Thursday, 28 June 2012

APT WARNING BY THE LATE C.C TOO AGAINST LEGACY OF CHIN PENG ‘S STRUGGLE

During these final days of the leader of the Communist Party of Malaya  (CPM) leader Chin Peng, we should look briefly into his more than 40 years of guerilla struggle which was also supported by the Malay leftist-nationalists who aspired to establish the concept of “Melayu Raya” as the power in the Malay archipelago.

Several Malay nationalists like  Shamsiah Fakeh, Zainab Baginda, Musa Ahmad, Abu Samah, Ibrahim Cik and others, joined the MCP in armed struggle in the forest, but Dr. Burhanuddin, Pak Sako, Ahmad Boestaman and others, fought as front liners in several political parties that were banned during the rule of the British colonial.

In fact after Independence, they continued to be pressured and several of their key leaders, like Dr. Burhanuddin, Ahmad Boestaman and Ishak Haji Muhammad, were sent to jail because they continued to champion Melayu Raya.

Monday, 25 June 2012

AMARAN TEPAT MENDIANG C.C TOO TERHADAP WARISAN PERJUANGAN CHIN PENG



Dalam saat-saat pemimpin PKM, Chin Peng menghadapi hari-hari akhirnya, perlu kita melihat secara ringkas perjuangan gurilanya lebih 40 tahun yang turut didukong oleh nasionalis-nasionalis kiri Melayu yang berhasrat untuk mewujudkan Melayu Raya sebagai kuasa Melayu Nusantara.

Beberapa orang nasionalis Melayu seperti Shamsiah Fakeh, Zainab Baginda, Musa Ahmad, Abu Samah, Ibrahim Cik dan lain-lain, menyertai PKM dalam perjuangan bersenjata di hutan rimba,  tetapi Dr. Burhanuddin, Pak Sako, Ahmad Boestaman dan lain-lain, berjuang di barisan depan dalam beberapa parti politik yang diharamkan semasa pemerintah kolonial British.

Malah selepas kemerdekaanpun, mereka terus tertekan dan pemimpin utama mereka seperti Dr. Burhanuddin, Ahmad Boestaman dan Ishak Haji Muhammad, dipenjarakan  kerana meneruskan perjuangan untuk menegakkan Melayu Raya.

Sunday, 24 June 2012

ORANG PAP BERSEMBUNYI DI UTUSAN MELAYU


PENGENALAN RINGKAS: Othman Wok adalah wartawan Utusan Melayu dari sejak tahun 1951 hingga 1963. Beliau bersara dari Utusan untuk menjadi Menteri Kebajikan Masyarakat Singapura setelah menang Pilihanraya Umum di republik itu sebagai calun PAP. Beliau memainkan peranan penting dalam mematahkan mogok golongan kiri pro Indonesia di  Utusan Melayu dalam tahun 1961.

Sebagai wartawan Utusan Melayu beliau terkenal sebagai seorang wartawan yang rajin dan penuh dedikasi.  Cerita-cerita hantu yang ditulisnya  dalam majalah bulanan  Mastika terbitan Utusan  dalam tahun 50an dan 60an paling diminati. Cerita hantunya telah diterjemahkan dan dibukukan  dalam Bahasa Inggeris.

Othman Wok (nombor 2 dari kiri) mengunjungi
Utusan Melayu Kuala Lumpur pada tahun 1971
ketika beliau menjadi Menteri Hal Ehwal
Kebajikan Masyarakat Singapura. Gambar teratas  Othman di tahun 60an dan gambar terkini.











GAINS, RAKYAT LOSES


Pemimpim PKR Anwar Ibrahim masih membisu seribu bahasa terhadap desakan Presiden MCA Datuk Seri Chuia Soi Lek supaya beliau mengumumkan rancangan Pakatan Rakyat terhadap Pelaja Cina di negara ini.

Beliau telah mengemukakan desakan itu sebanyak tiga kali dan " Keengganannya untuk memberikan jawapan adalah tidak adil dan mengelirukan rakyat.

"Rakyat adalah berhak untuk mengetahuinya supaya merewka dapat membuat perbandingan sebelum mereka pergi membuang undi", katanya.


From Day 1, Tony Fernandes has been manipulating Malaysian laws and law-makers to his advantage; and each time he gets what he wanted, he gets more arrogant and cocky.

The Ministry of International Trade and Industy stopped the deceptive practice of pricing things at “.99” which cheated the rakyat into thinking something was cheaper than it actually was. But AirAsia has been quoting fares at “RM199” all along with impunity. Tony Fernandes has very clever ‘reasons’, but the Malaysian rakyat loses.

The Ministry of Domestic Trade & Consumerism issued guidelines where restaurants, hotels and airlines are forced to list all-inclusive prices, but for a decade AirAsia advertised a non-existent ’fare’ minus many other charges. Also, passengers have been ‘robbed’ of millions due to cancelled flights that are not compensated. Tony Fernandes has very clever ‘reasons’, but the Malaysian rakyat loses.

Saturday, 23 June 2012

SAY NO TO


TERKINI: BEKAS PERDANA MENTERI TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD MENYATAKAN KEYAKINANNYA KERAJAAN AKAN MENIMBANGKAN PERMOHONAN UNTUK MENGADAKAN SATU LAGI PERKHIDMATAN PENERBANGAN TAMBANG MURAH DI NEGARA INI.

Say No To AirAsia telah mulai menghangatkan Persidangan Parlimen apabila dua anggotanya yang naik marah dengan sikap angkuh syarikat penerbangan murah itu mengambil tindakan melarikan  ibu pejabatnya  ke Jakarta kerana tidak  mahu membayar hutangnya beratus juta ringgit kepada Malaysa Airport Holding Berhad (MAHB).

AirAsia  dengan pantas menafikan enggan  membayar hutang itu sebaliknya menyalahkan  MAHB.

Setakat ini dua orang anggota Parlimen; Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong telah menuntut supaya kerajaan tidak lagi membiarkan AirAsia memonopoli hak penerbangan murah di negara ini sebaliknya mahukan kerajaan memberi satu lagi lesen  tambang penerbangan murah kepada syarikat lain.

AIRASIA: WHO CARES WITH MAHATHIR


Pesawat AirAsia AK 5218 terbabas di Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuching (KIA)
 pada 11 Januari 2011
AirAsia’s humble journey began in Malaysia where it set up its base and grew from strength to strength and succeeded as a low-cost carrier in Asia by capitalising on the middle-income group who were flushed with money.

AirAsia will not have succeeded if it got off the ground in another Asian country where the majority of the people are poor.

Spurred by his success, AirAsia Group CEO Tan Sri Tony Fernandes lamented with pride and a tinge of arrogance: "Growth in Malaysia will be boring. It is growth beyond Malaysian shores which is tempting." (Star June 10, 2012).

KHAIRY TAK MAHU MINTA MAAF PADA MAHATHIR.

Ketua  Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin enggan untuk meminta maaf kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menganggapnya sebagai menyebabkan kerosakan asas-asas perpaduan negara dan kehancuran kepada perpaduan orang Melayu.

Akhbar Sinar Harian telah menghubungi Khairy untuk meminta respons terhadap blog zamkata yang meminta beliau memohon maaf secara terbuka kepada Tun Dr. Mahathir atas kesilapannya itu, tetapi beliau enggan untuk memberikan sebarang komen.

Menurut zamkata, majoriti masih mahukan Khairy diberikan peluang menaiki tangga politik dalam UMNO tetapi dengan bersyarat, iaitu antara lain; dia mestilah meminta maaf kepada Tun Dr. Mahahtir dan juga mengadakan perdebatan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pernah menjadi idolanya.

Difahamkan beberapa pihak telahpun meminta Khairy menemui Tun Dr. Mahathir untuk meminta maaf daripadanya, tetapi Khairy telah menolaknya dengan sombong dan keras.

Tun Dr. Mahathir juga tidak mungkin akan memaafkan Khairy.

Wednesday, 20 June 2012

CHIN PENG DALAM KEADAAN TENAT DI BANGKOK



Chin Peng
Seorang pemimpin perang gurila di hutan rimba Malaysia dan Thailand yang gagal mencapai matlamatnya setelah berjuang lebih 40 tahun yang mengorbankan antara empat hingga lima ribu anggotanya, sekarang sedang menghadapi saat-saat kematian di Thailand.

Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya, Chin Peng 90 tahun sedang dirawat disebuah hospital swasta di Bangkok dan berita-berita terakhir yang diterima di sini mengatakan keadaannya semakin  tenat.

Dalam buku memoir peninggalannya bertajuk "My Side Of Story", Chin Peng berkata, bukunya itu bukanlah bertujuan untuk membanggakan atau meminta maaf, tetapi ini adalah jemputan untuk memahami bagaimana kepercayaan terbentuk dan bagaimana persengketaaan boleh bermula serta berjalan tanpa dapat diredakan.

AIR ASIA: PEDULI APA PADA MAHATHIR

Tan Sri Tony Fernandes

AirAsia merintis perjalanannya di Malaysia dengan bertapak, berkembang dan berjaya sebagai sebuah syarikat penerbangan tambang murah di Asia kerana golongan menengahnya yang banyak wang.

AirAsia tidak mungkin mencapai kejayaan ini jika ia bermula di negara Asia  lain yang kebanyakan rakyatnya miskin.

Setelah mencapai kejayaan cemerlang, kini CEOnya, Tan Sri Tony Fernandes bercakap sombong dan angkuh dengan berkata: "Growth in Malaysia will be boring. It is growth beyond Malaysian shores which is tempting" (Star 10 June 2012).

Sunday, 17 June 2012

MOHON MAAF PADA MAHATHIR DAN CABAR ANWAR

Berasaskan dari komen-komen dalam Bahasa Melayu dan Inggeris yang diterima setakat ini atas rencana  Khairy Boleh Jadi Perdana Menteri di Hari Tua, majoriti masih mahukan Khairy diberi peluang untuk menaiki tangga politik dalam UMNO.

Mereka sedar akan ketelanjuran politik Khairy tetapi masih menerimanya denganbersyarat: Khairy mesti belajar dari kesilapan lalu, jangan terburu-buru, jangan berbini lebih, jangan terlibat dengan skandal, jangan sombong dan ego, jangan tamak, mesti banyak menoleh kebelakang malah memintanya juga melihat dari kejatuhan bapa mertuanya Abdullah Badawi.

HARAPAN YANG TAK KUNJUNG PADAM ....


Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman sedang berbual
dengan seniman P.Ramlee A.M.N di kediaman
Perdana Menteri















PILIHAN KOPERAL ALI ANTARA JAMELAH DAN BUDDHA

Koperal Ari
Seorang koperal Angkatan Tentera Udara Diraja Persekutuan Tanah Melayu telah meninggalkan agama Islam dan memeluk agama Buddha di dalam satu upacara di sebuah rumah berhala di Kuala Lumpur.

Sekalipun dirayu oleh ibu bapa dan kekasihnya serta pegawai pemerintah tentera, pegawai agama dan  masyarakat Islam supaya dia jangan berbuat demikian, tetapi dia tetap dengan keputusannya dengan menyatakan: "Saya merasa senang saya telah memeluk agama yang telah saya hajat sejak bertahun-tahun lagi".

Utusan Melayu keluaran 29 Oktober 1962, telah menyiarkan beritanya  dan diekori dengan beberapa lagi cerita mengenainya di  hari berikutnya.

Di bawah ini disiarkan sambungan cerita terakhir  mengenainya:-



Riaksi Ayah Koperal Ali melihat gambar anaknya menyembah  sami Buddha


PILIHAN ARI ANTARA CINTA JAMELAH DAN BUDDHA


Ekoran dari tersiarnya berita Koperal Ali 32 tahun, dari Angkatan Tentera Diraja memeluk agama Buddha,  di Utusan Melayu pada 29 Oktober 1962, bapanya Tuan Haji Aziz yang ditermui oleh pemberta Utusan Melayu di Pulau Pinang, Misbah Tahir, telah membongkar rahsia yang selama ini terpendam yang menyebabkan anaknya mengambil keputusan meninggalkan Islam.

Kata ayahnya: "Kisah cinta tak sampai di antara anaknya dengan seorang gadis yang telah ditunangkan sejak dari kecil, menyebabkan anaknya mengambil keputusan untuk menjadi sami Buddha."

Mereka telah ditunangkan sejak kecil secara tidak rasmi dan tanda pertunangan tidak rasmi telah diberikan, tetapi bila keduanya telah besar panjang, ibu bapa gadis telah menolak pinangan dan sejak itu Ali kelihatan merana dan berjauh hati.

Ari nama Buddhanya, barangkali merajuk dan bila hatinya terlalu rosak, maka itulah yang menyebabkan dia rela membuang agama dan ibu bapanya, kata Haji Azizi.

Tindakan anak saya itu mungkin kerana membalas dendam terhadap perbuatan bakal mertuanya yang telah menghiris hatinya. Perbuatan orang yang putus asa dan hilang fikiran kerana melayan hatinya yang telah remuk redam.

Berikutan itu, tunangnya Jamelah Binti Saad telah merayu supaya kekasihnya kembali kepada agama Islam yang maha suci.


"Cinta saya kepada Ali masih belum padam, malah masih membara di hati saya. Saya sedikitpun belum berubah kepadanya dan Allah sahaja yang mengetahui apa yang tersemat dalam hati," kata Jamelah.

Bagaimanapun, dalam satu pertemuan dengan wartawan-wartawan Utusan Melayu, Harun Hassan dan Ainon Jamal pada 1 November 1962, Koporal Ali Azizi atau Ari nama Buddhanya telah menafikan keputusannya meninggalkan Islam kerana kekecewaan untuk memiliki seorang gadis di Pulau Pinang.

Beliau menjelaskan, bahawa dia telah menjadi pengikut agama Budhha sejak 12 tahun lalu, iaitu ketika berumur 22 tahun.

Katanya, "Saya tidak berganjak dari keputusan pegangan saya sekarang dan keyakinan saya pada agama Buddha bukanlah satu hal yang boleh dijual beli, agama Buddha telah sebati dengan seluruh jiwa raga saya."

Koperal Ari menjelaskan, sebabnya baru-baru ini mengambil tauliah sebagai pemeluk agama Buddha ialah kerana beliau bimbang sekiranya dia mati, tidak ada sesiapa yang mengetahui agama yang dianutinya.

"Sebagai seorang tentera saya harus mempunyai tauliah rasmi tentang agama yang saya anut. Kalau ditakdirkan saya mati, senanglah bagi pihak berkuasa menentukan tanah kubur saya," katanya.

Berhubung dengan gadis Jamelah, Koperal Ari menjelaskan bahawa dia telah menerima sepucuk surat dari Jamleh bagi kali pertamanya dalam tahun 1955.

"Surat itu saya jawab tidak bersungguh-sungguh. Saya tidak sangka main-main jadi sungguh," katanya.

Oleh Koperal Ari diterangkan, bahawa beberapa bulan setelah  menerima surat Jamelah, dia menerima pula surat dari ayahnya meminta supaya dia tidak mensia-siakan harapan gadis Jamelah dan dia telah memberikan persetujuan supaya diikat dengan tali pertunangan.

"Saya mengambil keputusan itu kerana ayah saya bagitu bersungguh-sungguh mengharapkan saya beristerikan Jamelah.Sebagai seorang anak yang ingin berjasa kepada orang tuanya maka harapan ayah itu tidak sanggup saya menolaknya." katanya.

Pada tahun 1959, saya berpindah ke Kuala Lumpur dan berkhidmat dengan Tentera Udara Diraja Persekutuan." Saya tidak memberitahu perkara pertukaran kerja saya dengan ayah atau pun Jamlelah".

Koperal Ali telah pergi ke England kerana mengambil latihan dalam bahagian tentera udara di Raja. Ketika di England dia menerima sepucuk surat lagi dari orang tuanya dan menimbulkan semula tentang Jamelah dan saya menjawab meminta ayah saya sahaja menguruskan hal perkahwinan saya.

"Tetapi rupa-rupanya surat saya itu menimbulkan salah faham di kalangan keluarga saya dan ibu saya enggan menjalankan rundingan dengan pihak keluarga Jamelah dan meminta saya sendiri menguruskannya. Tetapi saya keberatan benar, kerana saya tahu antara saya dengan Jamelah berlainan faham tentang agama," kata Ari.

Tentang Jamelah, Ari berkata dia seorang gadis yang baik budi bahasanya. Kuat memegang pada ajaran agama Islam. Dia mengajar Quran kepada anak anak kampong. "Saya yakin dia akan menjadi seorang isteri yang bertanggungjawab"

Mengikut Koperal Ari, dia tidak mengambil Jamelah kerana cintanya kepada agama lebih besar dari segala cinta di dunia ini. Dia tidak mahu memesong kepercayaan Jamelah dan dia mahu melihat Jamelah berbahagia hidupnya di masa depan.

Kepada Jamelah, Koperal Ari meninggalkan pesan ini: "Saya mempunyai kepercayaan teguh kepada agama Buddha, saya tidak akan menukarkannya. Saya doakan Jamelah berbahagia dan mendapat seorang suami yang bertanggungjawab."

Ari menjelaskan, bahawa cita-citanya adalah untuk menjadi seorang Sami Buddha yang ulong, apabila berhala Cawangan di Petaling Jaya siap pada tahun 1963.

CATATAN: Ari sekarang berumur lebih 70 tahun. Tentunya yang menjadi pertanyaan kita semua apakah Koperal Ali atau Ari telah mencapai cita-citanya dan adakah dia masih ada di Berhala Buddha di Petaling Jaya. Adakah dia masih hidup atau mati. 



Kuala  Lumpur 28 Oktober (1962): Seorang koperal dalam Angkatan Tentera Udara Diraja Persekutuan Tanah Melayu, hari ini telah menukarkan agama Islamnya lalu memeluk agama Buddha. Dia ialah Koperal Ali bin Azizi 32 tahun, berasal dari Pulau Pinang.

Koperal Ali telah memeluk agama Buddha dalam satu upacara khas Buddha yang bernama Katiba di sebuah berhala Buddha di Ibu Kota.

Dalam masa menjalani upacara itu, seorang pegawai dari kedutaan Siam di Kuala Lumpur telah menyampaikan kepadanya sepucuk surat tauliah yang mengesahkan, beliau kini menjadi penganut agama Buddha yang sah.

Setelah menerima surat itu, koperal Ali telah duduk bersimpuh menyembah sami-sami Buddha yang menjalankan upacara Katina itu dengan menyusun jari dan mengangkatkan tangannya ke dada. Nama Ali Azizi kemudiannya di tukar kepada nama Ari Azizi.

Dengan upacara itu berakhirlah perbalahan Ari dengan pihak tentera dan rakan rakannya yang beragama Islam serta dengan keluarganya yang menentang keras cita-citanya menganut agama Buddha.

Juga berakhirlah sudah cita-cita Ari sejak 12 tahun yang lalu, untuk mencari satu agama yang sesuai dengan jiwanya.

Ari  pernah masuk Kristian dan sembahyang di gereja, tetapi merasakan masih belum dapat  mententeramkan jiwa dan mensucikan dirinya.

Dalam satu pertemuan dengan Utusan Melayu hari ini. Koperal Ari Azizi  menceritakan "Saya telah mula cenderong kepada ajaran agama Buddha sejak berusia 12 tahun lagi. Malah pernah pergi ke berhala Cina di Pulau Pinang dan mengikuti upacara sembahyangnya, tetapi saya tidak tertarik kerana agamanya terlalu banyak tuhan."

"Setelah itu, saya telah berhenti pergi ke Berhala Cina, lalu pergi mengikuti sembahyang agama Kristian di gerejanya. Tetapi agama ini juga tidak dapat saya terima kerana adanya pepercahan dalam agama tersebut."

"Setelah 10 tahun lamanya mencari, maka barulah sekarang saya dapat memilih agama yang sesuai dengan jiwa saya".

Koperal Ari pernah pergi ke England dalam tahun 1959 untuk melanjutkan pelajaran dalam ketenteraan.

"Dalam tempoh dua tahun saya  di sana, saya rasa seperti tinggal dalam neraka".

Menurut Ari, bapanya seorang yang paling taat kepada ajaran agama Islam telah menentang keras kehendaknya untuk memeluk agama Buddha.

"Pegawai pemerintah tentera juga telah datang untuk menasihati saya, malah pada satu ketika, pernah  mereka membawa saya ke depan seorang kadi dan menyuruh kadi tersebut mengucapkan  bahawa saya bukannya seorang Islam, tetapi kadi itu menyatakan bahawa dirinya tidak dapat berbuat demikian kerana ini adalah melanggar ajaran Islam

"Kawan-kawan saya telah mencerca saya kerana maksud saya itu, tetapi saya telah menerangkan berulangkali, bahawa saya tetap akan memeluk agama Buddha, meskipun apa yang akan terjadi ke atas diri saya".

Koperal Ari dengan wajah sedih menyatakan, "Orang tua saya dan sanak saudara lainnya, tidak mengaku saya sebagai anaknya dan tidak menerima saya lagi dalam keluarga kami itu, tetapi biarpun bagitu, sekarang saya merasa senang, saya telah memeluk agama yang saya hajat sejak bertahun lagi.

Koperal Ari juga mengumumkan, bahawa cita-citanya pada masa depan ialah untuk menjadi  sami Buddha untuk berjuang demi kepentingan agama itu sebaik sahaja sebuah gereja buddha siap dibina tidak berapa lama lagi.

Sebelum menerima surat tauliah, Koperal Ari telah diberithau oleh pegawai kedutaan Buddha di sini, bahawa "Tuan boleh masuk dan keluar agama Buddha pada bila-bila masa tuan suka, agama Buddha tidak melarang umatnya masuk atau keluar dari agama itu".

Bab-bab akan datang di Z Fail ....

+ Salam Othman Wok pada Kawan-kawan.
+ Utusan Tak Sanggup Simpan Besi Buruk.
+ Gila Rambong.
+ Khalwat.
+ Satu Pembohongan di Labuan

Wednesday, 13 June 2012

KHAIRY CAN BECOME PM IN HIS OLD DAYS

UMNO Youth Chief Khairy Jamaluddin and several of his friends cannot wash their hands over their political gambit that had contributed to political instability in the party and also the collapse of the foundation of national unity built by Second Prime Minister Tun Abdul Razak Hussein, and strengthened and elevated by Tun Dr. Mahathir Mohamad.

In some cases, this interplay of politics continued until after the 2008 Tsunami which culminated in efforts to bring back Anwar into UMNO to the extent of taking an international passport to him to seek medical treatment for neck injuries abroad. But Khairy apparently misjudged the attitude of UMNO stalwarts.

KHAIRY BOLEH JADI PM DI HARI TUA

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan beberapa orang rakannya tidak dapat membasuh tangan, bahawa percaturan politik mereka telah memberikan sumbangan ke arah ketidaksetabilan politik dalam parti dan juga keruntuhan kepada asas-asas ikatan perpaduan negara yang diletakkan oleh Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein dan diperkukuh serta digemilangkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dalam beberapa hal, percaturan ini dilanjutkan sehingga selepas Tsunami 2008, yang menampakkan ada usaha untuk membawa semula Anwar Ibrahim ke dalam UMNO sehingga ke peringkat membawa passport antarabangsa kepadanya untuk berubat patah tengkok di luar negara. Tetapi ternyata Khairy salah membaca sikap orang UMNO.

SALAM SETIAKAWAN

Wadah “Setiakawan Demi  Warisan, Kemanusiaan dan Kerukunan” adalah untuk penghayatan mempertahankan Warisan, Kemanusiaan dalam pengertian kebebasan bersempadan dan Kerukunan dengan penghormatan berteraskan kepada Rukun Negara.

PINTAS Blog ini tidak sahaja akan diceriakan dengan komen isu-isu semasa, tetapi juga akan memintas kepada berita, rencana serta maklumat yang  dinilai penting untuk pembangunan dan pengukuhan minda Setiakawan.

Z FAIL menyajikan bahan-bahan terpilih daripada catatan sejarah negara  yang berupa berita, petikan buku, surat terpendam dan maklumat-maklumat yang perlu diketahui oleh generasi baru.

CERITA ZAM adalah merupakan kompilasi daripada pengalaman kewartawanan yang dilalui yang telah diterbitkan dalam bentuk buku pada tahun 1980 bertajuk “Pertama Dan Terakhir”.

SOLIDARITY GREETING


Tagline: "Solidarity in the Pursuit of Inheritance, Humanity and Harmony" demonstrates resolve in defence of Inheritance, and Humanity in the true meaning and essence of adjoining and concurring independence by upholding the Rukun Negara”.

PINTAS: This blog will not only be illuminated with comments on current issues, but will also evaluate news, features and information deemed essential to the development and strengthening the understanding of solidarity.

Z FILES will present selected materials from the country's history in the form of news, quotes, books, and dormant letters, and so on to enlighten the new generation.

ZAM’s CRONICLE is a compilation of the writer’s reporting experience that had been documented in a book entitled “Pertama dan Terakhir" which was published in 1980.

HASRAT UNTUK TERBUKA DAN TERTUTUP



Apakah arus globalisasi di bawah imperialisme media dan kolonialisme baru akan menghancurkan seluruh warisan, kemanusiaan dan kerukunan hidup?

Tidakkah suara terbaru Tun Dr. Mahathir Mohamad yang meminta dikaji semula kebebasan mutlak internet  tidak lagi sezaman dan mempertahankan Sultan Johor membuat bidaan nombor pendaftaran WWW 1 yang bernilai RM 520,000, dianggap tidak perlu?.

Sesuatu yang pada mulanya difikirkan untuk menjadi berita menarik telah menjadi kontroversi dan tidak mustahil telah ada yang memikirkan di masa depan bidaan dari VVIP perlu dimasukan dalam fail “Sulit”.

Berita itu mungkin telah memberikan impak negatif kepada pihak Istana tetapi ia tidak kepada ahli politik yang senantiasa mencari populariti bagi membangkitkan isu-isu sensitif bagi mendapat perhatian rakyat.

Pengertian globalisasi tanpa sempadan memberikan pengertian yang cukup luas dalam perjuangan poilitik.

Keculuparan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin adalah setitis daripada kemungkinan lebih besar yang akan berlaku.

Tidak lama dulu, Dr. Mahathir pernah menyesali dunia tanpa komunis dan sosialis untuk mengimbangi imperialisme baru dan kuasa unipolar.

Sekurang-kurangnya jika masih wujud Parti Sosialis Rakyat Malaya tentulah tidak akan ada orang sosialis di Malaysia yang “murtad” dan berketuakan homosexual dan nouveaux riches.(Orang kaya baru)

Hal ini tidak lagi perlu dikesali, kerana sebenarnya dari awal lagi Malaya  telah menempah untuk berada dalam gagasan globalisasi barat yang di pelupori oleh Datuk Onn Jaafar dan kemundiannya diwarisi oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj,  Tun Abdul Razak Hussein, Tun Hussein Onn, Tun Abdullah Badawi dan seterusnya Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Dr. Mahathir cuba untuk melakukan kelainan dengan membina keperibadian dan maruah bangsa dalam konsep yang sama, tetapi sikap bebasnya tidak memberikan keselesaan kepada barat.

Dasar warisannya menyebabkan agen-agen barat terus menggugat pemerintahan Najib menyebabkan beliau terpaksa memulihkan hubungan dengan British yang sejuk lebih 22 tahun dan tegang dengan Amerika Syarikat.

Senator dari Parti Republican John McCain yang amat berpengaruh di Amerika Syarikat yang melawat Malaysia baru-baru ini, menganggap Najib sebagai reformis yang telah memulihkan hubungan Malaysia dengan Amerika Syarikat.

Najib terpaksa melakukan ini kerana menghadapi cabaran hebat dari running dog, capitalist pig dan noveaux riches yang banyak di negara ini sekarang.

Antaranya ialah, anak-anak golongan elit yang telah menjelma sebagai penulis wira demokrasi di akhbar Inggeris mempunyai tanggungjawab yang sama.

Peralihan sikap Najib ini telah memberi kesan kepada perubahan sikap media barat seperti CNN, BBC dan Wall Street Journal terhadap stail pemerintahannya.

Sikap berlembut mereka menyebabkan salah satu dari blog  running dog telah marahkan Wall Street Journal.

Selain itu, berbanding Dr. Mahathir, Najib tidak diketahui mempunyai tokoh-tokoh besar perniagaan Cina dan India sebagai kroninya.

Ramai antara kita tidak menyedari, dua pemimpin Agung dari Kedah, Tunku Abdul Rahman dan Dr. Mahathir telah membuat dua kesilapan besar yang menjadi masalah kepada negara ini hingga sekarang.

Tunku membawa masuk Singapura ke dalam Malaysia yang mana turut  sama membawa bersamanya Malaysian Malaysia sementara Dr. Mahathir membawa masuk Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kemudianya telah memporak perandakan perpaduan bangsa.

Disebalik kesilapan mereka ini, Tunku dan Dr. Mahathir mempunyai terlalu banyak tugu-tugu jasa yang mereka bina bagi melindungi kelemahan mereka.

Tercatit sebagai sejarah mulia, dengan sokongan kuat seorang nasionalis rakyat, allahyarham Tun Ghafar Baba, Dr. Mahathir dengan berani menunjukkan kuasa rakyat bila maruah mereka mula terjejas dengan mengingatkan raja-raja tentang Raja Berpelembagaan demi untuk mengikis feudalisme.

Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman walaupun berketurunan di Raja, tetapi tetap menyedari kuasa rakyat yang disebutkan dalam tulisannya dalam buku Ulangtahun Ke 10 Utusan Melayu dan juga dalam interbiu dengan saya pada 26 Mei 1963. Ketika itu beliau berada dalam krisis dengan Sultan Selangor dan juga dengan abangnya Sultan Kedah (Tulisan penuh Tunku akan disiarkan di Z FAIL).

Tunku memetik kata-kata Raja Faruk, iaitu raja Mesir yang terakhir bahawa pada masa hadapan, hanya terdapat lima raja sahaja dalam dunia ini,  iaitu selain Raja Great Britain ialah Raja Lekok, Raja Deman, Raja Sepit dan Raja Kelawar.

Peranan media, terutama media cetak dalam menyiarkan kenyataan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin membidas Sultan Johor membida pendaftaran kereta WWW 1  memberi kesan yang berbeza.

Bantahan yang dibuat terhadap Mohamad Nizar telah memperkukuhkan lagi sokongan masyarakat Cina dan golongan radikal terhadap beliau dan juga Pas. Lantaran itu menyebabkan beliau menjadi semakin berani.

Hanya dengan semakin terkawal cerita-cerita negatif yang melibatkan pihak Istana akan dapat menjamin tidak hanya tinggal lima raja sahaja di dunia ini. Tunku, Dr. Mahathir dan Ghafar Baba pernah mengawalnya. 


ASPIRING TO BE OPENED AND CLOSED


Will the waves of globalisation under the media imperialism and neo-colonialism destroy the entire heritage of humanity and the principle of life? Aren’t Tun Mahathir’s recent call for absolute freedom of the internet should be reviewed was off tangent while coming to the defence of the Sultan of Johor’s successful RM520,000 bid for the WW1 car registration number is unnecessary?

The successful bidding was supposed to be interesting news, but it became controversial and it is not impossible that certain quarters might be toying with an idea that future bids from VVIPs would go into the "Confidential" file.

Perhaps the news had given a negative impact to the palace, but not to a politician who is after popularity by raising sensitive issues. Globalisation has a far-reaching meaning in a political struggleNizar’s outlandish remarks were merely a drop in the ocean towards greater possibilities.

Tun Mahathir had once regretted a world without communist and socialist to offset new imperialism and unipolar power. At least if Parti Sosialis Rakyat Malaya (Malayan People's Socialist Party) still existed there would be no apostate socialists in Malaysia led by homosexual and nouveaux (new) riches.

This is not regrettable as from the outset as Malaya then had aspired to ride the waves of ​Western globalisation pioneered by Onn Jaafar and inherited by Tunku Abdul Rahman, Abdul Razak Hussein, Abdullah Badawi and Najib Tun Abdul Razak.

Tun Mahathir tried to be different by building national character and dignity along similar concept, but the West was not comfortable with his independent attitude. His polices had caused agents from the West to continue to threaten Najib’s reign.

Najib had to revitalise ties with the British administration which remained cold for over 22 years and tense relations with the United States. Republican Senator John MaCain, who is one of the most influential senators in the United States, during his visit to Malaysia recently, regarded Najib as a reformer in the Malaysia-U.S. relations.

Najib had to do this due to mounting challenges from growing number of running dogs, capitalist pigs and noveaux riches in the country off late. They included children of elites who advocate democracy in their columns in English dailies which also take the same course.

Najib’s amenable attitude has changed the attitude of Western media like CNN, BBC and Wall Street Journal on his administration. This softening of attitude by Najib has angered one of the running dog bloggers who vented his anger at Wall Street Journal.

In addition, unlike Mahathir, Najib is not known to cultivate Chinese and Indian tycoons as business cronies.

Two great leaders from Kedah, Tunku Abdul Rahman and Tun DrMahathir had made ​​two big mistakes to the detriment of the country until now. Tunku had brought Singapore into Malaysia that brought along the Malaysian Malaysia concept while Mahathir had brought in Anwar Ibrahim who wreaked untold damage to unity.



Despite their grave errorsTunku Abdul Rahman and Mahathir’s countless good deeds overwhelmed their weaknesses.

As mentioned in the annals of history, Mahathir unleashed the power of the people when it was trampled with the strong support from a nationalist, the late Ghafar Baba. Mahathir reminded the Malay rulers then on constitutional monarchy in his quest to erode feudalism.

First Prime Minister Tunku Abdul Rahman, despite being a member of the royal house was aware of the power of the people as narrated in a book entitled “Utusan Melayu 10 tahun” and also in an interview with me on May 26, 1963. At that time he was facing a crisis with the Sultan of Selangor and his brother, the Sultan of Kedah (Tunku’s article on this event will be published in Z FILES).

Tunku once quoted King Farouk, the last ruler of Egypt, as making this pronouncement: "Soon there will be only five Kings left – the King of England, the King of Spades, the King of Clubs, the King of Hearts, and the King of Diamonds”.

The role of the media, particularly print media in publishing a statement by former Perak menteri besar Datuk Seri Mohammad Nizar, who criticised the Sultan of Johor over his successful bid for WWW1 vehicle registration number, resulted in different outcomes. Nizar’s objection had strengthened the support of the Chinese community and radical groups towards him and PAS.

It does not necessary mean that Nizar’s statement was in vain. Hence, he becomes bolder.

Only by applying some control over negative stories involving the palace could ensure that there will not be only five kings left in the world in future. Tunku, Mahathir and Ghafar Baba had been able to bring the rulers under their control.

SIAPA BAPA MENGKAFIR 2








Monday, 11 June 2012

KISAH SEDIH SAM D'LLOYD DI KONSERT TERAKHIRNYA DI MALAYSIA



Tiada seorang wartawanpun yang menulis tentang episod sedih Sam  atau Syamsuar Hasyim, vokalis utama kumpulan legenda D'Lloyd Indonesia, ketika mengadakan konsert terakhirnya Semalan di Malaysia di Istana Budaya Kuala Lumpur pada bulan Mei 2011.

Sebagai seorang seniman yang punya perasaan halus, tentunya kenangan pahit itu dibawanya sehingga ke akhir hayat. Para penonton dan wartawan juga turut bersedih bersamanya pada malam itu.

Friday, 8 June 2012

OOI AH KOW


Berikutan dengan tersiarnya rencana saya mengenai Ooi Ah Kow “ Hidup dan Matinya Sebagai Wartawan” di Utusan Malaysia 18 Febuari 1978, isterinya telah menulis surat kepada saya mengucapkan berbanyak terima kasih dan menyatakan rencana mengenai suaminya yang telah meninggal dunia  “ amatlah menarik sekali”.

Saya masih menyimpan surat itu yang bertarikh 17 Mac 1978 yang juga meminta saya menghantar empat salinan rencana tersebut untuk diberikan kepada anak-anaknya.