Tuesday, 31 July 2012

HUDUD: DAP, PAS AND KEADILAN’S POLITICAL THEATRICS


                  Karpal Singh                     Datuk Seri Haji Hadi Awang
We can see the political balance being portrayed to the public by parties in the opposition pact on the hudud law so that  they are not seen as having compromised and remained firm with their respective stance. They are trying to show solidarity in segregation.

For example, Pas has stepped back from pursuing its struggle for an Islamic state to a welfare state , while DAP continues to oppose the hudud law, despite being aware that Pas has tolerated to reduce fear among the non-Muslims.

HUDUD: SANDIWARA POLITIK DAP, PAS DAN KEADILAN

Kita dapat melihat perimbangan politik yang cuba dipertontonkan kepada umum oleh parti-parti Pakatan Pembangkang dalam soal hukum hudud supaya ketiga-tiga parti tidak dilihat sebagai bertolak ansur dan tetap berdiri di atas prinsip masing-masing. Mereka cuba menunjukkan perpaduan dalam pengasingan.

Umpamanya Pas telah pun melangkah ke belakang dari perjuangan sebuah Negara Islam kepada Negara Kebajikan dan dalam pada itu, DAP terus menekankan tentangan keras terhadap hukum hudud walaupun memahami bahawa Pas telah bertolak ansur untuk mengurangkan ketakutan bukan Islam.

Monday, 30 July 2012

TABIK HORMAT PADA MENTERI PENERANGAN

Tentunya ramai  orang yang merasa lega dengan pengumuman Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim  bahawa bahan hiasan (artwork) sambutan Hari Kemerdekaan ke 55 yang telah dipaparkan bukan logo rasmi  sepertimana yang disangkakan.

Logo itu telah menimbulkan kontroversi  kerana kelihatan kepada rakyat dibuat secara ala kadar tanpa   mempunyai nilai seni dan kualiti yang sewajarnya bagi sambutan kemerdekaan ke 55.

Wednesday, 25 July 2012

KALAU KALAH KITA" MAMPUIH"

YM Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj
Mantan Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman ketika berkempen menyokong calun Parti Semangat 46, Datuk Harun Idris dalam Pilihan Raya Kecil Kawasan Parlimen Ampang Jaya pada 28 Januari 1989, telah menyatakan: "Kalau kita menang, kita perbetulkan pentadbiran Mahathir dan "kalau kita kalah, mampuih kita."

Datuk Harun telah dikalahkan oleh calun Barisan Nasional (BN), Ong Tee Kiat dengan majoriti 4,250 undi. Ong mendapat 23,719 berbanding dengan Datuk Harun yang hanya mendapat 19,469 undi.

Wartawan Utusan Malaysia, Rozaid Abdul Rahman dalam analisisnya di Utusan Malaysia 30 Januari 1989  berkata: "Kata-kata Tunkulah yang tepat untuk menjelaskan keadaan itu." Bagaimanapun Tunku telah menjawab tulisan itu dengan menjelaskan apa yang dimaksudkannya dengan "Kalah kita mampuih."

KONSPIRASI JENAYAH PEGAWAI KERAJAAN, PELAJAR PALSU DAN KEDAI PENDIDIKAN


Pada mulanya sebagai pelajar kemudian jadi
pelacur yang boleh dilihat disekitar Jalan
Bukit Bintang, Kuala Lumpur
Tulisan Timbalan Ketua Pengarang akhbar Cina, Sin Chew Daily News di bawah ini adalah merupakan "rahsia umum." Kemasukan warga asing juga berlaku  secara 'rampant'  ke Britain  dalam tahun 70an  yang akhirnya melahirkan  beberapa  "little India" di negara itu.

Kebanyakan mereka dihalau oleh Idi Amin dari Uganda. UK terpaksa menerima kerana mereka adalah rakyat British tetapi secara "bijak" mereka juga membawa masuk saudara mara mereka dari India. Maka lahirlah  bebeapa "little India" di negara itu.

Tuesday, 24 July 2012

WARTAWAN-WARTAWAN KHALWAT


Apabila saya mengambil jawatan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu dalam tahun 80an,  saya telah membuat keputusan untuk tidak lagi menyiarkan berita khalwat, walaupun ia disiarkan oleh akhbar Melayu lain. 

Ini adalah oleh  kerana saya tidak yakin akan dapat berlaku adil. Jika yang terlibat orang-orang penting seperti pegawai tentera, polis atau artis ada pihak yang akan meminta supaya tidak disiarkan atau mereka  sendiri datang ke pejabat Utusan untuk meminta belas kasihan. Keadaan lebih sukar apabila terkena kepada kawan. Hal ini adalah berbeza dengan kes-kes jenayah lain.

Bagaimanapun  pada suatu hari dalam tahun 70an, ketika sedang tidur nyenyak yang panjang hingga lewat pagi, kerana baru pulang dari mengikuti lawatan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn ke Moscow, saya dikejutkan oleh pangilan telefon dari seorang kawan, penyunting  sebuah akhbar meminta saya menyiarkan berita seorang pegawai tinggi kerajaan yang terkenal ditangkap khalwat, tetapi tidak mahu disiarkan oleh Pengarang Akhbarnya.

Saya naik marah, kerana kawan ini adalah seorang yang "kaki naik turun hotel"  semasa kerja di Utusan,  tetapi sekarang dia dah bertaubat dan masuk parti Islam selain dari membetulkan dirinya, juga hendak membetulkan dunia. Saya naik marah dan terus menyatakan kepadanya "awak betul-betul tak sedar diri."

Demikianlah manusia yang tidak dapat mengimbangi pertimbangan hidup mereka. Kebanyakan mereka terdiri dari orang yang terbatas pergaulan dan jenis manusia inilah yang banyak menjadi penyokong  Pas  atau menyertai Al Arqam dengan kepercayaan berjuang untuk Islam akan dapat  membasuh dosa mereka. Ikutilah cerita pengalaman saya dan rakan-rakan wartawan berurusan dengan berita-berita  khalwat  yang cukup hangat di tahun 60an. Ini adalah satu lagi petikan dari buku saya Pertama dan Terakhir
I












Saturday, 21 July 2012

JANGAN TANYA APA ORANG CINA MAHU


Penulis: Koh Kok Wai
(Terjemahan dari akhbar Nanyang Siang Pau 17 Julai)

Orang-orang Cina mahu apa? Ataupun kaum Cina mahukan apa?
Gambar hiasan:   Ada pihak berpendapat kaum Cina
kini berada di persimpangan jalan 
 
Persoalan ini telah berlaku pada PRU lepas, dimana pemimpin BN sering secara berterusan bertanya.

Baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau bertanya kepada MCA kenapa MCA tidak tahu membaca jiwa kaum Cina? Adakah memang benar jiwa dan sikap orang Cina agak susah untuk difahami?

Sebenarnya soalan ini bukan tiada jawapannya, sebenarnya ia punyai banyak jawapannya, jika bertanyakan kepada 100 orang Cina pasti dapat 101jenis jawapannya.

Ini bermakna pemimpin BN dan pemimpin MCA sudah pun tahu jawapannya, apa sebenarnya jawapan yang diminta oleh orang Cina, hanya mereka tidak mampu untuk kotakan permintaan itu sahaja.

Kenapa mereka asyik sering tertanya-tanya lagi?

Mungkin persoalannya masih berkisar di minda ahli-ahli politik untuk mempertimbangkannya, sebaik-baiknya bagaimana mereka dapat menawan hati pengundi itu lebih diutamakan, dan masalah itu sedang berkisar kepada bahawa jiwa pengundi sudah tidak boleh ditawan lagi.

Kerana kehidupan rakyat jelata hari ini menghadapi pelbagai masalah, masalah-masalah ini mereka mengharapkan ahli-ahli politik dapat membantu dan meyelesaikannya, jika persoalan ini terus menerus dipertikaikan dan persoalkan, apa sebenarnya yang pengundi mahukan, selepas itu apa harapan yang akan mereka berikan kepada pengundi untuk meraih kemenangan itu, inilah satu dilema yang dihadapi oleh BN terhadap pengundi kaum Cina.


Janji-Janji Politik Disesuaikan Untuk Pengundi

Jika pimimpin BN tukar tajuk bertanya orang-orang Cina mahukan apa? Atau bertanya apa yang pengundi Cina mahukan? Apakah jawapannya?

Mungkin jawapan itu amat mencederakan dan akan menyusahkan, tetapi orang-orang Cina tidak mahukan apa-apa, kerana mahukan sesuatu itu mungkin dianggap begitu terus terang, dan lebih jelas dimana jawapan samar-samar itu agak sedikit sahaja.

Jika bertanya mahu apa kepada 100 orang itu mungkin ada 101 jawapan, tetapi jika bertanya tak mahu apa kepada 100 orang itu mungkin jawapan itu lebih terus terang, mungkin jawapannya hanya tinggal 50 jawapan sahaja.

Sejak PRU lepas sehingga ke hari ini, keadaan antara parti pembangkang dengan parti pemerintah semakin bertentangan, dimana politik mereka semakin ganas dan kurang kesefahaman baik di antara mereka, suasana itu membawa ketegangan, kerisauan dan menggerunkan.

Bagi merebut tiket-tiket undi pihak pembangkang dan pihak pemerintah asyik bertanya kepada pengundi apakah yang pengundi mahukan, selepas itu mereka cuba sesuaikan agenda politik mereka untuk disesuaikan kepada pengundi, perkara itu bukan tidak bagus, jika kita fikirkan kepada realitinya, adakah soalan itu relevan?

Sebagai seorang pengundi, jika bosan dengan soalan-soalan oleh ahli-ahli politik itu kerana bertanya apa yang kita mahukan, mungkin kita akan beritahu mereka, sebenarnya kita tidak berfikir apa yang kita mahukan.

Jawapannya sebegitu mudah sahaja.

Terjemahan:
Doreen Ng Abdullah

ARTIS-ARTIS SEDANG MEMBERSIHKAN IMEJ PAS

Gambar dipetik daripada Harakahdaily menunjukkan Abby Abadi menyerah borang
menyertai PAS kepada Datuk Nik Abdul Aziz dan saksikan oleh Datuk Husam Musa
berbaju biru.

TERKINI: Menteri Besar Kelantan,Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat walaupun dalam keadaan keuzuran dan kepenatan telah menghadirkan dirinya untuk menyambut pelakon Abby Abadi menyertai Pas sebagai ahli seumur hidup.

Harakah Daily melaporkan pada 20 Julai bahawa upacara penerimaan itu berlangsung di Padang Yayasan Islam Kelantan dengan disaksikan oleh ribuan orang.

KERIS DIPACAK DI SINGAPURA SAMBUT PUASA DAN RAYA

Pacakan Keris yang diiringi dengan lampu neon pelbagai warna telah menimbulkan
suasana yang syahdu bagi  menyambut bulan Ramadan Al Mubarak dan Hari Raya
Aidil Fitri di sepanjang Jalan Geylang Serai, Singapura.
Keris yang menjadi kontroversi politik di Malaysia tidak lama dahulu telah dipacak di Singapura sebagai  lambang menyambut Ramadan dan Aidil Fitri yang menghiasi kiri  kanan jalan utama Geylang Serai dengan lampu neon berwarna warni mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri.

Walaupun Singapura bukan negara Islam, tetapi ia telah mendahului Malaysia dalam mewujudkan semangat dan perasaan penduduk Islam menyambut Ramadan dan Aidill Fitri.

Friday, 20 July 2012

KRIS ADORNS STREETS IN SINGAPORE TO WELCOME RAMADAN AND RAYA

The ‘kiss’ which stirred objection among some
Chinese leaders in Malaysia
The Kris, which became a political controversy in Malaysia some time ago, now lined a street in Singapore as a symbol to welcome Ramadan and Aidil Fitri. The replicas are placed on both sides of the Geylang Serai main road to greet Selamat Hari Raya Aidil Fitri.

Although Singapore is not a Muslim country, it leads Malaysia in creating the mood and environment for Muslims to welcome Ramadan and Aidill Fitri.

It is more obvious if we are to drive to Singapore through Johore, the gateway to Malaysia, where no preparation is seen to celebrate the two major celebrations for Muslims.

Sunday, 15 July 2012

ANTARA IMAM MAHADI, IMAM HADI DAN MEMALI

Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang
Sempena dengan berlakunya kejadian amuk "Imam Mahadi"  di hadapan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya 9 Julai lalu, maka sewajarnya kita mengingatkan semula sejarah serangan Imam Mahadi ke atas  Balai Polis Batu Pahat pada 16 Oktober 1980 yang menyebabkan 23 orang tercedera dan 8 orang terbunuh.

Pada 19 November 1985 pula, 18 orang telah terbunuh dalam kejadian di Kampung Memali Kedah, apabila polis cuba menangkap seorang pemimpin Pas, Ibrahim Mahmood atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya yang mahu merampas kuasa di negara ini bagi membantu perjuangan partinya.

BESI-BESI KARAT DI UTUSAN MELAYU

Allahyarham Tan Sri Melan Abdullah, Mantan Ketua Pengarang
Utusan Melayu dan Allahyarham Zainal Abidin Alias
Mantan Pengarang Utusan Melayu di tahun 60an.
Selalunya kita mengenang kan zaman lalu lebih indah dari sekarang. Umpamanya lebih ghairah untuk menyambut Ramadhan dan Aidilfitri  zaman dahulu sekalipun sebenarnya tidak dapat dipastikan hari permulaannya berbanding dengan sekarang yang jika tidak nampak anak bulan kiraan falak akan terpakai untuk memulakan puasa atau untuk berhariraya.

Demikian jugalah dalam soal  kejahatan, seolah-olah dahulu semua orang baik belaka tetapi sebenarnya peningkatan moral masyarakat semakin tinggi kerana lebih ramai yang berpendidikan dan berpelajaran tinggi  berbanding dengan dahulu. Disebalik sebuah kampung yang damai dan tenang, berlaku sengketa, serang menyerang antara jiran tetangga kerana kata mengata. Berlaku juga kejadian rogol dan zina, terhadap anak tiri dan sebagainya.

Manusia sekarang tidak banyak masa untuk bercerita kerana sebok kerja dan lebih banyak bersendirian, tetapi tetap kata mengata menerusi siber, melampaui batas sempadan kesopanan, namun dilihat sebagai bertemandun kerana menggunakan alat moden atau kerana mereka terpelajar.

Manusia akan terus mengenangkan zaman lalu dengan penuh nostalgic kerana hari berlalu itu tidak akan kembali lagi. Demikian juga suasana di sebuah akhbar Melayu tertua, Utusan Melayu yang penuh dengan cerita-cerita perjuangan dan masa-masa yang sukar. Dihidangkan sebuah lagi catitan dari buku saya: Yang Pertama dan Yang Terakhir.
















Wednesday, 11 July 2012

POSTING KIT SIANG DAKWA UMNO SOGOK JAMAL DAN AMY RM 10,000

Empat orang Melayu yang dihina oleh Lim Kit Siang (dari kiri)
Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, Jamal Abdillah, Amy Search dan
Ibnor Riza
Blog Penasihat DAP, Lim Kit Siang For Malaysia telah membuat  suatu posting yang menuduh Raja Pop, Jamal Abdillah, Raja Rock Amy Search dan penyanyi popular Ibnor Riza disogokan RM 10,000 seorang setiap kali membuat peristiharan menyokong UMNO.

Sebaliknya, kata blog Lim Kit Siang, artis-artis yang meyokong pembangkang secara terbuka seperti Hairie Othman, Aisah, Dayangku Intan dan Bob Lokman telah digam oleh RTM.

Monday, 9 July 2012

KERANA KAK AZAH MAKA LAHIRLAH: TUN RAZAK JEJAK BERTAPAK SEORANG PATRIOT

Allahyarhamah Puan Azah Aziz
Kak Azah telah meninggal dunia hari ini (9 Julai 2012) dalam usia 84 tahun. Nama penuhnya, Sharifah Azah Syed Mohamed Alsagoff , isteri kepada Profesor Diraja Ungku Aziz mantan Naib Canselor Universiti Malaya dan ibu kepada Gebenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.

Negara kehilangan seorang wanita contoh, tokoh budayawan agung  yang memenuhi kriterianya dengan komitmen dan dedikasi sebagai seorang ahli budaya dari segi kegiatan dan penglibatan menerusi penulisan, penciptaan, koleksi bahan terutama pakaian tradisi Melayu, kecintaan yang tinggi pada hasil karya sastera; sajak dan pantun.

Keindahan pantunnya yang sering menghiasai kulit majalah Mastika di muka belakang amat halus, perbandingan dan maknanya yang sukar untuk ditandingi keindahannya.

Sunday, 8 July 2012

DAP BUKAN PAP, LIM KIT SIANG BUKAN LEE KUAN YEW

Lim Kit Siang                    Lee Kuan Yew
Memang benar penafian yang dibuat oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang (Sin Chew Daily News 3 Julai), bahawa beliau tidak pernah menjadi Setiausaha Penerangan Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew seperti yang didakwa oleh Awang Selamat dalam kolum mingguannya di Mingguan Malaysia.

Tetapi Lim Kit Siang  tidak dapat menafikan bahawa; beliau adalah jelmaan Lee Kuan Yew (LKY) dalam parti  DAP yang mewarisi perjuangan Malaysian Malaysia yang ditinggalkan oleh PAP dan Lee Kuan Yew.

Namun, sayang sekali Kit Siang dalam memperjuangkan Malaysian Malaysia, gagal untuk menyesuaikan partinya dengan keadaan politik selepas perpisahan dan terus bermain di atas api perkauman Cina dan sosialisme yang cuba digunakan Lee Kuan Yew untuk mendapat sokongan orang Cina dan Melayu.

Kit Siang gagal untuk membaca bahawa LKY mahu menunggangi singa untuk naik ke atas seperti yang dilakukan kepada orang Cina Singapura.

DAP IS NOT PAP, LIM KIT SIANG IS NOT LEE KUAN YEW

A newspaper clipping of  Utusan Malaysia,  5 July  2012 showing
the attitude of  DAP when it brought a banner into the Melaka
State Assembly which did not have a word of Malay

There is truth in the denial by DAP adviser Lim Kit Siang (Sin Chew Daily News 3 July), that he has never been an Information secretary to Singapore Prime Minister Lee Kuan Yew as claimed by  Awang Selamat in his weekly column in Mingguan Malaysia.

However, Lim Kit Siang  cannot deny that he is an incarnation of Lee Kuan Yew (LKY) in DAP which inherits the fight for the Malaysian Malaysia left by PAP and Lee Kuan Yew.

Saturday, 7 July 2012

MUKHRIZ SINGGUNG PERASAAN PRESIDEN FIDEL CASTRO

Fidel Castro
Dato' Mukhriz Tun Dr. Mahathir tidak dapat melupakan hari bila dia menyinggung perasaan Presiden Cuba, Fidel Castro. Hari itu, ialah hari bapanya, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan perletakan jawatann, sebagai Perdana Menteri dan juga Presiden UMNO (22 Jun 2002).

Beliau berada di Heathrow Airport London ketika berita itu disampaikan kepadanya oleh seorang rakan karibnya ketika  menunggu penerbangan  ke Havana bagi  menemui Fidel Castro sebagai Utusan bapanya. Mukhriz terkejut dan terus menelefon  Dr. Mahathir bertanyakan sebabnya.

Jawapan Dr. Mahathir kepada Mukhriz adalah sama dengan alasan dalam  pengumuman yang diberikan kepada Perhimpunan Agung UMNO hari itu. Katanya "Dah lama sangat dah, sudah 22 tahun" dan juga katanya, kerana beliau kecewa  tidak dapat mengubah sikap orang Melayu yang terus mahu bergantung kepada kerajaan.

MUKHRIZ OFFENDS PRESIDENT FIDEL CASTRO’S FEELINGS


Dato' Mukhriz Tun Dr. Mahathir will not forget the day he offended Cuban President Fidel Castro’s feelings. It was the day his father, Tun Dr. Mahathir Mohamad, announced that he was stepping down as Prime Minister and UMNO President (22 June 2002).

He was at London’s Heathrow Airport when the news was conveyed to him by a close friend while waiting for a flight to Havana to meet Fidel Castro as a messenger for his father. Mukhriz was shocked and immediately called Dr. Mahathir to find out the reason.

Dr Mahathir’s answer to Mukhriz was the same as the reason he gave during the announcement at the UMNO general assembly on that day. He said “It’s long enough, it has been 22 years” and also because he was disappointed for not being able to change the attitude of the Malays who continued to rely on the government.

Friday, 6 July 2012

ROSEDIN DALAM KENANGAN: MOGOK UTUSAN SUATU KESILAPAN

(Dipetik dari akhbar Utusan Malaysia 5 Julai 2012)
Oleh ZAINUDDIN MAIDIN

Allahyarham Datuk Rosedin Yaacob
PEMERGIAN abadinya tidak diketahui oleh rakan-rakan seperjuangannya dan juga orang ramai. Sedangkan pada suatu masa hayatnya, beliau merupakan seorang wartawan yang popular dan terkenal kerana sejarah perjuangan kiri dan kanan yang mewarnai hidupnya untuk memperjuangkan kemerdekaan dan selepas merdeka.

Saya sendiri mengetahui pemergiannya hanya setelah beberapa hari kemudian.

Beliau pernah ditahan oleh British kerana gerakan politik kirinya dalam API (Angkatan Pemuda Insaf) pada zaman darurat 1948. Setelah bebas, beliau diambil bertugas oleh wakil Utusan Melayu di Kuala Lumpur, Aziz Ishak ketika itu untuk  menjadi Setiausaha Jawatankuasa Membantu Keluarga Tahanan Politik Melayu.

Aziz yang melihatnya sebagai seorang nasionalis yang bersemangat tinggi kemudiannya mengambilnya bekerja sebagai wartawan Utusan Melayu.

Tuesday, 3 July 2012

SYED HUSSEIN ALI AKAN SEKAT KASSIM PANCONG ANWAR

Dr. Kassim Ahmad
Portal berita parti Pembangkang Malaysiakini telah menyiarkan kecaman keras mantan pemimpin besar Parti Sosialis Rakyat Malaya, Dr. Kassim Ahmad terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana lidah bercabang, suka memfitnah dan mengkhianati negara.

Rasa kebencian dan pandangan rendah Kassim kepada Anwar sampai kepada peringkat beliau sanggup untuk menempeleng, meludah muka Anwar, memancong atau menggantungnya.

Beliau menganggap sebagai suatu fitnah Anwar mengatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terlibat dengan Altantuya. "Jahat punya manusia" kata Kassim.

SYED HUSSEIN WILL STOP KASSIM FROM “BEHEADING” ANWAR

The opposition’s news portal Malaysiakini has posted the harsh criticism by a former leader of Parti Sosialis Rakyat Malaya, Dr. Kassim Ahmad , against Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim, for speaking with a forked tongue, making slanderous statements and betraying the country.

Kassim’s hatred for Anwar has reached a stage where he could slap, spit on Anwar’s face, as well as to “behead” or “hang”  him.

He regarded as malicious the statement by Anwar for saying that Prime Minister Datuk Seri Najib Razak was involved with Altantuya. "He is an evil being” said Kassim.

Sunday, 1 July 2012

KLIP VIDEO YANG MEMADAMKAN KESILAPAN MAHATHIR

Dalam Majlis Bicara Bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan penuntut-penuntut Fakulti Perubatan UKM, di UKM baru-baru in (25 Jun 2012), Tun Dr. Mahathir telah ditanya oleh seorang pensyarah kedoktoran tentang dua kesilapan besar yang dilakukannya iaitu; Pertama: Melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Kedua: melantik Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri.

Tun Dr. Mahathir mengakui kedua kesilapannya itu. Walaupun dalam ucapannya, beliau menyatakan bahawa sebagai seorang doktor, beliau  dapat membaca jiwa sesaorang, tetapi dalam soal perlantikan dua orang yang diyakininya itu, beliau menyatakan bahawa "Saya tidak dapat membaca niat mereka."

Beliau juga menyebutkan perihal Tun Husein Onn sebelum meletakkan jawatan telah melantiknya sebagai Perdana Menteri, tetapi beliau kekal dengan jawatan itu selama  lebih 22 tahun.

Bagaimanapun video Tribute To Tun Dr. Mahathir yang disiarkan dalam pertemuan majlis Bicara  Bersama Tun Mahathir itu telah memadamkan kesilapan Tun Dr. Mahathir, sebaliknya; para mahasiswa perubatan telah memberikan tepukan penghargaan dan kemaafan yang hangat kepadanya apabila mereka menonton video itu.


THE VIDEO CLIP WHICH ERASES MAHATHIR’S MISTAKES

During a discussion session, Bicara Bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad with students of UKM’s Medical Faculty at UKM recently (25 June 2012), Tun Dr Mahathir was asked by a lecturer about two major mistakes he did. The first mistake was appointing Datuk Seri Anwar Ibrahim as Deputy Prime Minister and the second was appointing Tun Abdullah Ahmad Badawi as Prime Minister.

Tun Dr. Mahathir admitted his two mistakes. Although in his speech he said that as a doctor he could read a person’s soul, but on the question pertaining to the appointment of his trusted aides, he said: “I cannot read their intentions”.

He also mentioned about Tun Husein Onn, who, prior to him stepping down from office, had appointed him as Prime Minister, and he remained in office for more than 22 years.

However, the video, Tribute To Tun Dr. Mahathir, which was shown during the Bicara  Bersama Tun Mahathir event, had erased Tun Dr. Mahathir's mistakes, and was well-received by the medical students who gave a rousing clap after watching it.