat; Lim Kit Siang (DAP), Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR) dan Haji Hadi (PAS) ketawa besar kegembiraan dalam suatu sidang akhbar kerana  sokongan kepada Pakatan Rakyat sedang meningkat di seluruh negara.

Sidang akhbar ini diadakan tanpa fakta dan asas yang kuat semata-mata untuk membolehkan HarakahDaily menunjukkan PKR berada dalam keyakinan diri menghadapi krisis kepimpinan yang semakin menekan.

Pakatan mahu menyembunyikan Anwar Ibrahim berada dalam keadaan resah gelisah berikutan dengan meletusnya suara PAS menolaknya dari menjadi Perdana Menteri tanpa mempedulikan konsesnsus yang telah dicapai antara pucuk pimpinan Pakatan. Jika tidak masakan HarakahDaily menerusi sebuah tulisan meminta orang PKR jangan tersinggung dengan penolakkan itu dan DAP pula meyakinkan Anwar bahawa mereka tetap menyokongnya sebagai Perdana Menteri.

Haji Hadi yang tercepit nampak memberikan senyuman pahit sambil meminta penyokong-penyokongnya supaya bertenang, kerana semuanya bergantung kepada siapakah atau parti manakah yang akan mendapat kerusi lebih banyak.

Pendedahan hasrat akar umbi Pas ini menimbulkan beberapa persoalan.

Di antaranya ialah apakah Dewan Ulama dan Pemuda Pas tidak dirujuk langsung oleh pucuk pimpinan Order Baru Pas mengenai calon Perdana Menteri?

Atau  konsensus ini berasaskan kepada keyakinan PAS, bahawa PKR pastinya tidak akan mendapat kerusi yang melebihi kerusi Pas dalam pilihan raya ke 13 untuk  melayakkan orangnya menjadi Perdana Menteri?.

Dari segi logik dan kedudukan PKR yang lemah sekali di seluruh negara sekarang, maka persepsi PAS itu bukanlah sesuatu yang mustahil. Berasaskan kepada sejuk sambutan terhadap perjumpaan-perjumpaan  PKR yang giat diadakan di seluruh negara akhir-akhir ini, maka ternyata bahawa PKR berada pada kedudukan sebuah parti yang tidak perlu diperhitongkan lagi. Anwar Ibrahim telah dapat membaca tulisan di tembok.  

Bagaimanapun hal ini bukanlah merupakan suatu keyakinan penuh PAS, kerana itu dalam pilihanrahya ke 13 nanti kita boleh mengharapkan bahawa di samping bekerja untuk memusnahkan BN maka ahli-ahli PAS juga akan bekerja keras untuk mempastikan PKR tidak akan muncul sebagai parti yang terkuat dalam Pakatan.

Orang UMNO jangan memikirkan bahawa sabotaj hanya berlaku dalam UMNO. tetapi juga kerja mensabotaj antara parti sedang berlaku dalam Pakatan sekarang malah usaha untuk mematahkan Haji Hadi dari menjadi Perdana Menteri amat jelas dan lebih buruk lagi, usaha ini berlaku dalam PAS sendiri dengan Harakah dan HarakahDaily berada di barisan depan. Harakah sekarang menjadi duri dalam daging.

Orang ramai terutama sekali wartawan-wartawan dapat melihat dengan jelas perangskap yang dilakukan oleh HarakahDaily yang memperkecilkan Haji Hadi sebagai Perdana Menteri dengan berbagai-bagai  pemutaran dan menipulasi yang bijak dan yang "terlajak" serta yang tersurat dan tersirat.

Semakin dekat dengan pilihan raya umum ke 13 akan semakin berombak di permukaan lautan Pakatan, kesan dari gelombang yang semakin besar di dasar Haji Hadi tentunya tidak akan dibiarkan bersendirian di lambung ombak ketika menangkap ikan seperti  gambar di muka utama Harakah Daily.

Thursday, 22 November 2012

HAY SET ON FIRE

HarakahDaily tried to hide the wish of Pas
members for Haji Hadi to be the Prime
Minister of Malaysia by highlighting on his
readiness to be back as fisherman (See the
caption in Harakahdaily) 
An article by an observer from Singapore at the Pas assembly, Dr Briget Welsh, Associate,  Professor of Political Science at Singapore Management University gives a clear picture of the internal problems in Pas (See Lim Kit Siang for Malaysia).

He mentioned the Pas Youth wing as the protégé to the Old Guard (ulama) which tis threatening the Pas progressive leadership and the dark forces waiting for an opportunity to seize back power. They are not certain if the progressive approach taken by the Pas new leadership will succeed.

He also focuses on the attacks by delegates against the party’s mouthpiece, Harakah, of being independent.

What is mentioned by Dr Briget reflects the real situation at the 53rd Pas Youth Assembly when the Pas Federal Territory Youth chief  Kamaruzzaman Mohamad criticizes  Harakah and its portal,  HarakahDaily for allegedly putting the party leaders at logger-heads and is supported by a delegate from Terengganu, Azman Ibrahim , who said  " Harakah as the voice which monitors the party is no longer relevant and has become otherwise, we have rendered our weapon less effective at a time when we are facing an election”.

The truth in this perception is clear when Harakah and Harakahdaily did not at all publish the wish of the Pas ulama and youth to have Haji Hadi as Prime Minister. Instead, Harakah tried to cover it by highlighting on Haji Hadi’s readiness to be a fisherman. In a situation where the grassroots wants Hadi as the PM, is it a wise move for Harakah to play it down?  

Haji Hadi has to defend  Harakah to show that he is still controls the paper, but his excuse in blaming the government is not relevant with the criticism raised because it has given room for destroyers of the party unity, Is this not what Harakah   is doing to Hadi by highlighting that he is only capable of becoming a fisherman. Hadi is an idiot if he himself is not sensitive to this political game.

Dr. Briget wrote" Some of the progressive have openly called for end to the ulama leadership of the parti". Is this not what is done by HarakahDaily? 


Hadi  seems to be struggling to cover his weaknesses as the top leadership. He is trapped between the ulama and the progressive and in this situation , one incident after another befell him prior to the Pas assembly with the challenge on pluralism by Anwar Ibrahim’s daughter, Nurul Izzah, abuse of Harakah and recently, the most serious, the K.O prayer seeking for the destruction of UMNO members.

This is done by Nik Aziz’s younger brother who represented the “obsess” in Pas, not to assist Hadi, but to  destroy Hadi’s image, reminding the people of Haji Hadi as the one who issued the edict that UMNO members are infidels,. Haji Hadi wants this image forgotten in his bid to portray himself as the Pas leader of the New Order, as a progressive leader.

Indeed the pressure facing Pas with the upcoming 13th general election does not come from outside, but within the party itself and from its allies in Pakatan, from statements on religious pluralism, abuse of Harakah and the K.O. K.O prayer, which possibly may bring Pas to K.O. K.O too.
HUJAN TAK-TAK AYE MALI... (Sila Klik  Cerita Zam)

SEKAM SEDANG DIBAKAR API

Ustaz Nasaruddin Hassan
Tulisan seorang pemerhati Muktamar Pas dari Singapura, Dr. Briget Welsh, Associate Proffessor of Political Science at Singapore Management University jelas menggambarkan api dalam sekam yang sedang membakar Pas (Lihat Lim Kit Siang For Malaysia).

Beliau menyebut Sayap Pemuda Pas yang menjadi protegees kepada Old Guard (ulama) yang mengancam kepimpinan progresif Pas dan dark forces menunggu kesempatan untuk kembali merampas kuasa. Mereka tidak pasti jalan progresif yang diambil oleh pimpinan baru Pas akan berjaya.

Beliau juga memberikan perhatian terhadap serangan yang dibuat oleh perwakilan terhadap suara parti  Harakah kerana sikap bebasnya.

Apa yang disebutkan oleh Dr. Briget itu jelas dalam Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas ke 53 bila Ketua Pemuda Pas Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad mengkritik Harakah dan portalnya HarakahDaily kerana didakwa melaga-lagakan pimpinan parti itu dan ini disokong pula oleh wakil Terengganu Azman Ibrahim yang  berkata "Harakah sebagai suara yang memantau parti sudah tidak relevan lagi dan menjadi sebaliknya, kita tumpulkan senjata sendiri disaat berdepan peperangan pilihan raya."

Kebenaran persepsi  ini jelas, apabila Harakah dan Harakahdaily tidak langsung menyiarkan hasrat ulama dan pemuda Pas yang mahukan Haji Hadi menjadi Perdana Menteri sebaliknya, Harakah cuba  menyorok dan menidakkannya dengan menggembar-gemburkan Haji Hadi lebih bersedia untuk menjadi nelayan. 

Adakah dalam keadaan akar umbi yang mahukan Hadi sebagai Perdana Menteri suatu langkah bijak Harakah memperkecilkannya?

Haji Hadi terpaksa mempertahankan Harakah untuk menunjukkan seolah-olah beliau masih menguasainnya,    tetapi alasannnya dengan menyalahkan kerajaan Harakah menjadi demikian tidak relevan dengan teguran yang dibangkitkan kerana sekalipun hanya suara parti tetapi ia telah bebas untuk melampaui suara parti, malah memberikan tempat kepada anasir-anasir perosak perpaduan parti.

Bukankah ini yang dilakukan oleh Harakah terhadap Hadi sendiri dengan menonjolkannya hanya layak untuk menjadi nelayan.

Amat bodoh jika Hadi sendiri tidak sensitif kepada permainan politik ini.

Dr. Briget berkata "Some of the progressive have openly called for end to the ulama leadership of the parti." Tidakkah ini yang dilakukan oleh HarakahDaily? 

Hadi nampak berhempas pulas untuk tidak mahu menampakkan kelemahannya sebagai pemimpin tertinggi, beliau tercepit antara ulama dan golongan progresif dan dalam keadaan ini kemalangan menimpanya satu demi satu menjelang Muktamar Pas dengan cabaran pluralisme dari anak Anwar Ibrahim, Nurul Izzah, penyelewengan Harakah dan akhir sekali paling berat ialah Doa K.O meminta Piraun-piraun UMNO dimunsnahkan.

Perbuatan itu yang dilakukan oleh adik Nik Aziz yang mewakili golongan taksub dalam Pas bukannya membantu Hadi tetapi merosakkan Imej Hadi, mengingatkan kembali orang ramai terhadap Haji Hadi sebagai kepada Bapa Taksub yang memfatwakan kekufuran orang UMNO.

Haji Hadi mahu supaya imejnya ini dilupakan dalam keadaan beliau mahu menunjukkan diri sebagai pemimpin Order Baru Pas, sebagai pemimpin progresif .

Sesunguhnya tekanan yang dihadapi oleh Pas menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 bukannnya datang dari luar tetapi dari dalam parti sendiri dan dari rakan-rakan parti Pakatan, dari kenyataan-kenyataan pluralisme agama, penyelewengan Harakah, Doa K.O, K.O yang besar kemungkinan akan membawa Pas kepada K.O. K.O.

HUJAN TAK-TAK AYE MALI...

Seorang kakitangan membersihkan lumpur
yang dibawa oleh arus banjir yang melanda
Ibupejabat Utusan Melayu di Chan Sow Lin
berikutan empangan lombong pecah.
Banyak peristiwa kecil dan besar yang berlaku di Ibu Pejabat Utusan Melayu dalam masa lebih 30 tahun saya berkhidmat dengannya.

Mengenangkannya adalah  mengembalikan wajah kawan kawan sama ada yang masih ada atau sudah pergi buat selamanya atau yang masih ada tetapi entah di mana.

Wajah-wajah yang senang saya ingati ialah mereka yang menjadi tenaga penting dalam saat-saat genting dan mereka  yang berkerja dengan penuh dedikasi seolah-olah Utusan Melayu adalah kepunyaan mereka sendiri.

Manusia-manusia ini ada di semua bahagian, di kilang,di Jabatan Pengarang, Pengurusan dan Pentadbiran. Kepada mereka dalam keadaan apapun akhbar Utusan Melayu mesti diterbitkan, menemui pembacanya esok.

Di bawah ini  hanya suatu dari beberapa cerita saat-saat genting di Utusan Melayu yang saya catitkan dalam buku Yang Pertama dan Terakhir.

Tengah hari 9 Oktober 1963: Saya dan beberapa orang kawan lagi sedang makan di sebuah kedai India Muslim di hadapan Cold Storage di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur bila tiba-tiba kami dikejutkan oleh beberapa orang wanita Cina yang bertempiaran lari menerusi satu lorong dari arah belakang kedai itu.

Mereka membawa bersama-sama bungkusan-bungkusan kain baju, tikar bantal dan apa juga yang dibuat oleh manusia di dalam menghadapi saat-saat kecemasan terhadap nyawa dan harta benda mereka.

Beberapa orang bertanya: Apa pasal? Apa pasal?

Wanita-wanita Cina yang berlari itu berteriak “hujan tak-tak aye mali, hujan tak-tak aye mali, (hujan tak ada air datang, hujan tak ada air datang).

Saya tidaklah menduga sesuatu bencana yang besar telah berlaku. Setelah selesai makan, kami pun berjalan pulang ke pejabat, tetapi apabila sampai ke permukaan Jalan Lima (jalan masuk ke Utusan Melayu), kelihatan arus air yang begitu deras sedang melanda sekitar kawasan Utusan Melayu dan sedang menenggelami Jalan Lima.

Arus air itu kelihatan begitu deras menyebabkan kami terpegun memerhatikannya dan kedai kopi apek yang menjadi langganan utama pekerja-pekerja Utusan sedang tenggelam. Dalam beberapa minit sahaja, yang kelihatan hanya bumbungnya sahaja.

Dari jauh saya melihat beberapa orang pekerja wanita Utusan telah berada di atas tanah tinggi di hadapan pejabat Utusan.

Datuk Bandar  Kuala Lumpur, Tan Sri Elyas Omar, diiringi
oleh Pengurus Besar Kumpulan Utusan Melayu (Malaysia)
Berhad, Encik Yusof Bador (kiri) dan Pengurus Kumpulan
China Press, Encik Tala singh (kanan) melihat sebahagian
kertas gulung yang rosak akibat banjir kilang yang melanda
Jalan chan Sow Lin, Kuala Lumpur pada 13 Oktober 1991
Tidak ada siapa yang mengetahui dari mana datangnya banjir ini yang dalam sekelip mata menyerang kawasan seluas antara enam hingga tujuh batu persegi dari Batu 3 Jalan Cheras membawa ke kawasan lapangan terbang lama (sekarang pangkalan TUDM) melintasi Jalan Sungai Besi hingga ke Salak South.

Jalan Lima menuju ke Pejabat Utusan Melayu tenggelam sama sekali dalam masa tidak sampai 15 minit.

Sehingga hari ini saya tidak dapat mengingat kembali bagaimanakah saya dapat kembali ke pejabat dari jalan besar (Chan Sow Lin).

Bila kederasan air berkurangan dan mulai surut, Jalan Lima menjadi tempat pesta menangkap ikan tongsan. Di sebalik pesta ini sebenarnya ialah satu malapetaka yang paling buruk di dalam sejarah Ibu Kota.

Lebih 2,000 keluarga menjadi mangsa banjir kilat ini dengan kehilangan rumah tangga dan sebagainya dan menurut angka-angka tidak rasmi lebih 20 orang terbunuh.

Ramai pekerja Utusan Melayu sendiri yang menyelamatkan keluarga-keluarga Cina berhampiran dari dihanyut oleh air.

Seorang pekerja Utusan Melayhu di bahagian kilang Ahmad Abdul Rahman atau lebih terkenal dengan nama Mat Arab telah dapat menyelamatkan seorang kanak-kanak Cina dari mati lemas walaupun dirinya sendiri hampir hanyut dibawa oleh arus air.

Pengurus Utusan Melayu ketika itu Tengku Hassan Abdul Mutalib yang kebetulan tidak keluar makan telah cuba untuk menghubungi polis dan bomba, tetapi malangnya semua perhubungan telah terputus.

Di tengah-tengah keadaan yang kelam-kabut ini dengan pejabat Utusan Melayu dan mesin cetaknya ditenggelami air, dengan keadaan semua perhubungan telah terputus, dengan seluruh jentera pengeluaran akhbar telah lumpuh, perkara utama yang difikirkan oleh kakitangan Utusan Melayu dari bahagian kilang, pengarang, pengedaran hinggalah kepada pengurusan ialah bagaimanakah akhbar akan diterbitkan esok.

Demikianlah tradisi yang telah berlaku di dalam Utusan dari sejak kelahirannya. Dalam keadaan apapun Utusan mesti terbit, Utusan mesti menemui pembacanya, Utusan mesti berada di pasaran. Ini sudah menjadi undang-undang yang tidak tertulis.

Di dalam masa mogok Utusan dalam tahun 1961 akhbar hanya tidak keluar dua hari sahaja. Selain dari mogok, Utusan juga beberapa kali menghadapi halangan dalam proses pengeluarannya yang tidak selalunya diketahui oleh orang ramai, seperti terputusnya bekalan elektrik dan kerosakan mesin.

Bila menghadapi keadaan serupa ini, maka sikap “apapun terjadi, suratkhabar mesti keluar” telah membolehkan orang ramai menerima Utusan seperti biasa tanpa menyedari bagaimana halangan-halangan telah diatasi.

Demikian juga di dalam menghadapi kelumpuhan akibat banjir. Pak Melan Ketua Pengarang, Encik Osman Abadi Ketua Penyunting dan Encik H. M. Shah Pengarah Urusan dan ketua-ketua bahagian kilang dan pengedaran bermesyuarat tergempar dan memutuskan akhbar mesti terbit.

Para pemberita diarahkan segera mengumpul bahan-bahan berita sekitar mala petaka banjir yang berlaku itu.

Kira-kira jam 8 malam banjir mengejut surut, Pejabat Utusan penuh dengan lumpur, mesin rosak, setengah akhbar lama yang disimpan dibawa arus air, tetapi esoknya Utusan keluar seperti biasa, cuma mukanya dikurangkan kepada empat muka sahaja. Percetakan dibuat di akhbar Malayan Times.

Lead muka satu ialah “Peristiwa paling buruk dalam sejarah Ibu Kota Persekutuan Malaysia, banyak jiwa melayang, beribu-ribu kehilangan rumah tangga, kilang percetakan Utusan Melayu karam. EMPANG LOMBONG PECAH.

Berikutan dengan itu Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah melawat Pejabat Utusan Melayu dan diikuti dengan kunjungan Tunku Perdana Menteri yang telah memuji pekerja-pekerja Utusan kerana menunjukkan semangat yang kuat untuk berkhidmat kepada orang ramai.

Mengenai pengalaman pekerja-pekerja Utusan menghadapi banjir ini, Saudara Nora, menggambarkan dalam cerita pendeknya bertajuk “Air” dalam Utusan Zaman keluaran 20 Oktober 1963.

Antara lain Nora menulis, “Kami masuki pejabat dan apa yang kutonton ialah pejabat sudah jadi sawah, selut dan pasir separas matakaki, dan masing-masing mengucap panjang. Buku-buku, fail, kerusi dan meja selang-pukang segala sistem dan susunan pejabat ini hancur, serba tidak normal, serba tidak teratur dan tersusun, berkecai di sana, berkecai di sini, bertabur di sana dan bertabur di sini seperti usus-usus perut ayam yang terburai di gilas roda kereta.

“Dan di bawah bibir mataku sekarang tempat ini seperti lepas kena bom, bangkai-bangkai dan mangsa-mangsa air maut berkaparan, kami sekarang berpijak di atas selut pasir dan kertas yang terendam.”

Nora menamatkan ceritanya tentang keadaan di pejabat Utusan dengan paragraf ini:

“Jentera-jentera pada bergegar kembali, lampu-lampu di pejabat sudah menyala semula, kipas-kipas sudah berpusing, telefon sudah berdering-dering dan taipwriter pada meletup-letup lagi”.

Dan yang masih tidak saya lupakan, dua hari setelah kejadian banjir itu seekor kucing kesangan pekerja-pekerja bahagian kilang dijumpai selamat di atas bumbung kilang Utusan.

Dia mengiau kelaparan kerana sudah dua hari dua malam tidak makan.

UM Mei 6, 1978.

Wednesday, 21 November 2012

NON-MUSLIMS SEE HADI NO LONGER RELEVANT TO BE MADE A PRIME MINISTER

PAS ULAMA ONLY USEFUL FOR PRAYER  TO DESTROY MUSLIMS

   Haji Hadi Awang           Nurul Izzah Anwar
Pas succeeded in stopping its recent “muktamar” (assembly) from discussing the issue raised by Parti Keadilan Rakyat (PKR) vice-president Nurul Izzah on religious freedom for the Malays, but failed to stop its Dewan Ulama from giving Anwar Ibrahim a moral slap by rejecting him as the future Prime Minister of Malaysia.

In coming up to that decision, the Dewan Ulama ignored the sentiments in Pakatan Rakyat, including the Pas leadership, to not touch on sensitive issues which could disintegrate unity in Pakatan Rakyat in facing the general election.

Said an Ulama delegate, Hairun Nizam, when debating Hadi’s speech, “it is not appropriate to hide the agenda on Islam for political interests”.

Actually, the issue on the Malaysian Prime Minister is a more sensitive issue to Pakatan Rakyat, but the Dewan Ulama, failed to heed the warning. In the debate on the Malaysian Prime Minister candidate at the assembly, it revealed the true feelings of the Pas grassroots when Hairun Nizam was given a loud applause and shouts of Allahuakbar when he asked who would be the best candidate to be Prime Minister if notTok Guru Haji Hadi.

“Our president has the caliber to lead the country to the right path which is blessed by Allah,” he said.
As expected, this was belittled by Keadilan and DAP leaders.

"This is only an opinion by an individual in Pas and does not reflect the decision of Pakatan,’ said DAP chairman Karpal Singh and Pakatan Rakyat vice-president Tian Chua said "That is only an opinion of one or two people in Pas".

DAP deputy chairman Dr. Tan Seng Giaw said the consensus in the agreement of the three opposition parties was Anwar Ibrahim as the candidate for the Prime Minister’s post. Hence, if the Pas Ulama wants another person, it makes no difference”. (Star 19 November).

Is the views of the Pas Dewan Ulama made by one or two people and no longer represents the views of the party.

The way the Pas allies looked down on the voice of its Ulama can no no longer be hidden, despite the Pas top leadership claiming that the Pas Ulama is still looked up to and respected.

Lim Kit Siang and Anwar Ibrahim will certainly share and hold to the decision which they believe will not be betrayed by the Pas new order.

With the clear stand of the allies, the Pas ulama have been able to anticipate their fate when Pakatan Rakyat comes to power. Anyone who is able to think rationally and openly would be able to understand that the request by the Pas Ulama  is like an old  dog barking at a hill.

The Pas Dewan Ulama is no longer important in Pas , their voices are no longer heard, their views are no longer relevant, uneducated orthodox and outdated, compared with that of Mat Sabu (Syiah?), Husam and Mahfuz.

Overall, the non-Malays and the non-Muslims also share the view towards Pas, especially since their partnership in the opposition pact, the Pas ulama , to them,  is no longer respected in the party, even in matters on hudud. However, they are still useful at functions to hold prayers calling for the destruction of the Muslims.

Hadi’s voice is merely to hide the real situation in Pas now.

This despicable view is also said of Haji Hadi. Otherwise Harakah and HarakahDaily , which is controlled by the ‘New Order” , placed more emphasis on Hadi’s storiy of going back to become a fisherman, and there was nothing on the voice of Ulama delegate  calling for Hadi to be made the Prime Minister. Who is responsible for pressuring Harakah to give priority to this story. Who controls Harakah?

I also understand that it is not the time now for the grassroots members and also the pro-Pas Ulama to protest against the current situation and pressure because of the approaching 13th general election and what happened was something of their own doing.

Comment

Nazmil19 November 2012 12:07
I saw Tok Guru Nik Aziz’s face at the media conference when he accused Umno of being an apostate and to have rejected  Islam. It was of hatred. If he has that attitude towards UMNO, what is his true  feelings for the non-Muslims in the country. It is apt that the Chinese and Indians in the country realize this.

Tuesday, 20 November 2012

HARAKAH YANG KATA HADI TAK LAYAK JADI PM

HarakahDaily hari ini (20 November) menyiarkan satu rencana panjang menafikan bahawa Haji Hadi Presiden Pas mahu menjadi Perdana Menteri, malah HarakahDaily menuduh The Star dan juga Malaysian Insider memutarbeliktan apa sebenarnya yang dikatakan oleh Hadi.

Soalnya kenapakah dalam perkara amat penting yang melibatkan hasrat akar umbi dan juga ulama-ulama Pas sendiri, penafian itu tidak dibuat oleh Haji Hadi sendiri, apakah Haji Hadi sendiri lebih sensitif kepada hasrat Anwar Ibrahim, DAP dan Keadilan dari hasrat anggota partinya?

Semakin jelas siapakah yang menguasai HarakahDaily yang mahu memperkecilkan hasrat akar umbi dan juga ulama ulama Pas.Bacalah juga komen OutSyed The Box di bawah sekali.

Berikut inilah penjelasan Harakah Daily. 

Apa sebenar kata Presiden PAS tentang isu jadi PM

Harakahdaily, 19 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Laporan muka depan akhbar The Star yang dimiliki oleh MCA jelas mahu melaga-lagakan Presiden PAS dengan para pemimpin Pakatan Rakyat yang lain apabila melaporkan beliau bersedia menjadi perdana menteri, tetapi apakah sebenarnya yang beliau kata dan maksud.


Muka depan The Star hari ini melaporkan, "Hadi ready to be PM" (Hadi bersedia menjadi PM).

Namun tajuk untuk edisi onlinenya agak berbeza iaitu, "It is syiok (thrilling) to be PM." (Syok juga kalau jadi PM)."

Selari dengan The Star adalah, media dalam talian The Malaysian Insider juga membuat laporan sealiran dengan akhbar MCA itu. "Hadi ‘alu-alukan’ cadangan perwakilan dilantik jadi PM", menjadi tajuk media itu.

Kedua-dua laporan ini membayangkan seolah-olah Presiden PAS itu mahu menjadi perdana menteri.

Ekoran kedua-dua laporan itu, timbul fitnah kepada Presiden bahawa beliau dikatakan 'setuju dan bersedia' untuk menjadi perdana menteri.

Namun, Malaysiakini pula membuat tajuk "Syor jadi PM, syok juga sepintas lalu - kata Hadi".

"Syok (seronok) juga sepintas lalu. Tetapi saya kata di sini, saya minta Tuhan jadikan cita-cita menangkan Islam, lepas tu nak mati, matilah,"katanya dalam ucapan penangguhan Muktamar PAS ke-58 di Kota Bharu semalam.

Laporan yang ditulis Abdul Rahim Sabri itu agak berlainan dari dua media di atas.

Apakah yang dikatakan sebenarnya oleh Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika memberikan ucapan penangguhan yang disifatkan oleh pelbagai pihak sebagai terbaik oleh beliau itu.

Para pembaca wajar sekali mendengar sendiri apakah maksud Ustaz Abdul Hadi dalam ucapannya itu.

Ini kerana, dalam sidang media selepas memberikan Ucapan Dasar Muktamar PAS ini, Abdul Hadi dengan jelas menolak cadangan itu.

Beliau lebih rela kembali menjadi nelayan selepas Islam menang.

Apakah sebenarnya maksud TG Abdul Hadi tentang isu ini? Berikut adalah transkrip ucapan penangguhan beliau yang berkaitan dengan isu ini.

Berikut adalah penyataan Tuan Guru Abdul Hadi semasa penggulungan itu secara verbatim.

"Kita kena hadapi pilihan raya dengan yakin, ikhlas dan ilmu dan bijak.

Saya alu-alukan nak lantik saya jadi perdana menteri. Syok juga sepintas lalu. Tetapi saya kata di sini, saya minta Tuhan jadikan cita-cita saya ini biar menangkan Islam, kemudian kalau nak mati, matilah.

Saya tak mahu macam cerita saya dengan Ustaz Azizan. Ustaz Azizan tahu saya minat memancing. Saya pergi Kedah, dia ajak saya memancing di laut Yan.

Sebelum pergi, dia berpaling ke anak buah dia, dia kata, tumbuk rempah siap-siap. Nak masak ikan tenggiri, ikan jenahak. Saya pun pergilah, dia pun pergi juga ke laut. Bila balik, boleh ikan belukang sebesar kelinking je. Ustaz Azizah ingat tak peristiwa itu? Saya tak mahu jadi macam tu lah. Belum apa-apa dah tumbuk rempah.

Kita kena belajar dengan Nabi SAW. Bila Nabi nak berhijrah ke Madinah, Nabi berjumpa dengan pemimpin-pemimpin kabilah yang bersedia menawarkan negeri dan penduduk mereka untuk menegakkan Islam. Allah menjanjikan kemenangan.

Nabi jumpa satu-satu kabilah ini. Masa jumpa kabilah Bani Amir, Nabi tawar Islam, Allah janjikan kemenangan, boleh tegakkan negara bila berjaya. Tiba-tiba pemimpin mereka bertanya, "Kalau menang siapa jadi raja, jadi ketua, jadi menteri" lalu Nabi jawab, "Kemenangan itu bagi Allah, Allah beri  kepada siapa yang Dia kehendaki" Itu jawapan Nabi.

Jadi kita PAS ni kena ajar begitulah. Itulah caranya."

BACALAH APA KOMEN OutSyed The Box

Harakah says it is a fitnah to say that their party president wants to be the PM. Ertikata lain, Harakah is saying their own party president is not fit to be the PM.  Saya tak tahu nak kata siapa lagi bodoh. Harakah lagi bodoh sebab tak yakin dengan presiden sendiri atau memang Hadi yang bodoh sampai Harakah pun sudah tak yakin dengan kebolehan Hadi.


Then the Harakah says their president "lebih rela kembali menjadi nelayan"

Here Harakah is also twisting the story. They say theirs is a verbatim report "secara verbatim"

I read their verbatim report. No where does Hadi say that 'saya lebih rela menjadi nelayan'. It is Harakah that is making this accusation against Hadi Awang. It is Harakah that is saying 'beliau lebih rela kembali menjadi nelayan'.

Hadi said no such thing. He merely said that he likes to go fishing. He never said that he wants to "kembali menjadi nelayan". 

Folks, I didnt know that Hadi was a nelayan.  But it looks like Harakah is going out of its way to remind the whole world that Hadi was indeed once a nelayan. 

It is actually Harakah that is telling Hadi not to have too grand ambitions. Jangan lah bercita-cita tinggi sangat. Kalau nelayan, nelayanlah. Boleh kembali menjadi nelayan.

I think there are more serious issues inside PAS.  There are people who really dont like their 







Monday, 19 November 2012

TUNTUTAN ULAMA HADI JADI PM IBARAT ANJING TUA MENYALAK BUKIT

ULAMA PAS HANYA BERGUNA UNTUK UPACARA DOA MUSNAHKAN ORANG ISLAM



Pas berjaya mencegah muktamarnya baru-baru ini dari membangkitkan isu Naib Presiden Keadilan, Nurul Izzah mahukan kebebasan beragama kepada Melayu Islam, tetapi gagal untuk mencegah Dewan Ulamanya dari memberikan tamparan moral kepada Anwar Ibrahim dengan menolaknya sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia.

Keputusan Dewan Ulama juga tidak menghiraukan sentimen dalam pakatan rakyat termasuk pucuk pimpinan  Pas sendiri supaya isu-isu sensitif yang boleh memecahbelahkan perpaduan Pakatan Rakyat dalam menghadapi pilihan raya tidak disentuh.

Kata wakil ulama Hairun Nizam yang berucap membahaskan ucapan Hadi "tidak wajar agenda Islam disembunyikan untuk kepentingan politik"

Sebenarnya isu Perdana Menteri Malaysia adalah isu yang lebih sensitif kepada Pakatan Rakyat yang telah dibisukan walaupun pemimpin-pemimpin BN meminta pendedahan, tetapi nampaknya Dewan Ulama tidak menghiraukan tegahan ini, sebaliknya dalam perbincangan mengenai calon Perdana Menteri Malaysia di muktamar itu terdedah perasaan terpendam akar umbi Pas apabila  Hairun Nizam yang berucap mewakili ulama diberikan tepok sorak bergemuruh dan teriakan Allahuakbar bila bertanya siapakah yang terbaik untuk menjadi Perdana Menteri jika bukan Tok Guru Haji Hadi."

"Presiden kita mempunyai kaliber untuk memimpin negara ke jalan benar yang diredhai Allah," katanya.

Seperti diduga  hasrat dan desakan ini segera diperkecilkan oleh pemimpin-pemimpin Keadilan dan DAP.

Anak-anak murid Tok Guru Nik Aziz sedang baca doa
minta UMNO KO, KO UMNO dan musnahkan muslim
UMNO
"Ini hanyalah pandangan individu dalam Pas dan tidak membayangkan keputusan Pakatan "kata Karpal Singh Pengerusi DAP dan Naib Presiden Pakatan Rakyat Tian Chua pula berkata "Itu hanyalah pandangan seorang dua dalam Pas."

Kata Timbalan Pengerusi DAP Dr. Tan Seng Giaw, konsensus dalam perjanjian tiga parti pembangkang  ialah Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri. Maka itu jika Ulama Pas mahukan yang lain tidak akan menukar keadaan." (Star 19 November)

Apakah pandangan Dewan Ulama Pas hanya pandangan seorang dua dan tidak lagi mewakili pandangan Pas pada keseluruhannya.

Betapa rendah pandangan rakan-rakan komponen Pas terhadap suara ulama Pas tidak lagi dapat disembunyikan walaupun pemimpin-pemimpin tertinggi Pas mendakwa Ulama Pas tetap dihormati.

Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim pastinya akan mendiamkan diri tetapi pastinya mereka juga berkongsi  dan berpegang kepada keputusan yang dibuat yang mereka percaya tidak akan dikhianati oleh order baru Pas.

Dengan sikap jelas rakan sepakatan itu,  ulama-ulama Pas sudah dapat menduga nasib masa depan mereka apabila Pakatan Rakyat berkuasa kelak. Sesiapapun yang dapat berfikir dengan rasional dan terbuka sudah  dapat memahami bahawa hasrat tuntutan Ulama Pas itu hanya ibarat anjing tua menyalak bukit.

Dewan Ulama Pas tidak lagi penting dalam Pas, suara mereka adalah suara tanpa kuasa tanpa bisa, pandangan mereka tidak relevan lagi, tidak terpelajar, ortodox dan jumud dibandingkan dengan  Mat Sabu (Syiah?), Husam dan Mahfuz.

Pada keseluruhannya bukan Melayu dan bukan Islam juga mempunyai pandangan yang sama terhadap Pas terutamanya kerana sejak berkongsi dengan rakan pakatan, ulama Pas ternyata kepada mereka tidak lagi dihormati dalam parti, malah dalam soal hudud pun golongan modenis ternyata terpisah dari mereka. Bagaimanapun mereka masih berguna untuk digunakan dalam upacara-upacara berdoa bagi mendoakan kemusnahan orang Islam.
.
Suara Hadi hanya sekadarkan untuk menyembunyikan situasi yang sebenarnya dalam Pas sekarang.

Pandangan yang hina dan rendah ini juga adalah kepada Haji Hadi, jika tidak masakan Harakah dan HarakahDaily yang dikuasai oleh "Order Baru" lebih membesarkan berita Hadi mahu balik jadi nelayan, dan tidak ada langsung suara wakil ulama menuntut Hadi jadi Perdana Menteri yang disuarakan oleh wakil-wakil ulama disiarkan, sebaliknya hanya disiarkan oleh akhbar. Siapakah yang menekan Harakah dari mengutamakan berita ini, siapakah yang menguasai Harakah?

Saya juga faham bahawa bukanlah masanya sekarang untuk ahli-ahli akar umbi dan juga golongan pro ulama Pas untuk  memberontak terhadap keadaan dan tekanan yang mereka hadapi kerana plihan raya ke 13 sudah hampir benar dan yang berlaku adalah sesuatu yang telah mereka sendiri tempah.

Jalan yang sebaiknya adalah untuk mereka menyerahkan kepada rakyat menentukan nasib masa depan mereka, tetapi rakyat dan ahli-ahli Pas yang cerdik dan berfikiran terbuka sudah dapat membaca nasib ulama dalam Pas dari sekarang.

Sunday, 18 November 2012

HADI PM: ORANG PAS MINTA PKR JANGAN TERASA HATI

Dipetik dari Harakahdaily 18 November 2012.
Pas petang ini meminta seluruh ahlinya bertenang menghadapi berbagai-bagai reaksi terutama dari media Barisan Nasional yang akan mengeksploitasi isu tuntutan wakil Dewan Ulamak Pas untuk Haji Hadi menjadi Perdana Menteri Malaysia.

HarakahDaily juga menyiarkan sekeping gambar menunjukkan Haji Hadi dan Anwar sedang berunding mengenai sesuatu dengan captionnya telah mencapai konsensus yang boleh ditafsirkan sebagai isu Perdana Menteri.

Reaksi segera Pas menerusi seorang penulis di dalam HarakahdDaily berkata, pertanyaan spontan wakil Dewan Ulamak, Hairun Nizam Mat Hussein semasa membahas ucapan dasar presiden di muktamar Pas pagi semalam yang berbunyi, siapa lebih baik untuk memimpin Malaysia di masa akan datang, kalau bukan Tuan Guru Presiden," disambut kurang senang oleh sesetengah pihak di luar Pas.

Pertanyaan spontan itu sudah tentu ia akan disambut dan dimamah oleh media massa PB dengan lazat dan berah,kata tulisan itu.

Abdul Hadi dan Anwar: menerima konsensus.
Berikut adalah petikan dari tulisan itu: "Bagaimana pun bagi saya pertanyaan atau pun pernyataan itu tidak perlu disambut dengan rasa terkejut. Memang tepat dan kena pada keadaannya pun, apa dinyatakan oleh ulama muda Pas itu.

Sebagai presiden parti sewajarnya kalau ahli dan penyokong Pas mengharapkan Abdul Hadi menjadi perdana menteri dan tidak tokoh-tokoh lain.

Mereka yang merasakan Anwar Ibrahim lebih kompiten sebagai perdana menteri tentu kurang senang dan tidak seronok dengan pernyataan itu. Pernyataan itu seperti mahu mencabar kedudukan Anwar.

Tetapi janganlah melatah dan mula membuat tuduhan-tuduhan liar terhadap pernyataan wakil ulamak itu. Pernyataan itu perlu dianggap bersifat peribadi dan bukan satu konsensus dari muktamar untuk didebatkan. Pernyataan itu hanya dari seorang muktamarin saja dan tidak merupa resolusi dari mana-mana dewan.

Justeru orang PKR atau sesiapa saja yang telah menerima Anwar sebagai perdana menteri janganlah mengamuk dan terasa dengan pernyataan itu. Anggaplah ia satu lontaran jenaka dari ahli ulama itu. Cuba tenang otak dan lihat dulu suasana cadangan itu dikemukakan. Rasionalkan dengan persoalan itu.

Saya kata ini kerana sudah ada dalam FB yang mempertikaikan pandangan ahli Pas itu. Sudah ada di wall yang cuba menjadikan pandangan individu itu sebagai polimek. Kenapa cepat sangat melatah? Cepat sangat memberi reaksi. Dan kenapa suka sangat menarik sesuatu yang pendek menjadi panjang, dan melebarkan sesuatu yang leper sebesar buah beluru mahu dijadikan sebesar badang.

Sesuatu perkara perlu difaham oleh semua pihak, walaupun konsensus di antara Pakatan Rakyat bersetuju melantik Anwar menjadi perdana menteri walaupun ia bukan satu yang mutlak. Keperluan itu bergantung kepada fakta ataupun keperluan tertentu..

Bagaimana pun hak dan kemahuan seseorang ahli agar ketua mereka menjadi pemimpin tertinggi tidak boleh dinafikan. Hak itu adalah hak mutlak dan satu tanggungjawab. Begitu juga kalau ada orang DAP yang mahukan Lim Kit Siang menjadi PM tidak siapa dapat menolak. Seharusnya sebagai orang DAP mereka mahukan pemimpin mereka memegang jawatan tertinggi itu.

Memang dari kapasiti Pas layak untuk menuntut jawatan itu. Pas bukan parti baru. Berbanding dengan DAP dan PKR, Pas lebih tua. Begitu juga pengalaman mentadbir dan juga pengaruh. Kalau diukur dari pengalaman tersendiri, Pas memang berhak untuk mendapat jawatan tertinggi itu. Bagaimana pun ukuran untuk layak atau sesuai untuk jadi PM bukan semata-mata terletak disitu.

Ukuran atau realiti siapa yang berhak menjadi perdana menteri nanti, ia bergantung kepada beberapa faktor dan keperluan. Salah satu ialah bergantung kepada parti mana mendapat kerusi banyak dalam pilihan raya kelak. Walaupun konsessus sudah dibuat Anwar akan diangkat menjadi perdana menteri, tetapi kalau keputusan pilihan raya nanti Pas mendapat kerusi lebih dari PKR, adalah tepat kalau Abdul Hadi diangkat menjadi PM.

Adalah tidak logik kalau parti yang mendapat sedikit kerusi pemimpin mereka hendak diangkat menjadi perdana menteri. Tindakan itu tidak pernah berlaku dalam sejarah di mana-mana dunia sekali pun kecualilah ada sebab-sebab yang sangat tidak dapat dielakkan atas persetujuan bersama.

Pihak PKR. terutamanya orang yang merindui Anwar menjadi PM jangan terasa hati dengan gelagat ulamak itu."

PAS TOLAK ANWAR IBRAHIM SEBAGAI PERDANA MENTERI

Anwar Ibrahim
Laporan The Star petang ini bahawa Dewan Ulama Pas mahukan Haji Hadi menjadi Perdana adalah memberikan implikasi yang pelbagai (lihat berita di Pintas).

Pertama sekali ialah dengan secara bijak Pas telah menolak Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Kedua Pas tetap mengutamakan kepimpinan yang bermoral untuk merajui negara ini.

Ketiga untuk menegaskan kepimpinan ulama tetap menguasai Pas kerana mustahil untuk Dewan Ulama menarik balik keputusan ini atas desakan order baru dalam Pas atau DAP dan Keadilan kerana berbuat demikian akan mengesahkan bahawa ulama Pas memang telah hilang kuasa dalam Pas.

Hingga lewat petang ini Harakah tidak menonjolkan keputusan ini sebaliknya menyiarkan ucapan Haji Hadi yang  lebih bersedia untuk menjadi nelayan dan ucapan ketiga-ketiga Naib Presiden Pas yang mengulangi kesetiaan dan menafikan bahawa mereka mahu membelakangkan kepimpinan ulama.

Adalah dipercyai bahawa Harakah tidak menunjulkkan tuntutan Dewan Ulama Pas itu kerana Harakah dan HarakahDaily adalah juga dikuasai oleh orang-orang Order Baru.

JANGAN KERANA POLIS, KES ROGOL INI AMBIL MASA LAPAN TAHUN

Tiga anggota polis dibawa ke Mahkamah
untuk hadapi tuduhan  merogol wanita warga
Indonesia
Susulan dari komen hubungan Indonesia - Malaysia Dalam Bahaya

TERKINI: Tiga anggota polis telah pun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth atas tuduhan merogol dan melakukan seks luar tabii terhadap seorang wanita warga Indonesia di Berek Polis Perai, Bukit Mertajam pada 9 November lalu. Mereka tidak mengaku bersalah.

Kes ini turut diliputi oleh tiga Stesen Telivisyen Indonesia iaitu Metro TV, Trans TV dan TV1.
Sekurang-kurangnya laporan mereka akan dapat mengurangkan kemarahan rakyat Indonesia dan ketegangan hubungan antara Indonesia dan Malaysia.

Bagaimanapun janganlah proses perbicaraan kes ini yang mengacam hubungan dua negara akan mengambil masa lapan tahun seperti kes penyeksaan terhadap tenaga kerja Indonesia, Nirmala Bonat kerana dikatakan orang-orang besar mempunyai cable dengan yang dituduh.

Inilah yang menyebabkan rakyat dan Pemerintah Indonesia mempunyai banyak sebab untuk meragukan sama ada kerajaan Malaysia mempunyai "political will" untuk mempercepatkan tindakan yang tegas, telus dan setimpal dalam kes tuduhan merogol terhadap tiga anggota polis Malaysia ini.

Perbicaraan mesti berlaku dengan adil, cepat,telus, jujur dan jika mereka bersalah seharusnya dikenakan  hukuman maksimum untuk menjadi pengajaran kepada anggota polis yang lain dan juga membersihkan imej Polis Diraja Malaysia dan juga imej negara. 

Keraguan terhadap kesungguhan kerajaan Malaysia untuk melayani sensitiviti rakyat Indonesia terbukti di masa lalu dalam perkara-perkara yang sangat sensitif pun dan yang membahayakan hubungan dua negara, tidak diberikan keistimewaan untuk dipadamkan dengan segera.

Hal ini amat terserlah dalam kes penyeksaan terhadap pembantu rumah warga Indonesia, Nirmala Bonat yang mengambil masa lapan tahun untuk dihukum penyeksanya yang kejam.

Selain dari itu, sikap media Malaysia dan NGO-NGO di Malaysia yang membisu terhadap kes "perkosaan" ini, menimbulkan prasangka di Indonesia seolah-olah kerajaan Malaysia cuba menutup mulut media perdana,  supaya tidak menimbulkan sebarang tekanan, sedangkan peristiwa ini sedang  meruncingkan hubungan dua negara.

Dalam kes "perkosaan" ini, sikap media Indonesia harus diberikan pujian kerana pada keseluruhannya mereka tidak bersifat untuk merangsang kemarahan rakyat, sebaliknya cuba membendungnya dengan menyiarkan berita-berita positif mengenainya, umpamanya tentang adanya kerjasama Polis Diraja Malaysia -Indonesia dan penubuhan Pasukan Khas di Malaysia untuk menyiasat dan menyelesaikannya.

Adalah suatu hal yang malang kes "perkosaan"  ini tersebar sebagai berita panas di Indonesia berikutan dengan ada pihak membuat iklan di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur mengatakan "Indonesian maid now on sale". Walaupun khabar ini dapat disejukkan dengan segera di Indonesia "tetapi laporan rogol wanita Indonesia jauh lebih serius yang memerlukan perhatian serius," kata Pengarah Migrant Care Indonesia, Anis Didayah.

Dalam usaha untuk mengamankan perasaan rakyat Indonesia, ada media Indonesia yang menyeru pemerintah Indonesia supaya memanggil pulang Dutanya di Malaysia. Mungkin ini untuk meredakan perasaan rakyat Indonesia.

Rakyat Indonesia yang memberikan penghormatan dan sanjungan terhadap keupayaan Pemerintah Malaysia mensejahterakan rakyatnya dalam berbagai bidang pembangunan negara, adalah juga mempunyai keyakinan  tinggi untuk Malaysia tidak bersikap sambil lewa terhadap perkara-perkara yang langsung menyentuh perasaan hubungan kedua negara.