Tuesday, 30 October 2012

JIKA MALAYSIA TANPA MENARA PETRONAS DAN PUTRAJAYA

Memasang selendang Anugerah
Cemerlang kepada salah seorang
pelajar Cina di Majlis Graduasi SMK
PERIMBUN Cheras
Saya ingin menceritakan tentang suatu majlis graduasi sebuah sekolah menengah kebangsaan yang  meninggalkan kesan begitu mendalam bagi diri saya dari segi pengurusan majlis itu yang bertujuan untuk memberikan motivasi kepada para pelajarnya bagi menjadi Penjana Generasi Terbilang.

Sekolah ini ialah SMK PERIMBUN Cheras Selangor  yang mengadakan  majlis itu di Dewan De Seri Endon Puspanitapuri Putrajaya.

Kepada kebanyakan orang mungkin majlis ini hanyalah majlis biasa, tetapi kepada saya yang juga telah banyak menghadiri pelbagai majlis, ia menjadi luar biasa kerana pengurusannya benar-benar profesional, setaraf dengan majlis-majlis yang diuruskan oleh event menagement  walaupun diuruskan sendiri oleh hanya guru-guru dan pelajar-pelajar.

Sebaik sahaja saya tiba dan diberikan sambutan yang di luar jangkaan saya, saya di bawa ke majlis menunggu seperti majlis-majlis rasmi lainnya dan seorang guru memberikan taklimat tentang acara dan agenda yang akan saya lalui.

Perarakan masuk ke majlis itu disambung oleh suatu pasukan lain pelajar berbilang kaum dan dibarisi oleh guru-guru yang semuanya memakai robe berwarna merah yang menjadikan majlis itu ceria dan  indah.

Dengan ikhlas saya menyatakan, bahawa semasa menjadi menteripun saya tidak suka dengan majlis-majlis yang bersifat rasmi dan penuh dengan adat isitadat, tetapi saya menilai majlis ini dari segi kekemasan, kelicinan dan pengurusan masanya adalah melebihi sesetengah majlis-majlis rasmi yang pernah saya hadiri. Ia sekali gus memberikan keyakinan kepada saya terhadap pentadbiran, pengurusan dan visi sekolah ini.

Puncak acara majlis ini ialah penyampaian skrol kepada seramai 317 graduan yang akan meninggalkan sekolah dan akan mengambil peperiksaan STPM dan SPM.

Sambutan yang diberikan oleh pelajar pelajar-pelajar 
Apa yang menarik ialah tiga orang pelajar yang  mendapat anugerah istimewa, iaitu anugerah Seri Cendekia, Anugerah Seri Pendeta dan Anugerah Seri Bestari telah melalui acara seperti yang dilakukan terhadap penerima anugerah Dr. Kehormat di universiti-universiti. Dua orang Cina dan seorang Melayu. Tiap seorang di minta mara ke hadapan dan berdiri untuk dibacakan citation atau ucapan penghargaan oleh guru masing-masing.

Setelah itu, anugerah sekolah disampaikan kepada mereka oleh ibu bapa masing-masing dan mereka pula menyampaikan hadiah penghargaan kepada ibu bapa mereka. Secara spontan mereka berpelukan yang menimbulkan rasa keharuan di kalangan para hadirin.

Ketika itu saya terfikir sekolah ini memang berencana  untuk membudayakan murid-muridnya dengan nilai-nilai yang mulia dan murni.

Upacara ini benar-benar seperti suatu majlis konvokesyen yang memberikan penghayatan yang sangat  besar kepada pelajar-pelajar untuk terus berusaha bagi mencapai kejayaan di alam persekolahan, universirti dan  kehidupan di luar kelak.

Para pelajar sedang mendengar ucapan di Majlis Graduasi
SMK Perimbun
Pengetuanya Hajjah Petri Noor Jaliah bt Megat Adnan mengharapkan majlis itu akan menjadi prakarsa dan motivasi untuk para murid terus berusaha dengan gigih dalam menghadapi detik-detik akhir menjelang peperiksaan SPM dan STPM.

"Jadikanlah majlis ini sebagai titik permulaan untuk terus menempa kejayaan dalam kehidupan," katanya.

Melihat kepada komposisi sekolah ini yang hampir seimbang pelajar  berbilang kaum, pendisplinan  perjalanan majlis dari awal hingga akhir, penghayatan para pendukongnya terhadap nilai pembudayaan dan penerapan visi negara , saya mempunyai keyakinan bahawa sekolah ini akan dapat mencapai matlamat untuk mencapai motonya menjadi "Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang."

Ramai bekas-bekas pelajar sekolah ini yang berjaya dalam kehidupan di luar, sama ada sebagai doktor, jurutera atau pegawai tinggi kerajaan turut hadir yang menunjukkan mereka telah tertanam dengan nilai baik yang dipupuk kepada mereka.

Saya bergembira kerana Majlis Graduasi ini memberikan kesempatan kepada saya sebagai Karyawan Tamu Institiut Pemikiran Tun Mahathir UUM untuk memahamkan dan memotivasikan generasi muda terhadap  tugu-tugu maruah bangsa yang dibina oleh Tun Dr. Mahathir sama ada yang terlihat atau pun yang tersurat.

Saya memberitahu mereka, Singapura pernah mencukor kepala pelajar-pelajar Malaysia berambut panjang ketika melawat Singapura kerana menganggap anak-anak Malaysia berasal dari lanun dan sakai, tetapi Tun Dr. Mahathir telah membangunkan Menara Petronas untuk membuktikan bahawa lanun dan sakaipun boleh mendirikan bangunan tertinggi di dunia dan sekarang orang Singapura datang Ke Kuala Lumpur mendongak kepala ke manara ini dan tidak hanya orang Malaysia mendongak kepala di Orchard Road Singapore.

Tanpa Putrajaya maka generasi akan datang hanya mengingatkan Yap Ah Loy sebagai pembuka Kuala Lumpur.

Monday, 29 October 2012

ROSNAH MEETS AN UNMALAYSIAN MALAYSIAN AT BUKIT TABUR

Bukit Tabur is located in the District of Gombak in Selangor also name as Bukit Hangus
INTRODUCTION: Rosnah Majid  is a journalist with Utusan Melayu( Malaysia). She is known for her interviews with local and foreign leaders in the 1980s, as well as  with the Iranian leader and also then South African President Nelson Mandela. I was then the Chief Editor of  Utusan Melayu Group. Rosnah, who is now a businesswoman, sent this story to me - Zam.

UNFOTURNATELY I AM MALAYSIAN

Rosnah Majid
Recently, together with my two German friends - Bernhard & Thom -  & my neighbour, Tan, we climbed Bukit Tabur.

Bukit Tabur at Taman Melawati, KL,  is a popular nature spot, especially for foreigners.  Beside M'sians, we also met climbers from many countries such as Khazakhstan, Russia, Kuwait, Senegal, France, Indonesia and China.

After about 30 minutes, we met a French man & his M'sian Chinese lady partner. We joined them in the climb. We climbed the hill slowly while talking and enjoying the beautiful scenery, fresh air & nice weather.

Then at one point we bumped into a couple,  a M'sian man ( possibly  a Malay) & his white lady partner, possibly from Italy or Spain (from her feature). The French man started the conversation with the M’sian man.

French man: what nationality are you?.

M'sian man: I don't belong to any nationality.

Rosnah: Oh! Then what passport do you hold?.

M'sian man: unfortunately, M'sian

Bernhard: You know what? A man like you should be born in India.

French man: or Bangladesh!

Rosnah: or any European countries facing bankruptcy .

This M'sian man looked stunned and did not say  a word.  So did his partner.

INFO:

Bukit Tabur is located in the District of Gombak in Selangor also name as Bukit Hangus. The hill is very prominent and could be seen from the Middle Ring Road 2 travelling from Seri Gombak to Ampang.

The hill could be access through Taman Melawati by following the Genting Klang Road which will lead to the Klang Gate Dam. The hill, which is less than 1000m, is a quartz/limestone combination formation.

Climbers enter the hiking trail via Kampung Klang Gates, 50 meters from the gates of the Klang Gates Dam, at the back of Taman Melawati for a quick 3-4 hours climb. The Gombak Forest Reserve and Klang Gates Dam are beside the hill. The peak offers spectacular view of the dam.

Sunday, 28 October 2012

PAS! CARRY ON WITH THE PROTEST AGAINST MCA NATIONWIDE

 Nik Abdul Aziz Nik Mat       Lim Kit Siang
Congratulations to MCA President Datuk Seri Chua Soi Lek. The MCA popularity rating among the Chinese community is higher with the demonstrations by Pas youths in front of Wisma MCA to protest DR Chua’s statement on hudud. 

Those who can see Pas falling into MCA’s trap is DAP which certainly will stop Pas from continuing with the protest, like it did in preventing Pas from segregating the male and female audience in cinemas in Selangor. 

On the other hand, MCA is hoping that the demonstration by Pas youths w ill spread nationwide to reduce MCA’s job in restoring its influence among the Chinese community who still cannot see MCA’s rational on the dangers of DAP cooperating with Pas. 

 Besides the demonstration, the Pas Youth threatens that if MCA does not apologise over the statement by Dr Chua on hudud, it will seek an audience with the Yang Dipertuan Agong to sort of give a picture that their protest receives the blessing of the Muslims. 

Actually, the approach taken by Pas in this matter is not accepted by majority of the Muslims, including the few educated members in Pas. 

Certainly this will boost Pas youth spirit because the video of the Mahaguru Nik Abdul Aziz Nik Mat saying women who not cover their ‘aurat’ (body) deserved to be raped is being circulated nationwide through various blogs and Youtube. How do the non-Muslim women feel?

What Dr Chua says is apt that when Pas claims it is a religious party, then the party’s actions are an insult to Islam. 

NOTE:
Parti Keadilan Rakyat also took part in the PAS Youth demonstration in front of Wisma MCA. PKR  is represented by its Youth Chief Shamsul Iskandar

Thursday, 25 October 2012

AYUH PAS ! TERUSKAN TUNJUK PERASAAN BANTAH MCA DI SELURUH NEGARA

SALAM IDUL ADHA KEPADA SELURUH UMAT ISLAM
SEMOGA KITA TIDAK KORBANKAN
BANGSA DAN AGAMA KITA
Video dipetik dari Harakahdaily.net

Tahniah setinggi-tingginya kepada Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek. Rating  populariti MCA di kalangan masyarakat Cina pastinya telah meningkat naik dengan tunjuk perasaan pemuda-pemuda Pas di hadapan Wisma MCA kerana membantah kenyataan Dr. Chua mengenai hudud.

Yang dapat melihat Pas masuk dalam perangkap MCA ialah DAP dan tentuntya DAP akan menyekat Pas dari meneruskan tunjuk perasaan ini seperti  ia berjaya menyekat PAS mengasingkan penonton lelaki dan perempuan di panggung wayang di Selangor.

Sebaliknya MCA pastinya mengharapkan tunjuk perasaan pemuda-pemuda Pas ini akan dikembangkan ke seluruh negara untuk mengurangkan kerja MCA mengembalikan pengaruhnya di kalangan orang Cina yang masih belum dapat melihat rasional MCA akan bahayanya DAP bersekongkol dengan Pas.

Di samping tunjuk perasaan itu, Pemuda Pas mengancam jika MCA tidak meminta maaf di atas kenyataan Dr. Chua mengenai  hudud, maka mereka akan mengadap Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong untuk memberikan gambaran seolah-olah bantahan  mereka dirastui seluruh orang  Islam.

Sebenarnya pendekatan jumud Pas dalam soal ini tidak disenangi  oleh sebahagian besar orang  Islam, termasuk sekerat dua orang Islam Pas yang terpelajar.

Tentunya semakin membakar semangat pemuda Pas sekarang kerana video Mahaguru Nik Abdul Aziz Nik Mat mengatakan wanita tidak menutup aurat wajar di rogol sedang disebarkan di seluruh negara menerusi berbagai blog dan Youtube. Apa perasaan wanita bukan Islam?

Tepat sekali kata-kata Dr. Chua bila Pas mendakwa ia sebagai agama, maka tindakan dan cakap mereka adalah menghaibkan Islam.

CATATAN:

Parti Keadilan Rakyat menumpang sekaki dalam tunjuk perasaan Pemuda PAS di hadapan Wisma MCA. PKR diwakili oleh Ketua Pemudanya Shamsul Iskandar. 

Wednesday, 24 October 2012

CIMB BANK TERDEDAH BERKONSPIRASI DENGAN DAP

Dipetik dari OUTSYED THE BOX
Banks And Politics

I received a call today about this news item. The bank in question is said to be CIMB Bhd. The party in question is believed to be the DAP. First lets read the news :

Gabenor BNM digesa beri perhatian serius

Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz
KUALA LUMPUR 22 Okt. - Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz digesa memberi perhatian serius terhadap sebuah bank tempatan yang didakwa cuba membawa masuk unsur politik dalam institusi perbankan dan kewangan negara.

Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, institusi perbankan sewajarnya bebas daripada cengkaman ahli politik yang mempunyai rekod merosakkan imej negara sama ada di dalam atau luar negara.

Menurut beliau, perbuatan sebuah bank menjemput tokoh pembangkang sebagai penceramah utama mereka dalam siri penerangan ekonomi serta politik berkaitan pilihan raya adalah bertentangan dengan kod etika perbankan negara dan perlu diambil tindakan segera.

Artikel penuh sila klik ini:
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121023/dn_11/Gabenor-BNM-digesa-beri-perhatian-serius

The gist of it is that CIMB Bank had invited people from the DAP to give a talk about the political situation in the country.  Since CIMB's existence is also dependent on the political equation it should come as no surprise that they wanted to hear direct from the Opposition horse's mouth about their views on the next elections.

SEBUAH KENYATAAN YANG MEMBAKAR PAS

MENYEDARKAN UMAT ISLAM YANG DICANDUI OLEH AGAMA PARTI

Kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek bahawa "ISLAM adalah agama dan PAS adalah parti politik dan mereka mengaibkan Islam dengan menyamakan diri mereka dengan Islam," seharusnya menyedarkan orang Islam yang selama ini dicandui oleh Islam Pas.

Dalam kenyataan yang disiarkan oleh The Star 24 Oktober, Dr. Chua telah mengecam Ketua Pembangkang,  Datuk Seri Anwar Ibahim kerana menyamakan Islam dengan Pas.

Katanya "Bila kami mengkritik Pas tentang hudud, kami tidak mnengkritik Islam. Setiap kali kami bercakap tentang Pas, pembangkang akan berkata kami menyerang Islam. Kenapa? kerana mereka menyamakan Pas dengan Islam. Ini adalah salah."

Kata Dr. Chua lagi, Pas telah menipu pengikutnya dengan menyamakan diri mereka dengan agama dan mereka melakukan ini kerana laparkan kuasa.

"Kami menghormati Islam sebagai agama rasmi negara. Mari kita semua jelas dan faham akan pendirian ini," tegasnya.

CATATAN:

Jika dahulu orang Islam masih boleh dikelirukan, tetapi dengan bukti-bukti konspirasi Pas dengan kepimpinan dan amalan yang bertentangan dengan prinsipnya menerima Negara Kebajikan yang berkosepkan Manchester, menggantungkan harapan kuasa kepada homoseksual dan banyak lagi persubahatan dengan kemungkaran, maka sudah cukup untuk orang Islam menolak Pas sebagai agama. Jika agama tidak bertukar prinsipnya.

Namun demikian, Pas akan terus mencandui pengikutnya dengan Islam Pas untuk meyakinkan  rakyat bahawa Pas adalah agama.

Tuesday, 23 October 2012

MINGGUAN MALAYSIA JAWAB TUDUHAN CHAMIL WARIYA

"PENGARANG TIDAK PROFESIONAL,TIDAK BERETIKA,TIDAK BERADAB MALAH BIADAP" 

Ku Seman Ku Hussain
Penolong Pengarang Mingguan
Malaysia
CERPEN Politik Baru YBJ tulisan Chamil Wariya yang disiarkan dalam Mingguan Malaysia 12 Oktober 2008 telah mencetuskan kontroversi apabila beliau menafikan cerpen itu karyanya selepas  Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok mengambil tindakan undang-undang. Teresa mendakwa Politik Baru YBJ adalah mengenai dirinya. Chamil telah memohon maaf kepada Teresa dan mendakwa cerpen yang disiarkan itu telah disunting oleh Pengarang Mingguan Malaysia ketika itu, Hassan Mohd. Noor.
.
Chamil dalam kenyataannya kepada media 8 Oktober lalu berkata, beliau kesal kerana Mingguan Malaysia menyunting cerpen itu dengan cara yang tidak profesional dan tidak beretika di luar pengetahuannya. Tegas Chamil, "Kerja-kerja penyuntingan yang dilakukan oleh Pengarang Mingguan Malaysia adalah tidak profesional, tidak beretika, tidak bertanggungjawab, tidak beradab malah biadab. Ia mencerminkan ketidakmatangan dan kedangkalan pengarang itu sendiri."

Sunday, 21 October 2012

ORANG UMNO MENANGIS SOI LEK SERANG NIK AZIZ

Dipetik dari Harakahdaily 21 Oktober 2012.
Angkara Chua Soi Lek, habislah Umno kali ini

Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek
KUALA LUMPUR: Serangan melampau Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek terhadap PAS, hudud dan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menimbulkan keresahan dalam Umno sehingga Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak tidak boleh berkata apa-apa dalam isu ini.

“Ramai dalam Umno merungut, siapakah yang benarkan Chua serang Nik Aziz. Orang Melayu di kampung terfikir bagaimana seorang ulama dan hukum hudud boleh dibiarkan dihina Chua yang pernah dirakam video seksnya.

Kalau orang lain, mungkin tak seteruk ini. Tapi Chua, habislah Umno kali ini,” kata sumber dalaman Umno kepada Harakahdaily.

Saturday, 20 October 2012

ALVIN TAN MEMINTA MAAF KEPADA NATIONAL UNIVERSITY SINGAPORE

PARTI ISLAM BERSAMA DALAM MISI
ALVIN DAN VIVIAN

TERKINI:

Menurut  Star online petang ini(31 Oktober)  blogger Sex Alvin Tan telah meminta maaf kepada Lembaga Displin National University Singapore kerana  mencemarkan universiti itu.

Bagaimanapun berita itu belum memberikan maklumat apakah National University Singapore memberikan kemaafan atau tidak kepada Tan.

Berita terdahulu menyatakan bahawa Alvin dan Vivian tidak merasa perlu untuk meminta maaf kerana mereka tidak tertakluk kepada mana-mana kepercayaan atau agama, konsep nilai moral tradisi dan undang-undang sebaliknya mereka percaya kepada kebebasan dan keterbukaan sepenuhnya. Mereka adalah diplomat kepada globalisasi tanpa sempadan.

Dari video ini kita dapat menilai bahawa Alvin adalah seorang yang pintar, terpelajar, dapat  menyampaikan fikiran dengan jelas dalam bahasa Inggeris yang baik, berkeyakinan diri yang tinggi, tahu serta percaya kepada kebenaran apa yang dilakukannya. Reaksi menunjukkan bahawa ramai anak muda yang mahu bersama mereka dalam New World Order yang sedang dalam proses pembikinannya.

PMIP IN ALVIN AND VIVIAN'S MISSION

Datuk Seri Anwar Ibrahim
Alvin and Vivian do not feel the need to apologise because they are not bound by and religious beliefs or faith, traditional moral values and law. Instead, they believe in freedom. They are the diplomats to the borderless world.

From this video we can evaluate Alvin as a person who is intelligent, educated, able to express his thoughts clearly in good English, high level of self-confidence, know and believe in what he do. The reaction shows that many young people want to be with them in the New World Order which is in the making process.

Many more people like Alvin and Vivian are going to surface and making us realise more the dangers of the collapse and erosion in the values and belief among the young generation for religion, customs, personality and humanitarian.

Thursday, 18 October 2012

PENGAKUAN AKSI SEKS PASANGAN MALAYSIA TUNGGU AMARAN MENTERI DALAM NEGERI

Vivian Lee dan teman lelakinya Alvin Tan
Jye... Sama sekali merasa tidak bersalah
mendedahkan gambar-gambar telanjang dan
video seks saya di Internet
Akhbar The Star hari ini (18 Oktober 2012) mendedahkan pengakuan seorang gadis Johore Vivian Lee 23, bahawa dia sendiri yang poskan gambar dan video aksi seks dengan teman lelakinya Alvin Tan Jye 24 dan dia tidak merasa kesal mendedahkan kehidupan seksnya kepada orangramai. "Kalau orang Barat boleh kenapa kita orang Asia tidak boleh," dia bertanya.

Katanya lagi, "Saya sama sekali merasa tidak bersalah dalam mendedahkan gambar telanjang dan video hubungan seks saya di Internet. Ia bertujuan supaya dunia dapat melihat betapa besarnya kasih sayang  antara kami.

"Saya tidak faham kenapakah orang menghebohkan pekara ini sedangkan ia adalah merupakan private affair kami," katanya lagi.

Yang pertama sekali akan ditanya ramai, kalau itu merupakan private affair kenapa dijadikan public affair?

EROTIC VIDEO SEX: MALAYSIA AWAIT WARNING FROM HOME MINISTER

Vivian Lee
Today (18 October 2012) The Star newspaper published a confession by a woman from Johore, Vivian Lee 23, that she posted the erotic pictures and videos of her sex act with her boyfriend, Alvin Tan Jye,  24, and that she has no regrets exposing her sex life to the public. “If the Westerners can, why can’t we Asians do it?” she asked.

She said, “ I see nothing wrong in posting the nude pictures and videos of our sexual relationship on the Internet. It was intended for the world to see how much we love each other.

“I cannot understand why people have to make so much fuss about this when it is our private affair,” she said.

The first question many people will ask is, if it is a ‘private affair’ why make it a public affair?

Wednesday, 17 October 2012

BR1M LEBIH BAIK DARI PEMBERIAN KEPADA KETUA BAHAGIAN UMNO

Datuk Seri Najib Razak
Ada seorang dua pakar ekonomi bekas menteri  yang menganggap pemberian Bantuan Rakyat Satu Malaysia (BR1M) oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib kepada rakyat biasa sebagai tidak wajar, menyalahgunakan wang negara dan tidak membantu pembangunan rakyat untuk jangka panjang.

Ada pula yang mengatakan ini tidak mengajar rakyat untuk berusaha, tidak memberikan pancing tapi  memberikan ikan.

Sayapun bukan seorang ahli ekonomi, tetapi saya merasakan ini adalah juga suatu langkah yang mengaktifkan ekonomi di peringkat rakyat bawahan secara menyeluruh jika dibandingkan dengan pemberian projek-projek mega, kontrak besar dan peruntukan kepada ketua ketua  bahagian UMNO.

BR1M IS BETTER THAN OFFERINGS TO UMNO DIVISION CHIEFS

A few former ministers’ economic advisers regarded the giving of 1Malaysia People’s Aid (BR1M) by Prime Datuk Seri Najib to the people as inappropriate, an abuse of government’s funds and does not help the people’s development in the long term.

There are some who feel that it does not teach the people to strive, not giving the people fishing rods, but fish.

I am also not  an economist, but I feel that BR1M is also a way of helping to activate economic activities at the grassroots level, compared with the awarding of mega projects, big contracts and allocations to UMNO divisional chiefs.

Tuesday, 16 October 2012

MAKA SELAMATLAH RAKYAT SABAH DARI GERHANA

Harakahdaily 16 Oktober 2012.
(Yahya bercakap kepada Harakahdaily bersama Pesuruhjaya dan Setiausaha Perhubungan PAS Sabah)
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
setaraf dengan  Ayatollah Khomeini
KOTA KINABALU: Bekas timbalan menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Yahya Lampong berkata, sebab langsung beliau meninggalkan Umno adalah kerana Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Saya keluar Umno kerana Nik Aziz. Yang terakhir itu adalah kenyataan dia bahawa parti Islam akan kekal sampai bila-bila sedangkan parti assabiyah Melayu akan mati.

"Di samping itu, bagi saya ada dua kerajaan sahaja di dunia ini yang benar-benar melaksanakan Islam dalam kehidupan pemimpinnya iaitu Kelantan dan Iran.

"Lihatlah pada Nik Aziz dan pada Khomeini dan sekarang Ahmedinajad," kata beliau.

Yahya bercakap kepada Harakahdaily bersama Pesuruhjaya dan Setiausaha Perhubungan PAS Sabah.

Dua minggu lalu, Yahya secara rasmi membuat kenyataan meninggal Umno dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

CATATAN:

Kalau ini taraf berfikir orang UMNO maka eloklah dia berada di luar UMNO.  Dia akan dapat membantu memperkuatkan  imej Pas sebagai parti himpunan terompah buruk.

Alhamdullilah selamatlah  orang Sabah. Kalau dia jadi Ketua Menteri Sabah, Gerhana seluruh Sabah.

Monday, 15 October 2012

PERJANJIAN DAMAI KERAJAAN FILIFINA DENGAN PEMBERONTAK ISLAM DITANDATANGANI.

Philippines government signs deal with Muslim rebels
Moro Islamic Liberation Front Peace Panel Chief Mohagher
Iqbal, left, exchanges documents withPhilippine government
chief peace negotiator MarvicLeonen, right, after signing a
peace deal at theMalacanangpalace in Manila
October 15, 2012. (REUTERS/Cheryl Ravelo)
MANILA - The Philippine government and the country’s largest Muslim rebel group signed a peace deal on Monday that serves as a roadmap to forming a new autonomous region in the south, a step towards ending more than 40 years of conflict.

President Benigno Aquino and Ebrahim Murad, head of the Moro Islamic Liberation Front (MILF), held one-on-one talks before the signing of the landmark framework agreement. Before the meeting, Murad, a first-time visitor to the presidential palace in Manila, handed Aquino a miniature gong, which he ritually sounded.

“This is the sound of peace,” Murad told Aquino.

"BANDUAN ISTIMEWA" BEBAS KELUAR MASUK PENJARA

Di penjara inilah Abdullah Ang mendapat layanan
istimewa ketika menjalani hukuman dapat bergerak
bebas menguruskan perniagaan sendirinya di luar
sambil menikmati teh tarik
Siapakah Abdullah Ang yang telah mendapat layanan istimewa dari pegawai penjara ketika menjalani hukuman penjara dalam tahun 1989 yang disebutkan oleh saya dalam posting: Ha Ha Ha 8 Tahun Selesaikan Kes Nirmala Bonat.

Beliau adalah orang yang mendapat kepercayaan penuh dari Perdana Menteri,  Dr. Mahathir yang diberikan tugas sebagai Ketua Eksekutif  Perbadanan Pelaburan Seberang Laut Malaysia (MOIC).

Pendedahan mengenai Abdullah Ang menjadi "Banduan Istimewa" telah dibuat oleh Malay Mail pada keluaran 19 Ogos 1989. Beliau berulang alik antara penjara Kajang dengan bandar raya untuk minum teh tarik, membaca akhbar dan menguruskan pernigaannya di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

BANGSAMORO MENILAI NAJIB SEPERTI BAPANYA.

Sebelum menandatangani perijanjian rangka kerja
pembentukan Negeri Bangsamoro Ketua MILF, Murad
Ebrahim dan Bengno 111 bertukar-tukar hadiah dengan
Presiden Benigni Aquino. MILFmemberikan kepada
Aquino gong tradisi Islam dari tembaga.

Penandatangani Perjanjian Perdamaian antara Kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MIFL) di Manila hari ini, pastinya akan memberikan suatu lonjakkan moral yang sangat tinggi kepada Malaysia sebagai orang tengah dan akan menarik perhatian dunia kepada kaliber Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib yang menyaksikan upacara bersejarah ini.

Pegawai Tinggi Tentera MILF, Mohamad Nasif Al Haj yang berjaya ditemui oleh tiga orang wartawan The Star, P.K. Katharason, Philip Golongai dan Razak Ahmad  di Khemah Darapan ibu pejabat pentadbiran MILF di Cotabato telah memberikan tahniah kepada kepimpinan Malaysia yang katanya, tidak pernah penat untuk melakukan kebaikan kepada Bangsamoro.

THE PEACE AGREEMENT WILL ISOLATE THE MILITANS


MANILA: Worn down by decades of fighting and failed peace agreements, about 200 Muslim rebels led by their elusive chief arrived in the Philippine capital for the signing of a preliminary peace pact Monday aimed at ending one of Asia’s longest-running insurgencies.

The agreement is the first major tentative step toward a final settlement that grants minority Muslims in the southern Philippines broad autonomy in exchange for ending the violence that has killed tens of thousands of people and crippled development.

Friday, 12 October 2012

HA HA HA 8 TAHUN SELESAIKAN KES NIRMALA BONAT

SILA BACA BANDUAN ISTIMEWA BEBAS KELUAR MASUK
PENJARA DI Z FAIL
Kecederaan Nirmala Bonat akibat dari penderaan yang
dilakukan oleh majikannya Yim Pak Ha
Kehangatan hubungan antara rakyat Malaysia dan Indonesia amat dirasakan di kedua negara selepas tamatnya Konfrantasi Indonesia pada tahun 1966 yang disusuli dengan berbagai-bagai tindakan ke arah hubungan yang konstruktif.

Sebagai wartawan yang menyaksikan sendiri beberapa episod dramatik dalam permulaan dan pengakhiran konfrantasi, saya mencatitkannya dalam ruangan kenangan di akhbar Utusan Malaysia yang kemudiannya dikompilasikan dalam buku Pertama dan Terakhir terbitan 80an. Sila lihat petikan terbaru di label Cerita Zam bertajuk Di Wajahnya Terlukis Harapan.

DI WAJAHNYA TERLUKIS HARAPAN

Tun Abdul Razak yang bagitu gembira menerima mesej
dari Menteri Luar Indonesia Adam Malik mengenai
perundingan damai telah  memberitahunya kepada
Menteri Hal Ehwal Sarawak Temenggong Jugah. Saat
saat yang bagitu dramatik ini disaksikan oleh para
wartawan yang mengikutil lawatan Tun
Risik-risik mengenai rundingan perdamaian antara Malaysia dengan Indonesia bagi menamatkan ‘Konfrontasi’ telah semakin jelas terbayang bila kami tiba di Jesselton (sekarang Kota Kinabalu) pada 16 Mei 1966.

Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak (Allahyarham) memberitahu suatu persidangan akhbar di Istana Yang Di Pertua Negara Sabah setibanya dari Labuan bahawa Malaysia sekarang sedia untukberunding dengan Indonesia kerana sudah ada perubahan sikap dari pihak Indonesia.

Sebenarnya harapan rakyat Malaysia ke arah perdamaian dengan negara tetangganya itu telah berkuntum bila sahaja berlaku kegagalan pemberontakan komunis di Indonesia pada 30 September, 1965 dan berikutan dengan lahirnya pemerintahan Order Baru di Indonesia.

Bagaimanapun, keadaan politik dan keselamatan yang tidak begitu pasti di Indonesia  tidak mengizinkan kecepatan ke arah pertemuan pemimpin-pemimpin antara kedua negara meskipun pemimpin-pemimpin dan rakyat Malaysia telahpun menyedari dan menyaksikan perbezaan arah yang dituju oleh Order Baru itu.

Pemimpin-pemimpin Malaysia dan Indonesia dalam
kemesraan dan keriangan setelah menghasilkan formula
perdamaian di Bangkok pada 31 Mei 1966. Dari kiri
Ghazali Shafie,Adam Malik, Abdul Razak dan Laksamana

Syaaf
Cakap-cakap ke arah perdamaian yang datangnya dari pihak Indonesia tidaklah begitu meyakinkan kerana orang- orang Sukarno masih melindungi keadaan sebenarnya yang berlaku di negara itu.

Oleh kerana itu para pemberita yang juga tidak begitu yakin dengan hasrat Indonesia untuk perdamaian telah mengemukakan keraguan kepada Tun Abdul Razak, tetapi Tun telah menjawab dengan positif sekali, “dari manakah kita hendak menimbangkan      kejujuran manusia kalau tidak dari cakap dan perbuatan mereka.”

“Kita mesti berpegang kepada cakap mereka itu. Kita terpaksa memberikan perhatian kerana kita semua adalah manusia biasa yang mendasarkan kejujuran dari cakap dan perbuatan.”

Ditanya adakah perundingan itu memerlukan sebarang syarat? Tun menjawab, “kalau kita mengadakan syarat, Indonesia juga akan meletakkan syarat, kemudian ke mana kita akan pergi dari sini.”

Tun seterusnya memberitahu bahawa Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman telahpun menyatakan sambutan terhadap hasrat Sukarno untuk berunding dengannya berikutan dengan satu rundingan di pihak Indonesia di Jakarta yang mengambil masa lebih dari empat jam.

Pertemuan sulit Abdul Razak dengan Letnan Kolonel Ali
Moertopo dari bahagian perisekan Indonesia di Hotel
Amrin Bangkok pada Disember 1965 dalam usaha mencari
perdamaian antara Malaysia Indonesia.
“Indonesia telah menunjukkan tanda-tanda untuk berdamai dan pihak kita sanggup berbuat apa sahaja untuk perdamaian. Moga-moga dengan kejujuran dan perasaan berbaik-baik sangka antara kedua belah pihak, konfrontasi akan tamat segera,” tegas Tun.

Sidang akhbar Timbalan Perdana menteri itu dengan sekali gus telah menukarkan sikap dan perasaan kami terhadap lawatan Tun itu yang khusus untuk meninjau dan merangka pembangunan bagi Malaysia Timur.

Kami mulai merasakan sesuatu rahsia besar sedang menyelubungi kami dan yang tahu lebih lanjut dan lebih banyak ialah Tun Abdul Razak sendiri. Kami telah diganggu oleh perasaan ingin tahu yang melonjak-lonjak tentang bilakah perundingan itu akan diadakan dan di mana.

Kami telah menduga bahawa sesuatu yang besar pasti akan berlaku dan kami mahu mendapatkan berita besar ini dari Tun tetapi selepas sidang akhbar itu Tun meneruskan tugas lawatannya seperti biasa yang bersangkut dengan pembangunan di Sabah.

Kami berangkat bersama-sama Timbalan Perdana Menteri pada 17 Mei ke Kuching di mana suatu sambutan yang hangat diberikan kepada ketibaannya.

Bagaimanapun, di sebalik sambutan yang meriah ini sebenarnya suasana politik di Sarawak tidaklah begitu kukuh, hubungan antara parti-parti politik bumiputera di negeri itu tidaklah baik.

Tun tidak senang dengan keadaan ini dan beliau menasihatkan supaya dibentuk hanya sebuah parti politik sahaja untuk mewakili seluruh bumiputera di Sarawak.

Parti-parti bumiputera Sarawak yang bergabung di dalam Perikatan Sarawak ketika itu ialah Berjasa, Panas, Pesaka dan SNAP kecuali Persatuan China Sarawak yang mewakili orang-orang Cina.

Tun memberitahu pemimpin-pemimpin parti itu bahawa di Malaysia Barat hanya sesudah dapat disatukan orang-orang Melayu di dalam UMNO maka barulah dapat diwujudkan kerjasama yang erat dengan bangsa-bangsa lain yang ada di dalam MCA dan MIC.

Secara terus terang Tun memberitahu mereka bahawa tanpa perpaduan yang kuat antara parti-parti di negeri itu maka adalah menyukarkan kerjasama dengan Kuala Lumpur.

Seperti juga di dalam majlis-majlis keraian untuk kami yang diadakan di Sabah, di Sarawak juga kami mendengar cakap-cakap dari setengah orang-orang tempatan yang tidak senang dengan pegawai-pegawai yang didatangkan dari Kuala Lumpur.

Kami mendapat tahu bahawa adanya keadaan ini adalah kerana hasutan dari beberapa kerat “orang-orang Inggeris” yang masih ada di sini.

Selain dari itu terdapat rasa tidak puas hati bumiputera Sarawak terhadap keadaan pembahagian kawasan balak di Sarawak dan ini menyebabkan Tun Abdul Razak telah membuat arahan terbuka kepada Kerajaan Negeri Sarawak supaya hanya memenuhi tuntutan-tuntutan bumiputera Sarawak sekarang juga bagi penyertaan mereka di dalam perusahaan hutan.

Sementara Tun menumpukan lawatan dan cakap terhadap masalah politik dan pembangunan di Sarawak, perkembangan-perkembangan ke arah rundingan Indonesia Malaysia terus berlaku dengan begitu cepat.

Di sempadan Indonesia Malaysia di Sarawak tidak ada pencerobohan baru berlaku ke atas wilayah Malaysia.

“Keadaan di sempadan sekarang lebih tenang dari sebelumnya”, kata Tun.

Pada petang 18 Mei, Tun Abdul Razak memangil semua wartawan yang mengikutinya dan memberitahu kesediaan untuk bertemu dengan Doktor Adam Malik Menteri Luar Indonesia walaupun beliau dikehendaki terbang dari Kuching sekarang juga.

Tun meminta Indonesia agar menetapkan tarikh dan tempat untuk diadakan sidang peringkat Menteri-Menteri Luar Malaysia dan Indonesia.

Tun berkata keputusan Indonesia tidak menghendaki pemungutan di Sabah dan Sarawak bagi menentukan hasrat rakyat di dalam menyertai Malaysia sebagai sesuatu yang memberangsangkan.

Suatu excitement di kalangan para wartawan berlaku di dalam majlis meraikan Tun yang diberikan oleh Perikatan Sarawak pada malamnya bila kami mendapat tahu bahawa Tun telah menerima sepucuk kawat. Kami tidak tahu kawat itu dari siapa, dari Adam Malik, atau dari mana?

Utusan Malaysia keluaran 19 Mei menyiarkan berita lead muka 1 yang ditulis oleh pemberita Dahlan Abdul Rahman bahawa Tun Abdul Razak yang sedang melawat Sarawak dijangka pulang ke Ibu Kota Jumaat ini (20 Mei) ebih awal dari waktu yang dijadualkan untuk persiapan ke arah rundingan dengan Indonesia.

Tetapi sebenarnya Tun Abdul Razak telah pulang lebih awal dari yang diberitakan. Ketika kami sedang bersiap-siap untuk ke Simanggang bersama-sama Tun pada 19 Mei, kami diberitahu, “kita pulang ke Kuala Lumpur sekarang juga dan lawatan ke Simangggang dibatalkan.”

Rupa-rupanya kawat yang diterima oleh Tun malam tadi bukanlah dari Adam Malik tetapi dari Kuala Lumpur yang memberitahu bahawa beliau dilantik oleh kabinet untuk menemui Adam Malik.

Tun memberitahu para pemberita di Lapanganterbang Kuching “saya terpaksa pulang segera ke Kuala Lumpur kerana perundingan dengan Indonesia mungkin akan diadakan beberapa hari lagi.”

Perkembangan berlaku banyak sekali di dalam masa yang singkat dan masalah yang dihadapi ialah masalah kebangsaan dan antara bangsa," kerana itu saya terpaksa pulang segera,” kata Tun dan di wajahnya terlukis harapan, harapan yang turut didokong oleh rumpun Melayu dan setiap orang yang cintakan damai dan kebebasan.

UM April 8, 1978


Gambar gambar bagi cerita ini adalah petikan dari buku biografi bergambar TUN RAZAK: Jejak Bertapak Seorang Patriot oleh Zainuddin Maidin yang diterbitkan  bersama oleh Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Tun Razak dan Utusan Publication& Distributors Sdn.

REAKSI KEPADA MAHATHIR YANG "NYANYUK SEWEL DAN MERAPU"

Kenyataan Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir, bahawa menyokong Pakatan Rakyat bererti menyokong Soros, penyangak mata wang telah memberikan kesan yang sangat  buruk kepada pakatan itu kerana sekali gus mengingatkan rakyat tentang dosa besar yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan terhadap rakyat negara ini.

Rakyat segera mengingatkan bahawa jika tidak kerana langkah pintar, berani, dan tegas Tun  Mahathir, maka negara pastinya bengkrap dan papa.

Reaksi marah, kasar dan bengis yang dipetik dari blog  Lim Kit Siang, Penasihat DAP jelas menunjukkan betapa berbisanya tikaman Tun Mahathir, walaupun kenyataan Mahathir itu dianggap sebagai nyanyuk oleh anggota parlimennya Tony Pua.

Inilah petikan dari blog Kit Siang for Malaysia.

Oct 10 — Kenyataan Dr Mahathir semakin hari semakin bizarre. Orang Melayu kata macam buang tebiat. Sewel, biul dan merapu. Terbaru Dr Mahathir berkata mengundi Pakatan Rakyat bererti mengundi Soros dan mengundi Soros bererti penaklukan semula. Re-colonisation.

Makna nya kalau Anwar PM- maka Soros dibelakang nya. Haji Hadi, Kit Siang semua menjadi antek neo-kolonialisme. Begitu? Rakyat Malaysia yang 29 juta ini apa pula? Anak kambing? Who are you trying to kid DR Mahathir? ( kid =anak kambing). Keluarga Shahrizat anggap kita lembu. Mahathir anggap kita anak kambing.

Siapa Soros? Kita tahu dia seorang yang kaya dan membuat pelaburan melalui beberapa syarikat milik nya terutama flagship company nya- Quantum Funds. Dia guna kekayaan nya untuk membantu pertubuhan dan gerakan2 mendapat kemerdekaan. Dia juga seorang dermawan yang terkemuka membantu rakyat yang buta huruf, kebuluran dan yang ditimpa mala petaka.

Dr Mahathir kata dia tak bagus dan penyangak. Tapi jutaan rakyat dalam negara yang duduk dibawah pemerintah yang zalim menganggap Soros sebagai anugerah Tuhan kepada mereka.

CATATAN:

Apakah taraf minda orang yang mengulas tentang kenyataan sesaorang yang dianggapnya sebagai sewel, biul dan merapu?

Thursday, 11 October 2012

ISU KRISTIAN: NASHARUDDIN HADAPI TEKANAN PAS DAN DAP

Nasharudin Mat Isa... terus hadapi
tekanan dari dalam dan  luar parti
(BACA KOMEN: RETORIK PEMUDA PAS YANG MEMUAKAN)

Mantan Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa menghadapi tekanan dari dalam dan luar parti berikutan dengan ucapannya di Seminar Dakwah Nasional di Pusat Dagangan Dunia Putra baru-baru ini yang menyinggung perasaan PAS dan DAP (lihat klip video dalam posting: Paderi Kristian Akan Bantu Kempen PAS  9/10/2012).

Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng memberi amaran kepada Nasharuddin supaya meminta maaf kerana  menuduh partinya mahu menubuhkan kerajaan Kristian di Malaysia yang di bayangkan dalam doa-doa mereka. Jika tidak, Wong akan membuat laporan polis.

Sementara itu, pihak Pas pula mendakwa bahawa pekara yang dibangkitkan oleh Nasharuddin tidak pernah di kemukakan ke mana-mana mesyuarat Dewan Ulama atau Jawatankuasa Pusat Pas. Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Khalid Samad menyalahkan Nasharuddin kerana membuat kenyataan itu di hadapan umum tanpa pengetahuan parti. Beliau mahukan Jawatankuasa Displin Pas mengambil tindakan dalam pekara ini.

Pihak Penganjur Seminar Dakwah Nasional di mana Nasharuddin menyampaikan kertas kerjanya bertajuk Dakwah Islamiah Mendepani Kemelut Politik Semasa Malaysia telah menafikan Nasharuddin  menyebutkan nama Pas.

DAP PAS SEKATA BERMAIN POLITIK AGAMA

Lihat betapa DAP berjaya mengheret  gereja ke lembah politik dan paderi-paderi berada pada kedudukan yang difahami sebagai menyokong DAP. Ia adalah berpunca dari kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Sekarang bukan sahaja Pas bermain politik tetapi juga DAP.

‘Utusan lied about church ticking off Penang CM’
Dipetik dari Blog Lim Kit Siang For Malaysia
Two Christian leaders quoted by Utusan Malaysia as having criticised the Penang chief minister, have slammed the report as a “complete lie”.

HARAKAHDAILY: PADERI KRISTIAN AKAN BANTU KEMPEN PAS

LIHAT VIDEO KOMEN MANTAN TIMBALAN PRESIDEN PAS
NASHARUDIN MAT ISA DI BAWAH SEKALI
PAS dan DAP berebut-rebut mencari populariti di kalangan pemimpin dan juga penganut agama Kristian.  Dulu hanya Pas menggunakan agama tetapi langkah ini telah dituruti oleh DAP sehingga dua pemimpin gereja di negara ini meminta para pemimpin politik tidak mengheret gereja ke dalam kancah politik dan menjadikan rumah ibadat sebagai tempat mencari undi (Mingguan Malaysia 7 Oktober 2012).             

Portal Pembangkang Malaysiakini, baru baru ini menyiarkan kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyeru penganut Kristian supaya tidak berdiam diri walaupun mereka tidak bersalah dan tidak terlibat dalam perbuatan salah.

APA SALAH MAHATHIR KAYAKAN BUKAN MELAYU?

Tulisan ini  jawapan kepada komen-komen dalam posting 8 Oktober 2012:
Tamrin Kata Mahathir Durjana Sebenarnya 
OLEH: NASI SIRU
         Vincent Tan                      Ananda Krishnan
'KALAM SAKTI' memetik kata-kata Tunku:  "Suka saya mengingatkan beliau bahawa saya tidak sekali-kali mudah dihalau sebagai seekor anjing kurap. Saya akan membersihkan nama baik saya secara terbuka supaya orang yang cuba hendak dikelirukan oleh Dr Mahathir itu dapat mengetahui pekara yang sebenar".

Sebenarnya, sebagai insan berdarah raja, ego Tunku bukan kepalang walaupun dia tampak berjiwa rakyat. Sesuatu yang dilihat bertentangan dengan jiwanya dianggap sebagai biadap.

Wednesday, 10 October 2012

EXSPORT OF ASIA'S SOFT POWER "GANGNAM STYLE" TO AMERICA

BY: MUMMY ROKIAH
From left Jackie Chan, Yuna and Jet Li
Pak Zam wrote “ The US or Jews or West used the same strategy, prioritizing soft power to disrupt democratic countries which still do not conform with the American dreams and western democracy, especially the wise Islamic countries. Malaysia falls in this category.”

An additional fact to that , Joseph S.Nye. Jr in his book, ‘Soft Power’ –“The ideas and values that America exports in the minds of more than half a million foreign students who study every year in American universities and then return to their home countries or the minds of Asian entrepreneurs who return home after succeeding in Silicon Valley, tend to reach elites with power” pg 13.

The forging of close diplomatic relations with China since Tun Razak’s time is seen as a wise move by Najib as a deviation of the super power from US to China, which is feared by the US. China’s 1.3 billion population not only controls a large market share, but created their own socio-culture despite there being attempts of American soft power penetration.

China, which is the “ world’s largest Internet market’ controlled the influence of Facebook in 2009 by creating its own social media, ‘Sina Weibo’(264 million users ) compared with Facebook (65 million users). “Sina Weibo registered 300 million users as of February 2012. About 100 million messages are posted each day on Sina Weibo”. And this data will grow with China forging networking worldwide.

We often talked about American soft power in the east, but the east is also slowly exporting soft power to America, in the form of influences by Jackie Chan, Jet Li, Michelle Yeoh, Yuna in scarf, Zie Avie, Psy –Gangnam Style and many more.

This is what is feared by the Jews and its allies see the rise of this side of the world after the chaos created by them in the Middle East.

EKSPOT SOFT POWER ASIA "GANGNAM STYLE" KE AMERIKA

OLEH: MUMMY ROKIAH

Kata Pak Zam “AS atau Yahudi atau Barat menggunakan strategi yang sama, mengutamakan soft power untuk menganggu gugat negara-negara demokratik yang masih tidak sejajar dengan mimpi Amerika dan demokrasi Barat terutamanya negara Islam yang bijak dan licin. Malaysia termasuk dalam kategori ini.”

Sebagai menambah fakta tersebut, Joseph S.Nye. Jr dalam bukunya ‘Soft Power’ –“The ideas and values that America exports in the minds of more than half a million foreign students who study every year in American universities and then return to their home countries or the minds of Asian entrepreneurs who return home after succeeding in Silicon Valley, tend to reach elites with power” ms 13.

Jalinan perhubungan diplomatik yang rapat dengan negara China bermula dari Tun Razak dilihat sebagai langkah yang bijak oleh Najib. Ini sebagai ‘deviation’ pergantungan dari kuasa besar AS kepada China yang sedang digeruni oleh AS. Populasi China yang berjumlah 1.3 billion bukan setakat menguasai pasaran yang besar tetapi mereka terbentuk dengan sisio- budaya mereka yang tersendiri walaupun ada cubaan penetrasi 'soft power' Amerika. 

China yang merupakan ‘the world’s largest Internet market’ menyekat pengaruh Facebook pada tahun 2009 dengan mewujudkan media sosialnya yang sendiri ‘Sina Weibo’(264 juta pengguna) berbanding Facebook (65juta pengguna). “Sina Weibo registered 300 million users as of February 2012. About 100 million messages are posted each day on Sina Weibo”. Dan data ini akan berkembang dengan jalinan serta rantaian bangsa China di seluruh dunia. 

Kita sering memperkatakan 'soft power' America di timur tetapi timur juga sedikit demi sedikit mengekspot soft power ke negara Amerika seperti pengaruh Jakie Chan, Jet Li, Michelle Yeoh, Yuna yang bertudung, Zie Avie, Psy –Gangnam Style dan ramai lagi.

Inilah yang ditakuti oleh Yahudi dan konco-konconya melihat kebangkitan dunia di sebelah sini setelah Timur Tengah dikacar-kacirkan mereka.

Tuesday, 9 October 2012

DESAKAN SUPAYA CHAMIL WARIYA LETAK JAWATAN DARI MPI

TERKINI DARI ROCKY BRU:
PENJELASAN DARI CHAMIL
Chamil Wariya
YB Teresa Kok was a character in the original Politic Baru YB J. I spoke to Chamil on the phone to get the real story about the "apology". An intriguing episode, indeed! 

First and foremost, Chamil said he did not attack Utusan Malaysia or its editors in his "apology" to YB Teresa Kok. "I was making references to the professional conduct of a certain editor".  

Secondly, he did not apologize to Teresa Kok for defaming her. "I cannot apologize for something I did not do. But I'm sorry if the cerpen that was published by Mingguan Malaysia had hurt her or any of my readers' feelings".

And what was published by Mingguan on 12 Oct 2008, according to Chamil, was not what he had written. 

In the original cerpen he had sent to Mingguan for publication, Chamil actually had the real YB Teresa Kok as one of his characters. Chamil describes YB Teresa in the cerpen as quite the opposite to what the fictional YB J, the main character in the cerpen, stands for!  

CHANGE OF GUARD FOR THE NEW IMPERIALISM

Malaysiakini and Malaysian Insider show off an extraordinary courage with the wall of nationalism eroded since 2004 and became wilder after the 2008 Tsunami








Journalists and elite writers at The Star newspaper, from left, Karim Raslan, Azmi Sharom, Marina Mahathir and Tunku Abidin Muhriz, who continued with the role as the "Dog of Imperialism".
During the East West Cold War, in line with the pro-Western Malaysian government’s policy, journalists were also made a tool to oppose the Comintern (Communist Internationale) movement. They were exposed to western practices of freedom and democracy through journalism courses locally and abroad, exposure with visits to developed countries, etc,, which were organized by western agencies and their embassies.

Many Malaysian journalists attended the journalism course at the Berlin Institute Of Journalism. Among them were Datuk Kadir Jasin (former NST chief editor), Subky Latif (now at Harakah), Datuk Jalaluddin Bahauddin (now at JPM) and I.

PERTUKARAN PENGAWAL KEPADA NEW IMPERIALISME

Malaysiakini dan Malaysian Insider menunjukkan keberanian luar biasa setelah terhakisnya tembok nasionalisme sejak 2004 dan bertambah liar setelah Tsunami 2008








Di zaman perang dingin Timur Barat, sejajar dengan dasar kerajaan Malaysia yang pro Barat, para wartawannya turut menjadi alat untuk menentang gerakan Comintern (Communist Internationale). Mereka didedahkan kepada amalan kebebasan dan demokrasi Barat menerusi kursus-kursus kewartawanan di dalam dan luar negara, didedahkan dengan lawatan  ke negara-negara maju dan sebagainya yang dianjurkan oleh agensi-agensi Barat dan kedutaan-kedutaan mereka.

Paling ramai wartawan Malaysia menghadiri kursus kewartawanan di Berlin Institute Of Journalism. Di antaranya ialah  Datuk Kadir Jasin (bekas Ketua Pengarang NST), Subky Latif (sekarang di Harakah), Datuk Jalaluddin Bahauddin (sekarang di JPM) dan saya sendiri.

Monday, 8 October 2012

TAMRIN KATA MAHATHIR DURJANA SEBENARNYA

Dipetik dari HarakahDaily 4 Oktober 2012
BUKIT MERTAJAM: Anak Tun Ghaffar Baba, Tamrin Ghafar mendakwa mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed bukan sahaja petualang yang mencetusan pergolakan dalaman Umno sehingga dibatalkan pendaftarannya pada tahun 1997 bahkan sering mengeluarkan kenyataan yang mencabul persoalan akidah.

Beliau yang berceramah di Galeri Pejuang, Ceruk To Kun, Bukit Mertajam bersama dua orang penceramah jemputan  iaitu Ustaz Sharil Long dan Ustaz Hafizal  menambah,  peristiwa pengharaman Umno tahun 1997 adalah angkara Dr Mahathir apabila Ghafar didesak lawan Tun Musa Hitam.

Tamrin yang menyertai PAS baru-baru ini berkata, Datuk Seri Anwar juga didesak Dr Mahathir agar mencabar Tun Ghafar Baba yang dianggap sampah kerana tidak dapat membantunya merealisasikan dasar Pandang Ke Timur dan Wawasan 2020.

"Pada saya mantan Presiden Umnolah yang mencetuskan polimik sebenar dalaman Umno sendiri, kestabilan negara serta akidah.

Saturday, 6 October 2012

APAKAH PERLU BANTAHAN INI DIBUAT?

(Gambar ini dipetik dari Utusan Malaysia 6 Oktober 2012)
Kelab Wartawan Muda Malaysia yang tiba-tiba muncul membuat bantahan terhadap langkah tiga Ahli Parlimen Pembangkang mahu menjemput peguam-peguam asing untuk memberi taklimat mengenai isu pembelian kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia yang dikatakan melibatkan rasuah.

Peguam yang akan dijemput dikatakan mewakili Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan DCNS syarikat milik kerajaan Perancis.

Presiden KWMM adalah bekas Ketua Pengarang akhbar PKR Suara Keadilan dan tidaklah diketahui bagaimana dia tiba-tiba menjadi presiden kesatuan itu dan mendakwa bahawa dia juga mewakili lima lagi NGO dalam membuat laporan polis mahukan siasatan terhadap Anwar dan tiga Ahli Parlimen pembangkang kerana mahu membabitkan pihak asing untuk campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran dan keselamatan negara.

Bantahan ini tentunya dilihat sebagai sokongan kepada kerajaan tetapi dalam pada itu memberikan gambaran kepada umum seolah-olah kerajaan takut untuk menghadapi sesuatu pendedahan dan ini tentunya lebih  menarik perhatian rakyat berbanding jika  langkah pembangkang itu tidak dihiraukan.Publisiti besar besaran pula diberikan oleh akhbar UMNO sendiri.

Yang mendapat keuntungan besar dalam pekara ini ialah tiga Ahli Parlimen Pembangkang: R.Sivarasa, Tian Chua dan Datuk Mahfuz Omar kerana hasrat mereka untuk mendapat penyebaran meluas termasuk dalam akhbar UMNO telah tercapai. Dalam hal ini  mereka tentu berterima kasih kepada KWMM.

Apa yang kerajaan boleh bertindak sendiri,  mengapakah harus diperlihatkan tindakannya kerana desakan NGO dan berapa ribukah manusia yang diwakili oleh KWMM ini?

SUATU RAMALAN TEPAT TERHADAP NASIB ANWAR IBRAHIM

(LIHAT TAMRIN KATA MAHATHIR DURJANA DI PINTAS)

Allahyarham Tun Ghafar Baba
Selesai sahaja sembahyang raya Aidilfitri di Masjid Negara pada 1 Syawal 1414 (Mac 1994), saya terus ke kediaman Che Ghafar Baba di Bangsar. Beliau tidak lagi menjadi Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri.

Saya merasa perlu untuk mengadakan kunjungan hormat kepada Ghafar sebelum kembali semula ke London untuk mencukupkan tempoh "pembuangan" saya ke London setelah tersingkir dari jawatan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu pada November 1992 yang telah digantikan oleh orang Anwar Ibrahim.

Thursday, 4 October 2012

KABINET BAYANGAN YANG TIMBULKAN KEMARAHAN PAS

Keratan Utusan Malaysia 4 Oktober 2012

Inilah senarai  kabinet bayangan Pakatan Pembangkang yang telah menimbulkan kemarahan Pas kerana tidak dirundingkan dengannya  lebih dahulu oleh PKR. Kemarahan Pas mungkin juga disebabkan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung Pas Mustapha Ali tidak dimasukkan.

Senarai ini didedahkan oleh Utusan Malaysia hari ini berasaskan kepada siaran blog papagomo.com yang berkredebliti dalam beberapa pendedahan eksklusifnya .Laporan ini tidak boleh dipandang kecil oleh kerana  bloggers yang dianggap sebagai pro kerajaan telahpun terbukti reilability mereka dari masa kemasa. Umpamanya pendedahan Big Dog Dot Com pada 7 Mei 2011  mengenai perhimpuan sulit DAP dalam  usaha untuk mengkristiankan orang Islam dan mahu menjadikan penganut Kristian sebagai Perdana Menteri Malaysia ternyata benar. (Sila lihat entry 3 Oktober: AMARAN KERAS PAS KEPADA PKR DAN DAP)

Wednesday, 3 October 2012

BELANJA KENDURI KAHWIN ANAK KM MELAKA UNTUK 130,000 ORANG DIPERSOALKAN

Dipetik dari KeadilanDaily
KUALA LUMPUR 3 Oktober: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Melaka mendesak Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam mendedahkan penaja majlis perkahwinan mewah anak lelakinya, hujung minggu lalu.

Ketuanya, Law Bing Haw mempersoal dari mana sumber dana tersebut diperoleh dan jumlah keseluruhan kos majlis yang diadakan di Dewan Tun Ali Bukit Katil, Ayer Keroh itu.

“Jika pejabat Ketua Menteri Melaka berani keluarkan kenyataan memberitahu majlis yang dihadiri lebih 130,000 orang itu ditaja sepenuhnya, bermakna mereka perlu dedahkan siapa individu ‘baik hati’ itu supaya tidak timbul spekulasi.