Sunday, 30 September 2012

"SURAT CINTA" LEBIH BERHARGA DARI PENGUNDI BEUFORT

Oleh Nasi Siru
Lajim Ukin... meninggalkan UMNO bukan
kerana ideologi, tetapi lebih kepada peluang
TENTUNYA ia tidak punya nilai sentimental apalagi untuk diletak dalam kamar sejarah negara seperti mana lebih seratus pucuk 'surat cinta' milik bekas Menteri Propaganda Jerman, Joseph Goebbels dan isterinya, Anka Stalherm yang hingga kini gagal menemui pembeli lelongan Alexander Historical Auctions di Stamford, Connecticut, Amerika Syarikat.

Surat-surat berkenaan dikatakan ditulis seawal 1920an.

Anehnya, 'surat cinta' Anwar Ibrahim untuk Wan Azizah yang kononnya ditulis tangan ketika menghuni Penjara Sungai Buloh, pantas menemui pembeli walaupun warkah itu hanya berusia tidak sampai sedekad dan ketulinannya amat diragui buat mereka yang mampu berfikir di luar kotak.

Saturday, 29 September 2012

AWAITING THE OPENING OF A HAUNTED HOTEL

An artist picture of the Majestic Hotel when fully
completed
Too happy looking at the historical Majestic Hotel at Jalan Sultan Hishamuddin, Kuala Lumpur, being renovated, I told my grandchildren that I would bring them to stay when renovation work on the hotel is completed and the hotel begins operation this December.

I told that from this hotel, Wan (how my grandchildren call) could walk to the national Mosque for the Suboh (early morning prayer) and then to Jalan Masjid India for “teh tarik” and “You all can have breakfast at this hotel”.

ANWAR LUPA TELEFON AZIZAH KETIKA DITAHAN

SURAT CINTA ANWAR DI LELONG RM  50,000

Dipetik dari Harakahdaily 29 September 2012
(Sri Jalaraman membeli gambar dan terendak

Ustaz Hadi dengan harga RM17,000) 
SHAH ALAM: Lelongan barangan kenangan pemimpin Pakatan Rakyat berjaya mengumpul RM182,000 untuk tabung pilihan raya ke 13 Pakatan Rakyat.

Majlis lelongan itu dibuat dalam majlis makan malam perdana Pakatan Rakyat yang diadakan malam ini.

2, 250 orang menyertai majlis yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat di Stadium Melawati dekat sini.

Majlis itu disertai oleh hampir kesemua pemimpin kanan PAS, PKR dan DAP serta para penyokong Pakatan dan dermawan di samping pemimpin pro Pakatan dari Sabah dan Sarawak.

Antara yang hadir adalah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Wednesday, 26 September 2012

BILA SYAITAN MENYERUPAI MALAIKAT

Lebih 40 tahun lalu, anggota Parlimen Pas Parit, Hashim Gera yang pandai berpantun dan berjoget telah disingkirkan oleh Pas di bawah pimpinan Datuk Asri Haji Muda oleh kerana menerima pelawaan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman berjoget di suatu majlis di Parlimen.(lihat Z Fail entry 8 Jun 2012)

Dalam rayuannya Hashim Gera berpantun:

Naik rakit dalam paya
Patah galah di air dalam
Menari joget hobi saya
Tidak haram di sisi Islam


Pas tidak mempedulikan rayuan ini sebaliknya mengekalkan penyingkirannya. Bagaimanapun sekarang, Pas dengan falsafah barunya "The end justifies the means" tidak sahaja sanggup menerima kepimpinan seorang yang bukan sahaja pandai berjoget, tetapi juga  handal dalam tarian-tarian lain termasuk rentak ke hadapan dan ke belakang.

Mengkagumi kebijaksanaan luar biasa ini maka Tok-tok Guru Pondok yang jujur dan tidak banyak exposure telah mendengar nasihat kepimpinan progresif ini, lalu menukarkan Negara Islam Pas kepada Negara Berkebajikan.

Sebuah lagi pantun Hashim Gera yang juga dulunya tidak diterima untuk pembelaan dirinya, tentunya boleh diterima oleh pimpinan ulama Pas sekarang. Pantun itu berbunyi:

Sayang Che Man pergi memukat
Cincin intan pakai di jari
Ahli Parlimen bukan Malaikat
Apa salah dia menari


Lebih sesuai jika pantun itu dipinda sedikit berbunyi bagini untuk disesuaikan dengan jiwa Md Nor Manuti (Tokoh Besar Intelektual  Islam), Tok-tok Guru  Haji Hadi , Nik Aziz dan Mat Awang.

Sayang Che Anwar pergi ke surau
Tertinggal Omega bersama sikat
Bagaimana Tok Guru tidak terpukau
Syaitan boleh menyerupai Malaikat

Monday, 24 September 2012

TONY TIDAK MAHU JADI MACAM PESARA POLITIK YANG TERUS MEMERINTAH

Tony Fernandez... saya tidak mahu  terus
memerintah walaupun telah meninggalkan
tahta. Sindiran yang mungkin ditujukan
kepada Tun Dr. Mahathir
LIHAT ENTRY TERKINI DI PINTAS: BILA SYAITAN MENYERUPAI  MALAIKAT

Dalam jawapan terhadap mereka yang dipanggilnya sebagai "Right Wing Bloggers" kerana mengecamnya memindahkan pusat operasi Air Asia ke Indonesia, CEOnya Tony Fernandes  berkata mereka ini masih terperangkap dalam pandangan kuno yang berbatas dalam dunia yang tidak terbatas.

Mengalu-alukan syarikat penerbangan baru Malaysia-Indonesia (Malindo) untuk perkongsian lebih 600 juta pengguna ASEAN, beliau mempertahankan pemindahan ke Jakatra itu sebagai keperluan bagi kejayaan perancangan masa depan AirAsia sesuai dengan pertumbuhan pengguna ASEAN.

Katanya "kami meletakkan Malaysia pada peta dunia dan kami menanam modal untuk masa depannya. Maka itu bagaimanakah Pembelog-pembelog Sayap Kanan mengatakan saya telah membelakangkan Malaysia. Apakah yang mereka lakukan untuk Malaysia?."

Tidak sesiapapun boleh menafikan jasa  AirAsia membolehkan setiap orang terbang, tetapi apabila dalam jawapannya itu Tony juga menyatakan bahawa "Saya tidak mahu menjadi seperti sesetengah orang politik kanan yang terus mahu memerintah, walaupun telah meninggalkan tahta." Maka itu adalah satu kenyataan  seorang yang tidak mahu mengiktiraf sejarah pembangunan masyarakat pengguna yang besar di negara ini kerana jasa seorang CEO  negara.

Jika sindiran ini ditujukan  kepada Tun Dr. Mahathir, maka ia adalah campurtangan Tony Fernandes dalam percaturan politik negara (Lihat pintas jawapan penuh Tony Fernandes).

Sunday, 23 September 2012

SUATU MALAM PENUH KENANGAN DI BRUNEI

Dengan kapal terbang Herald TUDM inilah kami terbang ke Brunei dan
Sarawak untuk meliputi lawatan Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul
Razak. Dari kanan  Zam (Utusan), Rejal Arbee (Straits Times), C.C. Liew
(Sin Chew Daily), Allahyarham Abdul Hamid Yasin Pegawai Akhbar Tun
Razak dan Wan Puteh Pegawai Tinggi Kerajaan dan seorang pemberita
dari sebuah akhbar Cina.

C. C. Liew sekarang adalah Pengarah Urusan dan Pengarah Editorial Sin
Chew Media Corporation Bhd.
Dia memang kaki minum dan apabila kapalterbang kami mendarat di lapangan Terbang Brunei, kawan ini betul-betul sudah tinggi. Ini jadi masalah bagi kami.

Di Brunei orang Islam tidak boleh minum di tempat-tempat terbuka. Kami tidak tahu bagaimakah pula kalau seorang Islam didapati mabuk di tempat umum.

Adalah suatu hal yang agak menggelikan hati saya sampai sekarang bila mengingatkan perihal kami terpaksa meminta supaya kawan yang sedang mabuk ini supaya "jangan mabuk."

"Jangan mabuklah depan pegawai kastam dan imegresen," kata seorang kawan kepadanya dan dia menjawab, "aku tidak mabuklah," walaupun jalannya sudah terhuyong hayang dan bahunya sudah jatuh sebelah.

Klik link Cerita Zam untuk cerita SemalamDi Brunei.
http://zamkata.blogspot.com/search/label/ceritazam

SEMALAM DIBRUNEI

Dengan kapal terbang Herald TUDM inilah kami terbang ke Brunei dan
Sarawak untuk meliputi lawatan Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul
Razak. Dari kiri Zam (Utusan), Rejal Arbee (Straits Times), C.C. Liew
(Sin Chew Daily), Allahyarham Abdul Hamid Yasin Pegawai Akhbar Tun
Razak dan Wan Puteh Pegawai Tinggi Kerajaan dan seorang pemberita dari
RTM.

C. C. Liew sekarang adalah Pengarah Urusan dan Pengarah Editorial Sin
Chew Media Corporation Bhd.
Dia memang kaki minum dan apabila kapalterbang kami mendarat di lapangan Terbang Brunei, kawan ini betul-betul sudah tinggi. Ini jadi masalah bagi kami.

Di Brunei orang Islam tidak boleh minum di tempat-tempat terbuka. Kami tidak tahu bagaimakah pula kalau seorang Islam didapati mabuk di tempat umum.

Adalah suatu hal yang agak menggelikan hati saya sampai sekarang bila mengingatkan perihal kami terpaksa meminta supaya kawan yang sedang mabuk ini supaya "jangan mabuk."

"Jangan mabuklah depan pegawai kastam dan imegresen," kata seorang kawan kepadanya dan dia menjawab, aku tidak mabuklah," walaupun jalannya sudah terhuyong hayang dan bahunya sudah jatuh sebelah. Ikutilah cerita seterusnya di bawah.






Wednesday, 19 September 2012

RAHSIA KEJAYAAN NIK AZIZ BEKUASA DI KELANTAN LEBIH 20 TAHUN

Doa Tok Guru: "Yang baik itu dari
Kelantan.Yang buruk itu dari
Pusat." Amin! 
Tentunya ramai yang tertanya-tanya apakah rahsia Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengekalkan penguasaan PAS dan pengaruhnya ke atas rakyat Kelantan selama lebih 20 tahun ?

Jawapan yang mudah ialah oleh kerana beliau  tidak menimbulkan perasaan marah dan iri hati di kalangan rakyat Kelantan, tidak menimbulkan prasangka buruk, hasad dengki, fitnah memfitnah antara mereka, sebaliknya rakyat mendapat kedamaian perasaaan dengan tiada apa-apa pemberian dari beliau untuk mereka rasakan atau perhetongkan sebagai ketidak persamaan pembahagian atau ketidakadilan.

Apa yang dilakukannya, hanyalah meneruskan profesyennya sebagai guru pondok, mengajar politik agama dan beliau sendiri tidak menukar uniform tok gurunya, tidak pernah membuang serbannya, tidak pernah memakai baju batek, kot atau tali leher.

Oleh kerana melihat Tok Guru tidak berubah, maka rakyat Kelantan pun merasa selesa jika kehidupan mereka tidak berubah dan mereka yang mahu berubah akan berubah mencari rezeki di Kuala Lumpur. Seminggu sekali mereka pulang ke Serambi Mekah untuk mengingati asal usul mereka.

Tuesday, 18 September 2012

MALINDO BUKAN SEBUAH NAMA SENTIMEN NUSANTARA

TERKINI:

KERJASAMA AIRASIA BATAVIA AIR GAGAL

Gembar gembur yang hebat tentang perkongsian Air Asia dengan Batavia Air Indonesia gagal tetapi berita yang menggemparkan ini telah diperkecil oleh CEOnya  Tan Sri Tony Fernandes dengan mendakwa bahawa ia bukanlah suatu kegagalan atau  kemunduran kepada kumpulannya.

Akhbar The Star hari ini( 15 Oktober ) melaporkan  sebagai berita utama  muka BIZ bahawa:

The PT Batavia acquisition deal is  of but AirAsia  boss  Bhd would forge ahead and accelarate growth in the world's fourth largest populous country and that AirAsia Indonesia wolud be listed newxt year.

Selanjutnya lihat the Star hari ini


Petikan dari The Star 18 September.

Malindo rising
Ceritalah
By Karim Raslan

The newest airline Malindo Airways is set to change the low-cost carrier scene with plans to create routes to Asean, China, Hong Kong, India and Japan as well as further afield to Australia and Europe.
CONSUMERS want low airfares, regular flights and new planes. If you thought flights between Malaysia and Indonesia couldn’t get cheaper and more frequent: think again.

Last week, Rusdi Kirana, the owner of Lion Air, Indonesia’s largest low-cost airline inked a deal with Malaysia’s National Aerospace and Defence Industries (Nadi) to form Malindo Airways.

Nadi will hold 51% and Lion 49%, with the latter managing the airline. Malindo will operate out of the soon-to-be-opened KLIA2 airport and start plying Indonesia-Malaysia routes from May, 2013.

Monday, 17 September 2012

POSITIVE EFFECT FROM PAS-DAP PACT

Objection by Karpal Singh (left) to several Pas’ policies, like Hudud law and
gender segregation, was never opposed by Mustafa Ali (right)
Pas secretary-general Datuk Mustafa Ali chose to attack Negeri Sembilan MCA and not DAP chairman Karpal Singh, who criticised Pas for imposing gender segregation at the Negeri Sembilan Pas Hari Raya Open House at Dataran Senawang recently.

Why didn’t Mustafa criticise Karpal Singh who regarded the act wrong and unnecessary. “Why should it be like that and this is the first time I hear of such thing happening at a public function,” he said.

Sunday, 16 September 2012

KESAN POSITIF DARI KERJASAMA PAS DAP

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali memilih untuk menyerang MCA Negeri Sembilan dan bukannya Pengerusi DAP Karpal Singh yang mengecam Pas kerana mengamalkan pengasingan gender (gender segregation) di Majlis Terbuka Hari Raya Pas Negeri Sembilan, di Dataran Senawang baru-baru ini.
Hanya retorik atau cakap tak serupa bikin... Jika benar
pengasingan gender mahu dilaksanakan, sepatutnya
borang keahlian Abby Abadi diterima oleh  Ketua Dewan
Muslimah PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh

Kenapa Mustafa tidak menyerang Karpal Singh yang pertama sekali menyifatkan perbuatan itu sebagai salah dan tidak perlu. "Kenapa seharusnya begitu dan inilah pertama kali saya dengar pekara ini berlaku dalam suatu majlis terbuka," katanya.

MCA NS yang turut mengecam, kemudiannya dianggap oleh Mustafa sebagai "bukan sahaja tidak sefaham, bahkan tidak mahu faham, bahkan menyerang dan menuduh Pas mengamalkan pengasingan gender yang sejajar dengan hukum Islam," (lihat HarakahDaily 13 September).

Friday, 14 September 2012

MALINDO AIRWAYS PULIHKAN MORAL NAJIB

Datuk Seri Najib (tengah) memegang model pesawat
Malindo yang bakal beroperasi tahun depan
Barangkali ramai orang telah lupa bahawa pelancaran satu lagi syarikat penerbangan tambang murah Malindo Airways yang merupakan perkongsian syarikat Indonesia Malaysia (Lion Air dan Nadi) adalah hasil dari desakan beberapa orang wakil rakyat dalam Persidangan Parlimen bulan Jun lalu.

Ini adalah berikutan dengan tindakan Air Asia memindahkan pusat operasinya ke Jakarta dalam usahanya untuk mendapat tawaran lebih baik dalam rundingan dengan MAHB dan juga kegagaglan dalam pertukaran saham dengan MAS.

PERBEZAAN MALINDO AIRWAYS DAN AIR ASIA

Dipetik dari Kosmo 14 September 2012

AIR MATA SEORANG WIRA TAK DIDENDANG

Seperti biasa pada setiap hari Sabtu dan Ahad kira-kira jam 7.30 pagi, saya akan berada disalah sebuah gerai teh tarik di kawasan Majid India Kuala Lumpur, sebuah terletak di lorong laluan bangunan Selangor Mansion yang mengadap ke Sungai Bonus sementara sebuah lagi di Malayan Mansion yang berhampiran dengan Masjid India. Dua bangunan lama ini dipisahkan oleh jalan utamanya iaitu Jalan Masjid India.

Di gerai Teh Tarik Jalan Masjid India... Dari kiri Zainur Sulaiman (Utusan & Bernama), Azman
Ujang (Bernama), Latiff Nordin (Utusan) Zam (Utusan), Mansor Puteh (Utusan), Ahmad Idris (Utusan),
Rosle Azmi (Utusan) dan pembantu gerai, Shah. (Kepakarannya membuat Roti Canai dan Teh Tarik).

Shah  telah berhijrah ke Singapura untuk  menerima tawaran baru. Pemergiannya setelah berkhidmat
lebih 30 tahun di sini amat dirasai oleh pelanggan kerana beliaulah yang selalu memberi layanan istimewa.
Kesukaan saya ialah berada di meja panjang bersama orang ramai, ada kala bersama kawan-kawan dan kalau keseorangan, saya pasti dapat kawan baru, kerana ada orang yang kenal dan menyapa dan terus menjadi kawan berbual. Saya tidak pernah keseorangan di sini.

Saya tidak tahu mengapa saya harus memandu kereta selama setengah jam dari kediaman saya di Putrajaya  ke kawasan ini pada setiap hujung minggu, tetapi mungkin kerana sering bersarapan pagi sejak lebih 50 tahun lalu. Bermula ketika menjadi Kedet Reporter pada tahun 1962.  Sebelum pergi ke Mahkamah dan Polis Stesen di High Street, saya mesti lebih dahulu ke sini untuk kena teh tarik 10 sen dan roti canai 15 sen.

Wednesday, 12 September 2012

AIR ASIA BELUM SEMPAT "SAY NO TO BN"

Petikan dari Rocky Bru 11 September 2012.

Move aside, Air Asia ...

New budget airline. Tony Fernandez/Air Asia's honeymoon ends today with the launch of a new budget carrier by no less than the Malaysian PM himself. According to blogger Apanama in his latest posting Bravo to new born-in-Malaysia airlines, the partnership between Lion Air and Nadi will give birth to an airline that offers low fares (like Air Asia) but with full service (like MAS and Garuda)!

Ironically, after the MAS-Air Asia share swap fiasco early this year, Tony F announced his move to Air Asia's "regional office" in Jakarta, a move seen as a slap in Najib Razak's face.

Immediately, the new airline is good on two counts: 
1. Promote healthy competition and ends the monopoly by Air Asia now that it is big and strong 
2. Strengthen Indonesia-Malaysian ties

NEW EDICT: COMPULSORY FOR MALAYS TO SUPPORT PAS


It is still fresh in our mind that Pas condemns UMNO for implementing policies which it claimed are Asyabiah or racist in nature, but now Pas is turning to racism for support.

In the latest edition of  Harakah, the Pas mouthpiece,  the headline screamed of  Pas President Haji Hadi Awang’s new edict "MELAYU WAJIB SOKONG PAS" (Compulsory for Malays to support Pas)

UMNO, which has always been a pragmatic and practical party, has not changed its policy, accepting the fact that the country’s stability should be built on the fundamentals of Unity Through Diversity, Integration and not Assimilation like in Thailand or Indonesia.

Tuesday, 11 September 2012

DATUK RAJA BERJAYA PIMPIN KVUM

Antara tetamu jemputan yang hadir lebih 300 orang sedang menunggu  jamuan
dihidangkan sambil mendegar ucapan Presiden KVUM, Datuk  Raja Ahmad Niza
Raja Ismail di K Club
Malam  Aidilfitri anjuran Kelab Veteran Utusan Melayu (KVUM) pada tahun ini telah mendapat sambutan yang luar biasa dengan kehadiran yang terbesar dibandingkan dengan majlis-majlis yang diadakan sebelumnya. Ini adalah hasil kerja keras Presidennya, Datuk Raja Ahmad Niza Raja Ismail dan jawatankuasanya.

Monday, 10 September 2012

TEARS OF AN UNSUNG HERO

As usual, every Saturday and Sunday at about 7.30am, I’ll be at one of the ‘teh tarik’ stalls in the Masjid India area in Kuala Lumpur, one located along a lane at the Selangor mansion building facing Sungai Bonos, while the other at the Malayan Mansion near Masjid India. These two buildings are separated by the main Jalan Masjid India.


Having Teh Tarik at a stall in Malayan Mansion with my journalist friends. From the right is wellknown blogger Syed Akbar Ali (OutSyed The Box) and beside him is Azman Ujang (ex Bernama) and on my left is Zaini Hassan popular columnist Cuit Cuit  in Utusan Malaysia. 
I like to seat at a long table, sometimes with friends and when I’m alone, I certainly will get new friends because some people who recognize me will stop for a chat and then we became friends. I’m never alone here.

I don’t know why I should drive for half an hour from my residence in Putrajaya to this area every weekend, perhaps because I always have my breakfast since more than 50 years ago. Right from when I was a Cadet Reporter in 1962. Before going to the court and police Station at High Street, I had to come here for a teh tarik, which cost 10 sen, and roti canai, for 15 sen then.

Wednesday, 5 September 2012

BAGAIMANA KALAU PELAJAR INI TUNJUK PUNGGUNG PADA ANWAR IBRAHIM ?

Seorang pelajar yang menunjukan punggungnya pada gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib  di perhimpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka pada 30 Ogos lalu, telah ditahan oleh polis kerana masa berkomporomi sudah berakhir.

Saya terfikir bagaimanakah kalau pelajar ini yang menunjukkan punggungnya yang sedikit dibogelkan itu kepada Anwar Ibrahim ?

Mungkin tahanannya adalah juga demi keselamatan dirinya, kerana takut nanti dia tunjuk pula punggungnya pada Anwar Ibrahim, tetapi bila dia dibebaskan dengan jaminan, ibubapanya sendirilah yang kena awasi dan ingatkan anaknya jaga  keselamatan punggungnya kerana sudah ada yang berminat. Merbahaya!

Bagaimanapun kepada Menteri Besar Kelantan, Mursyidul Am Pas Nik Aziz dan Presiden Pas, Haji Hadi  tidak menganggap hal ini  "merbahaya" oleh kerana ia merupakan suatu pekara yang biasa berlaku di pondok-pondok. Sebab itu jugalah mereka rela berketuakan Anwar Ibrahim. Di pondok-pondok di Kedah, jika seseorang pelajar atau ustaz yang suka belakang di panggil "kaki pungkok."

Bagi Nik Aziz dan Haji Hadi, "Kaki Pungkok" pun tak apa, asalkan dapat kuasa, tetapi tidak sama sekali pada Datuk Azizan Menteri, Besar Kedah yang ketika sakitnya tidak di lawati oleh Anwar Ibrahim yang kena baling kasut di Kedah baru-baru ini.

CATATAN:


Komen ini dihantar oleh Lebai Sudin dari Pumpong Kedah, yang mendakwa dirinya sebagai pengikut setia kepada MB Kedah.

Tuesday, 4 September 2012

SENIMAN BESAR INDONESIA CIPTA LAGU TENTANG KONFRANTASI INDONESIA


Ramai rakyat kita terutama generasi baru tidak tahu bahawa sebuah lagu patriotik Malaysia "Perajurit Kita"  yang bagitu popular dan mudah menggelorakan semangat perjuangan untuk mempertahankan negara dengan liriknya yang puitis, gagah, hebat "andainya kami gugur semua taburlah bunga di atas pusara, kami mohon doa Malaysia berjaya," adalah ciptaan seorang penggubah dan pencipta lagu Indonesia yang terkemuka  untuk menentang  konfrantasi Indonesia di awal tahun 60an.

Beliau ialah Saiful Bahari( Allahyarham) Pemimpin Orkes Studio Jakarta yang berhijrah ke Malaya dan berkhidmat dengan Radio Malaya dalam awal tahun 60an sebelum konfrantasi. Beliau adalah diantara beberapa orang tokoh terkemuka Indonesia yang mendapat perlindungan di Malaysia. Selain dari beliau terdapat beberapa orang lagi tokoh ekonomi dan politik yang tidak bersetuju dengan pemerintah Indonesia yang  berada di bawah pengaruh Parti Komunis Indoneisa (PKI).

Saiful Bahari adalah seorang pemuzik Indonesia yang berbakat besar berasal dari Kayutanan Sumatra Tengah. Beliau adalah Pemimpin Orkes Radio Jakarta dan kerjanya banyak dibantu oleh Ismail Marzuki penggubah lagu Indonesia yang mendapat pengiktirafan negara. Antara lagu ciptaan Saiful Bahari  yang terus popular hingga ke hari ini ialah "Semalam di Malaya" yang digubahnya dalam masa lawatan orkes pimpinannya ke Malaya untuk mengeratkan hubungan persahabatan Malaysia Indonesia di akhir tahun 50an. Ketika itu saya bertugas sebagai pemberita sambilan di Alor Setar dan yang saya ingat ialah penyanyi Titek Puspa dan Beng Selamat ikut serta dalam rombongan itu.

Seorang lagi pemuzik Indonesia yang pernah berkhidmat dengan Radio Malaysia ialah  Ratu Bagus Sanusi yang kenal baik dengan Ibrahim Bachik seorang penggubah lagu di Malaysia.

Sebuah lagi sedutan dari buku saya Pertama dan Terakhir di bawah tajuk "Inilah Sumpah Pendekar Kita" mencatitkan bahawa walaupun Saiful rakyat Indonesia tetapi bukanlah bererti beliau mengkhianati  bangsanya kerana mencipta lagu patriotik menentang negranya sendiri, sebaliknya membutikan kecintaannya kepada pembangunan kesatuan bangsa dua serumpun.Saiful telah lama meninggal dunia tetapi saya gagal untuk mendapat maklumat di mana beliau meninggal.











ANWAR DAN MAHFUZ DIBALING KASUT DALAM MASJID


Dipetik dari laporan HarakahDaily 2 September 2012.

ALOR STAR: Sekumpulan samseng yang dipercayai ahli Perkasa hari ini bertindak ganas dengan menyerang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan tazkirah Maghrib di sebuah masjid di Seberang Pumpong, Alor Star, Kedah.

Menurut laporan Keadilandaily, tindakan biadap itu tercetus apabila beberapa pemuda berhimpun dan memulakan provokasi ketika Anwar hendak menyampaikan tazkirah di dalam masjid Al Husin.

Mereka juga bertindak memadamkan lampu masjid dan alat pembesar suara berulangkali, memaksa Anwar menggunakan loud hailer untuk meneruskan kuliahnya.

Kumpulan terbabit juga mengeluarkan kata-kata kesat dan membaling kasut ke dalam masjid ketika tazkirah disampaikan. Malah, mereka turut menggunakan pembesar suara dan membunyikan siren ketika Anwar menyampaikan tazkirah.

Ketua kumpulan itu yang hanya dikenali sebagai Dato Yusof dikatakan mengugut bertindak lebih keras sekiranya Anwar tidak menghentikan kuliahnya serta-merta.

Bagaimanapun, Anwar menegaskan tiada apa yang perlu ditakutkan menyebabkan jemaah masjid terus mendengar kuliah beliau.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar yang berada di masjid itu turut menjadi sasaran apabila kasut yang dibaling hampir-hampir mengenai beliau.

Kejadian serangan terhadap ketua pembangkang ini adalah insiden kedua selepas bas jelajah Merdeka Rakyat dibaling batu dan disimbah cat merah di Kelantan, semalam.

PEMBOHONGAN PAS DI SIANG HARI DI KAMPUNG BARU

Kg Baru: 'Sampai bila-bila ia akan kekal di rumah kami'
Hazayani Zakaria,03 Sep 2012
Kain rentang ini dipasang sejak sekian lama. Apabila lusuh mereka akan gantikan
dengan yang baru
KUALA LUMPUR: Jika sesiapa pergi ke Kampung Baru, Kuala Lumpur, sudah tentu akan terlihat kain-kain rentang yang digantung di rumah-rumah penduduknya.

Bukan satu atau dua buah rumah berbuat demikian, tetapi banyak rumah yang mempunyai kain-kain rentang ini.

Sunday, 2 September 2012

"SAYA MELAYU MELUAT UMNO" TAK KESEORANGAN

Oleh Nasi Siru
(Jawapan kepada komen Punching Bag dalam Di sebalik Bahasa Melayu Anak LKY posted  29 Ogos)
Jambatan bengkok yang kini menjadi lambang impian
Tun Dr. Mahathir yang tidak tercapai apabila ia tidak
diteruskan oleh pengantinya
'PUNCHING Bag', anda tidak keseorangan sebenarnya, apabila menyebut: 'Saya orang Melayu dan saya meluat dengan UMNO'.

Ada ramai lagi seperti anda yang menganggap parti terbesar Melayu itu punca segala keburokan yang melanda negara ketika ini sekalipun denyut nadi dan darah yang mengalir dalam tubuh anda, adalah UMNO.

Sebenarnya anda terjebak dalam mitos 'janji manis' bukan 'janji ditepati' oleh seorang pemberontak yang bertopengkan hak asasi manusia, LGBT dan sekali-sekala bercakap tentang Islam mengikut rentak yang dikehendaki pembiayanya.