Friday, 31 August 2012

A REPLY TO A DEFENDER OF SINGAPORE FREEDOMS'

KATAK BAWAH TEMPURUNG.( Responce to comments in posting 8 Ogos : DJ TV RADIO SINGAPORE DI LARANG UCAP ASSALAMUALAIKUM)

By: Anthony Oei

Dear Azfar,
I find your response to Zam's legitimate observations about one aspect of the state of affairs in Singapore rather shallow and contradictory.

Firstly you say Zam should not interfere with the affairs of Singapore, but then you Sir go on about the supposed state of affairs in Malaysia. Arent you therefore doing what you accuse Zam of doing?  And quite ignorantly, I must add.

Secondly, by your own admission, the Singapore Government, with timed regularity, sues Western media organisations indicating its lack of tolerance of alternative news and views.  Is that what you call 'freedom'?

Wednesday, 29 August 2012

DI SEBALIK BAHASA MELAYU ANAK LEE KUAN YEW

Oleh Nasi Siru.
Lee Kuan Yew diiringi oleh Lim Guan Eng
ketika mengunjungi beliau untuk memberi
sokongan di atas kejayaan DAP menawan
Pulau Pinang
BAGI saya apa saja yang datang dari pemimpin negara pulau itu, tidak pernah jujur terhadap Malaysia. Kuan Yew kekal 'duri dalam daging' bukan saja dalam politik kita tetapi juga seluruh Nusantara Melayu.

Kedatangannya secara tergesa-gesa 'melawat' Pulau Pinang dan Kelantan sebaik saja PR melakar kejayaan besar dalam sejarah PRU Malaya/Malaysia pada 2008, sudah cukup memberi gambaran betapa hajat besar Kuan Yew untuk 'menelan' negara ini tidak pernah kunjung padam.

Beliau nampak impian besarnya kembali menyemarak apabila parti anak didiknya DAP menguasai Pulau Pinang dan Selangor serta Perak.

Tuesday, 28 August 2012

PERDANA MENTERI SINGAPURA FASIH BERBAHASA MELAYU

Video Clip di atas adalah ucapannya di rapat raksaksa sempena Rapat 
Hari Kebangsaan 2012

Ramai rakyat Malaysia yang tidak tahu bahawa Perdana Menteri Singapura Hsien Loong fasih berbahasa Melayu malah beliau boleh membaca jawi.

Dalam buku memoir  From Third World To First, bapanya Lee Kuan Yew menceritakan bahawa Loong telah mempelajari bahasa Melayu sejak berumur 5 tahun dan selepas Singapura menyertai Malaysia ,Loong mulai belajar membaca jawi, bahasa Melayu yang ditulis dengan script Arab.

Monday, 27 August 2012

SAAT PALING MENDEBARKAN DALAM KONFRANTASI


Tidak ramai generasi baru mengetahui sejarah atau menyedari bahawa kira-kira lima puluh tahun lalu, Malaysia dan Indonesia berada dalam perang yang tidak diistiharkan; askar-askar Indonesia yang berselindung atas nama sukarelawan telah diterjunkan di Labis dan Pontian untuk menyusup  masuk bagi membantu ejen-ejen Indonesia melakukan pemberontakan di Malaysia.

Indonesia melakukan tindakan ini setelah mengistiharkan konfrantasi kerana menentang penubuhan Malaysia yang menggagalkan gagasan besar Indoneisa untuk menubuhkan Melayu Raya dan menjadikan  Malaya sebagai tanah jajahannya.

SAAT PALING MENDEBARKAN DALAM KONFRANTASI

Presiden Sukarno yang melancarkan Konfrontasi
terhadap Malaysia bergambar bersama Marilyn
Monre dalam satu majlis yang diadakan pada
bulan Jun 1956 di Beverly Hills, California USA
Tidak ramai generasi baru mengetahui sejarah atau menyedari bahawa kira-kira lima puluh tahun lalu, Malaysia dan Indonesia berada dalam perang yang tidak diistiharkan; askar-askar Indonesia yang berselindung atas nama sukarelawan telah diterjunkan di Labis dan Pontian untuk menyusup masuk bagi membantu ejen-ejen Indonesia melakukan pemberonta- kan di Malaysia.

Indonesia melakukan tindakan ini setelah mengistiharkan konfrantasi kerana menentang penubuhan Malaysia yang menggagalkan gagasan besar Indoneisa untuk menubuhkan Melayu Raya dan menjadikan Malaya sebagai tanah jajahannya.

Pemimpin-pemimpin PAS dan Parti Rakyat Malaya adalah di antara mereka yang menjadi ejen Indonesia. Bagaimanapun usaha mereka gagal.

Sukarelwan-sukarelawan Indonesia telah ditangkap tidak lama selepas mendarat dan beberapa orang pengkhianat negara telah ditahan di bawah ISA. Untuk mengetahui cerita selanjutnya, sila baca di Z fail.
http://zamkata.blogspot.com/2012/08/saat-saat-paling-mendebarkan-dalam.html

Sunday, 26 August 2012

ANWAR IBRAHIM BERJAYA MEMURTADKAN PAS MENJADI UMNO CELUP

Anwar Ibahim tidak berjaya "mengIslamkan" UMNO tetapi
berjaya memurtadkan kepimpinan Pas menjadi "UMNO Celup"
termasuk Dr. Dzulkefly Ahmad dan Naib Presiden Pas Salahudin
Ayub. 

Demi untuk menjaga hubungannya dengan PKR dan DAP, pemimpin-pemimpin Pas telah mengambil rasional UMNO atau bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir dalam menolak pelaksanaan hukum hudud pada masa ini.

UMNO dari sejak pimpinan Tunku Abdul Rahman hingga kepada Tun Dr. Mahathir dan Datuk Seri Najib telah menjalankan politik seimbang demi untuk memelihara keharmonian kaum dan perpaduan parti, sekalipun menghadapi tekanan dari kaumnya sendiri, terutama dari Pas; yang bersifat primitif, fanatik dan pelampau.

ANWAR IBRAHIM SUCCEEDS IN TURNING PAS INTO AN UMNO COPYCAT

For the sake of its relations with PKR and DAP, Pas leaders have embraced UMNO and former Prime Minister Tun Dr. Mahathir's rationale in rejecting the implementation of hudud law. 

UMNO, since under the leadership of Tunku Abdul Rahman right up to Tun Dr. Mahathir and Datuk Seri Najib have embarked on political balance to preserve racial harmony and party unity, despite pressures from its own race, especially Pas, which is primitive, fanatic and extreme.

Saturday, 25 August 2012

PEMBOHONGAN DI LABUAN

INI ADALAH SEBUAH LAGI PETIKAN DARI BUKU " PERTAMA DAN TERAKHIR" TENTANG ILTIZAM,DEDIKASI DAN MINAT PADA WARTAWAN DI ZAMAN LALU DALAM MENJALANKAN TUGAS MEREKA.













Wednesday, 15 August 2012

KENANGAN ZAM KEPADA KAMPUNG BARU

Ketika  menjadi wakil Utusan Melayu di London dalam tahun 1975-76, saya menulis di ruangan tetap semingu sekali "Corat Coret dari London" di Utusan Malaysia yang menceritakan hal-hal yang  menarik di kota itu termasuk tentang pelajar dan masyarakat Malaysia di London.

Di bulan puasa saya biasanya bersembahyang terawih di Malaysia Hall berhampiran Marble Arch dan bersembahyang  raya dan berhari raya dengan masyarakat pelajar dan pegawai-pegawai kerajaan Malaysia di tempat yang sama.

Sunday, 12 August 2012

PERCAYAKAH RAKYAT KEPADA KENYATAAN SHARIZAT?

Rafizi Ramli (kiri) yang menimbulkan isu National Feedlot
Corporation yang akhirnya menyebabkan Shahrizat Abdul
Jalil meletak jawatan sebagai Menteri Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Kita tidak boleh memperkecilkan keupayaan berfikir manusia Malaysia untuk mentafsir kan sesuatu kes atau isu dengan kewarasan tanpa pengaruh sentimen kepartian.

Umpamanya sama ada mereka di dalam UMNO atau di luar UMNO percaya atau tidak keterangan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di Mahkamah Tinggi, bahawa beliau tidak tahu mengenai penglibatan anak lelakinya dengan National Feedlot Coporation (NFC) projek dalam tahun 2007.

DO THE PEOPLE BELIEVE IN SHAHRIZAT’S STATEMENT?

We cannot look down on the ability of Malaysians to interpret cases or issues rationally without being influenced by party sentiment.

For example, do they, whether they are in UMNO or outside UMNO, believe in Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil’s testimony in the High Court that she did not know about her son’s involvement with the  National Feedlot Coporation (NFC) project in 2007.

Wednesday, 8 August 2012

DJ RADIO DAN TV SINGAPURA DI LARANG UCAP ASSALAMUALAIKUM, ALHAMDULILLAH DAN SEBAGAINYA

Hiasan Keris  menyambut 
Ramadan dan Aidil Fitri
di sepanjang Jalan Geylang Serai
Seorang rakyat Singapura telah memberikan reaksi terhadap  posting KERIS DI PACAK DI SINGAPURA SAMBUT PUASA DAN RAYA (ZAMKATA 21 JUNE 2012) dengan mendedahkan beberapa tekanan terhadap muslim di Singapura disebalik keris yang terpacak itu.

Dalam postingnya tanggal 7 Ogos 2012, rakyat Singapura  itu yang tidak memberikan namanya mendedahkan perihal DJ Radio dan TV di Singapura dilarang untuk memberi salam: Asalamualaikum atau mengucapkan Alhamdulillah, Astagfirullah dan sebagainya. Drama Melayu terbitan Singapura juga mesti mematuhi perintah yang sama.

Selain dari itu, sekolah-sekolah di Singapura juga melarang murid-murid sekolah yang beragama Islam yang sudah baligh memakai hijab.

Tuesday, 7 August 2012

NAIK LANCA BERSAMA WAN DI PULAU PINANG

Dalam bulan puasa yang terasa sepi di hati, kita diindahkan atau dipilukan dengan kenangan kehilangan masa lalu, masa kecil di kampung dan pada orang yang sudah tiada terutamanya; ibu bapa, datuk dan nenek. Di Kedah datuk lelaki dipanggil Tok Wan,  perempuan di panggil Tok dan saya memanggil Wan kepada bapa ibu saya. Allahyarham adalah dari keturunan Arab bernama Sheikh Hassan.

Dia dikenali oleh semua orang di pekan kecil Kota Kuala Muda Kedah kerana menjawat jawatan sebagai sentry board pasar, berbaju kot putih dan berkain. Saya tidak tahu apa tugas hariannya. Kami tinggal di Kampung Pinang Sg Mas di pinggir pekan ini. Rumah kami dengan rumah Wan bertemu tangga dan kerana itu hubungan kami sangat rapat.

Monday, 6 August 2012

KELANTAN GEMPAR DAN PAS PANIK PENGARUH SEMAKIN RUNTUH

Inilah gambar perhimpunan hijau Pas di Stadium Kuala
Selangor baru-baru ini yang telah dipalsukan dan
mengejutkan ahli-ahli Pas sendiri yang menghadiri
perhimpunan itu.
Reaksi panik atas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas selesaikan isu bayaran royalti petroleum kepada negeri-negeri termasuk Kelantan, telah menyebabkan Pas melemparkan tuduhan yang keras dan bengis terhadap Najib seperti pengkhinat, perompak, bodohkan janji bapa dan sebagainya yang menggambarkan keperibadian kempen parti itu.

EXCITEMENT IN KELANTAN AND PAS PANICKED


Datuk Seri Azizan Razak
The panic reaction following the announcement by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak on the setting up of a special committee to resolve the issue on petroleum royalty payment to the states, including Kelantan, led to Pas to condemn Najib and accused him of being a traitor, robber, belittling father’s promises, etc., reflecting how the party conducts it campaign.

While several quarters welcome Najib’s action, Pas vice-president Datuk Mahfuz Omar suggested that the UMNO’s government action in betraying its promises be made the main issue in the discussion on the oil royalty.

In fact in a statement in Harakah Daily, the Pas information officer regarded Najib’s action  was due to the declining support for UMNO and the BN government from the government officers.

Friday, 3 August 2012

GILA RAMBONG GUGAT KEDAMAIAN ALOR SETAR

INI ADALAH SUATU KENANGAN MANIS ZAMAN MUDA DI TAHUN 60AN DI ALOR SETAR, KEDAH. SEBUAH LAGI PETIKAN DARI BUKU PERTAMA DAN TERAKHIR.

Bagaimana saya mengetahui keadaan ini semua kalau saya sendiri tidak terlibat. Kalau tidak masakan Ketua  kaum Ibu UMNO Negeri Kedah, Puan Hamidah Bahari (Allahyarhamah) mengatakan pada saya "Kak Dah tak takut orang lain rosak tetapi Kak Dah takut nanti orang macam Zampun rosak." Memang saya bersama  kawan-kawan berada di dewan rambong Taman Hiburan Alor Setar hampir setiap malam, tetapi bagi saya sambil menyelam, sambil minum air dan saya boleh mendakwa bahawa kerana pendedahan akibat rambong di Utusan Melayulah telah menyebabkan pertunjukan rambong Siam di Kedah dibataskan masanya hingga sekarang.





Thursday, 2 August 2012

UNFAIR PRESS FREEDOM IN MALAYSIA

The Chinese language newspapers enjoy wider freedom in the country compared with the Malay and English newspapers. The Chinese newspapers are free to report what they want, free to criticize the government, refuting the truth, mislead facts, no need to consider the feelings of other races, no need for ethics and no need to respect the social contract which has been jointly agreed by other races.

These newspapers are bold in expressing their view on the believe they are in their own world and the reports are not read by other Malaysians, except by the Chinese and some non-Chinese, like Home Ministry officers who are not efficient and do not really understand manipulation by the media.

Compared with the Malay and English newspapers, which are more national, they are red by all races in the country.

THE CHINESE ONLY THINK OF JUSTICE FOR THEMSELVES


Writer :  Chang Long Yan
Translated from Nanyang Siang Pau 28 July 2012

Circulation of Chinese newspapers expanding in Malaysia compared with Bahasa Malaysia newspapers

On 26 September 2006 at a seminar at the Selangor Chinese Assembly Hall, Lim Guan Eng asked the audience “have you all forgiven us (DAP? Do you forgive us (DAP) for collaborating with Pas 1999?”

Lim Guan Eng said that some supporters had not forgiven DAP until today because of the cooperation with Pas in 1999 which resulted in ithe party’s dismal performance.

KETIDAKADILAN KEBEBASAN AKHBAR DI MALAYSIA

Datuk Seri Najib Tun  Razak
Akhbar-akhbar bahasa Cina menikmati kebebasan yang cukup luas di negara ini, berbanding dengan akhbar Bahasa Malaysia dan Inggeris, akhbar-akhbar Cina bebas sebebasnya, bebas mengkritik kerajaan, menidakkan kebenaran, mengelirukan fakta, tidak perlu menimbang perasaan kaum lain, tidak perlu beretika dan tidak perlu   menghormati perkara-perkara dalam sosial kontrak yang telah dipersetujui bersama dengan kaum-kaum lain.

Akhbar-akhbar ini bersuara berani atas kepercayaan mereka hidup dalam dunia mereka sendiri tanpa dibaca  oleh seluruh rakyat Malaysia, kecuali orang Cina dan segelintir bukan Cina seperti pegawai-pegawai Kementerian Dalam Negeri yang tidak cekap dan tidak bagitu memahami manipulasi akhbar.

Wednesday, 1 August 2012

ORANG CINA HANYA FIKIRKAN KEADILAN UNTUK DIRI SENDIRI

Penulis: Chang Long Yan
Terjemahan dari Nanyang Siang Pau 28 Julai 2012


Akhbar Cina berkembang pesat di Malaysia
berbanding akhbar bahasa Malaysia
Pada 26 September 2006 semasa satu seminar diadakan di Dewan Cina Selangor, Lim Guan Eng bertanya kepada pengunjung; “sudahkah kamu semua memaafkan kami (DAP)? Adakah kamu semua memaafkan kami (DAP) kerana bekerjasama dengan Pas pada tahun 1999?”

Lim Guan Eng berkata, ada sesetengah penyokong sehingga ke hari ini tidak sanggup memaafkan DAP, kerana pada tahun 1999 DAP telah bekerjasama dengan Pas, menyebabkan DAP kalah teruk pada masa itu.

Guan Eng anggap kerisauan dan ketakutan peringkat bawahan DAP tidak dapat dipulihkan, apa yang mereka rasai terhadap Pas kerana mereka nampak realitinya apa yang sebenar berlaku. Mereka lihat sama ada Pas mampu berubah ataupun tidak, orang Cina lihatnya secara pasif, walaupun jika pada satu hari nanti Pas boleh berubah namun mereka tetap masih meragui Pas, mereka bertanya adakah Pas secara jujur mahu berubah?

GAMBAR BUKTIKAN BERDUYUN-DUYUN ORANG UMNO PINDAH KE PAS

Harakahdaily (30 Julai) mendakwa gambar ini sebagai bukti bertambahnya sokongan rakyat kepada Pas dan  Pakatan Pembangkang. Tajuk gambar yang menunjukkan seorang wanita India bergambar di depan kereta lembu yang mengebarkan bendera Pas, DAP dan Parti Keadilan berbunyi:

Akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian, NST dan juga The Star tidak akan menyiarkan gambar ini.

Keterangan gambarnya pula berbunyi: Makin difitnah , makin rakyat berduyun-duyun berpindah sokongan dari UMNO ke Pas dan Pakatan Rakyat.