Sunday, 30 December 2012

KHAIRY TIDAK AKAN BERTANDING SEMULA PILIHAN RAYA KE 13

Khairy Jamaluddin
Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang juga anggota Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mungkin tidak akan dicalonkan untuk bertanding semula dalam Pilihan Raya Umum ke13 berikutan dengan pendedahan bahawa beliau telah berhutang berjuta ringgit dari Bank Pertanian yang pembayaran semulanya menjadi persoalan.

Pinjaman itu dikatakan diperolehinya sebelum Datuk Seri Najib mengambil alih jawatan Perdana Menteri.

Pekara ini telah diketahui umum termasuk kalangan UMNO dan hari ini (30 Disember 2012), Suara Parti Keadilan, Keadilandaily yang Anwar Ibrahim adalah Ketua Umumnya telah menimbulkan beberapa pertanyaan dan kritikan berhubung dengan pinjaman itu.

Khairy adalah simpatisan Anwar Ibrahim yang terbukti apabila Anwar dibebaskan, beliau sendiri telah menghantar pasport antarabangsa untuk Anwar mendapat rawatan tengkok patah di luar negara.

Beliau berbuat demikian untuk mencari populariti di kalangan penyokong-penyokong Anwar yang masih ada dalam UMNO, tetapi sebaliknya menimbulkan kemarahan menyeluruh ahli UMNO yang masih menghormati Tun Dr. Mahathir.

Kenyataan penyelaras apa yang dikatakan sebagai Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham Saharin menyebutkan, Khairy mendapat kemudahan pinjaman itu ketika Tun Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri.

Sayugia disebutkan, hal ini bukanlah luar biasa. Beberapa orang rakan Anwar Ibrahim juga pernah mendapat pelbagai kemudahan pinjaman bank ketika beliau menjadi Timbalan  Perdana Menteri.

Bagaimanapun, pendedahan ini menambahkan tekanan kepada Khairy dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 kerana beliau adalah Ketua Pemuda UMNO dan di samping itu beliau tetap diingati dengan  percaturan politiknya yang menyebabkan beberapa orang calon berpotensi menang dalam pilihanraya 2008 telah tersingkir.

Di samping itu, dalam masa krisis kepimpinan selepas Tsunami 2008, portal Malaysian Insider yang dikendalikan oleh beberapa orang yang diketahui sebagai  rakan rapat Khairy telah memperkecilkan Najib dalam usaha terakhir untuk menghalangnya ke jawatan Perdana Menteri.

Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (S.A.M.M) Cikgu Bad dalam kenyataannya berkata, beliau telah mendapat dokumen yang setelah diperiksa diyakini sahih bahawa Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin pernah mendapat pinjaman membawa nilai jutaan ringgit dari Bank Pertanian Malaysia.

Kenyataan itu mempersoalkan sama ada hutang itu telah dibayar atau belum dan dia mendakwa Khairy dibiarkan berhutang tanpa tindakan.

18 comments:

  1. Hutang mesti dilunas. Nanti balanya mengikut ke kubur!

    ReplyDelete
  2. biasalah tu ... dah banyak kali kita dengar.
    kalau rakyat biasa tak mampu bayar hutang, bank negara akan blacklist, bangkrap malah bekukan akaun sampai payah nak hidup. insolvensi pulak akan kejar sampai ke lubang cacing kononnya nak membantu. tapi kalau ahli politik atau ahli koperat berhutang siap boleh bagi chan, boleh kautim malah boleh lupuskan hutangpun ada.
    banyaklah ko punya rakyat didulukan. kalau betul gomen nak tolong rakyat, cari jalan macamana nak turunkan harga minyak, harga rumah, harga kereta dan pelbagai keperluan harian manusia yang dinamakan rakyat bawahan. takkan orang2 pandai mengira kat atas tu tak boleh berpikir cara nak tolong rakyat kot? balik2 bagi cash kat sesetengah kelompok aje. bagi sikit, ambik balik banyak. sekarang 1malaysia dah naik rate letrik dengan meter baru. pandai sungguh gomen kira ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mohd Nasir. Bachok.31 December 2012 at 05:49

      Saya tidak setuju sepenohnya tulisan ini kerana cuba mengelirukan rakyat. ramai rakyat biasa yang tak bayar hutang bank, kawan kawan saya termasuk ahi pas yang dijamin oleh UMNO yang nak berniaga,pinjam bank tapi tak bayar, katanya duit haram ,tak apa, akhirnya bangkrap.

      Harga minyak di Malaysia yang termurah,pergilah ke Thailand baru engkau sedar. butakah mata kerajaan membuat rumah kos rendah untuk rakyt dari sejak zaman perdana menteri pertama. di Kuala Kedah rumah murah hanya bayar 35 ringgit sebulan tapi tak bayar sampai kemati.

      Dulu duit bantuan rakyat pergi menerusi UMNO tetapi Najib bagi terus pun tak nampak juga. Janganlah cakap merapu ikut sedap mulut sahaja. Kalau ketua mengeboh macam lembu tapi kita kanalah fikir macam manusia. jika kita buta atau lihat dengan sbelah mata, jangan ajak orang ikut buta.

      Delete
    2. Assalam Tn Nasir Dari Bachok,
      cuba lihat komen dari Munirah NS di bawah
      .... Hanya seorang ahli yang BODOH sahaja atau tidak bercita cita besar yang tidak akan mengambil kesempatan untuk mencari wang sebanyaknya bagi kepentingan politik.
      Mungkin tn berkomen atas dasar membela PM kita,itu adalah baik tapi saya rasa pengomen anon 03:47 berkomen atas dasar keadilan rakyat bawahan. tn perlu sedar bukan semua rakyat adalah ahli parti politik. tak perlulah di bandingkan dengan thailand atau luar negara kerana yang merasa sengsara adalah rakyat bawahan m'sia , bukan thailand.
      mungkin orang2 seperti tuan sudah selesa kehidupan hingga tak terasa susah orang bawahan. betul kata tuan, ketua mengheboh macam lembu, jadi jgn kita juga jadi lembu yg buta mata mendongak ke langit tanpa melihat ke bumi. agak2 tuan berapa peratus rakyat yg senang mcm tuan ni berbanding yg susah dlm m'sia ni? tak payah la holiday ke thailand, marilah jengok ke bandar2 dan bercampur golongan bawahan dan rasailah kekalutan mereka menghadapi 'cost of living' yang semakin tinggi.rumah di kedah atau bachok zaman dulu mungkin murah, tapi tidak di bandar2 besar spt di penang, kl, jb etc. dan apa kena mngena ahli pas atau umno yg pandai mengambil kesempatan lalu bangkrap dengan kesusahan rakyat bawahan? tiada kena mengenapun sebab bukan semua rakyat adalah ahli parti politik. tapi ada bezanya iaitu rakyat bawahan berhutang untuk menanggung keluarga menghadapi cost of living. sedangkan ahli politik tak kiralah BN atau PR, berhutang untuk tidak dianggap bodoh spt kata munirah? jadi di mana kepentingan rakyat kalau kepentingan politik diutamakan? dan mereka2 ini dibenarkan pula mengelak dari tindakan undang2 tidak seperti rakyat bawahan? nampakkah tuan bezanya? atau tuan juga ikut buta seperti munirah?
      kalau yepun nak bodek ahli politik atau ahli koperat, takpe .. itu rakyat faham tapi cuba fahamkan tajuk dan isunya dulu. baru komen
      assalam.
      p/s ... kat mana nak beli rumah RM35/bulan tu? kat bachok ada lagi ke? kalau ada nak tempah 5 bijik.

      Delete
  3. pisang emas dibawa belayar
    masak sebiji di atas peti
    hutang bank mesti dibayar
    kalau tidak jumpa lah ceti

    pisang emas dibawa belayar
    masak sebiji di atas peti
    paspot anwar boleh dibakar
    khairy jadi peon tak ada misteri

    pisang emas dibawa belayar
    masak sebiji di atas peti
    siapa hina ayahanda kita
    hidup dia tak lama nanti

    pisang emas dibawa belayar
    masak sebiji di atas peti
    menyesal langgar kereta dara
    sekarang sudah jadi bini

    pisang emas dibawa belayar
    masak sebiji di atas peti
    terlalu banyak dosa dibawa
    tiba masa bunuh diri

    ReplyDelete
  4. Harap Datuk Najib tidak akan membuat keputusan yang salah hanya semata mata kerana kesilapan langkah politik seorang yang masih mentah.

    Hanya seorang ahli yang bodoh sahaja atau tidak bercita cita besar yang tidak akan mengambil kesempatan untuk mencari wang sebanyaknya bagi kepentingan politik .
    Apakah dia seorang sahaja yang harus menerima padah sedangkan ramai lagi yang bersama dengannya.

    Bukan mudah untuk mencari seorang yang briliant,petah bercakap,berkarisma seperti Khairy. Dia juga berpengaruh di kakalangan anak anak muda. Dia harus diberi peluang sekali lagi dan tentunya dia sudah belajar dari pengalamannya.

    ReplyDelete
  5. Biarlah Tun M yang bijaksana memutuskan perkara ni. KJ lah punca kekalahan Tun A dan seluruh komponen BN pada 2008. Sepatutnya dia berundur dengan sukarela dan tak perlu "hidung tak mancung pipi tersorong2". Kami betul2 muak tengok muka dia di media.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuma Tun M sahaja yg tau mengajar budak jahat ni. Maklumlah, dah semua orang dok ingat dia budak baik pasal keturunan Oxfart, sampaikan bapa mertua dia pun kena main ataas bawah, dah tiba masanya orang dok tibai dia atas bawah pulak. Goodluck.

      Delete
  6. Hearsay vs evidence ; which one .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hearsay will become evidence if he did deny it.

      Delete
  7. I think it is part of conditioning mind so that he will accept the verdict. The sin he did to the nation to great and are being paid by UMNO and Malays.Liberalism made in oxford opens the road to catastrophe.

    He is young. Let him pay the sin and come back or join Anwar Ibrahim. We have nothing to loose.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SOLELY AGREED. LET HIM SHARE HIS ASSHOLE WITH ANWAR.

      Delete
  8. Apa yg berlaku dgn menantu Pak Lah ni sudah dijangkakan tetapi taklah sampai hutang bank pun tak mampu nak bayar. Kan dia sebelum ni diisytiharkan sebagai penganggur terkaya 1Malaysia sejak zaman pemerintahan Dolah Batik. Bahkan dia juga dikenali sebagai power broker and runner utk bapa mertuanya sehinggakan semua urusan projek dan kepimpinan Umno mesti melaluinya. Begitu gah sekali kuasanya sehingga sanggup mengenepikan hak orang lain semata-mata maukan agenda peribadinya berjaya. pandai tapi akhirnya bodoh juga. Inilah masalahnya budak hingusan seperti ni bila diberikan kuasa sampaikan sanggup Tun Dr M pun disikunya suruh main jauh-jauh.

    Peliknya, budak ni jugalah yg menyebabkan kejatuhan bapa mertuanya, Umno dan hilangnya kuasa Melayu di negara ini. Peliknya juga kedudukannya dalam politik masih lagi dikekalkan yg sepatutnya sudah lama diterajang keluar. Bersama dgn balacinya di tingkat 4, yg juga masih pelik kerana hingga kini masih lagi pegang jawatan penting dalam GLC dan Umno, negara saksikan betapa perpaduan dan keharmonian yg dijaga sejak selepas merdeka ranap hanya selepas pilihanraya 2008 sahaja.

    Sehingga kini tidak lagi ada kemampuan utk membangun memperbaiki keadaan ini kerana itu yg diharapkan oleh DAP supaya ia berkekalan berterabur dgn Anwar dijadikan alat pemusnah Melayu negara ini. Budak Khairi ini jugalah kononnya amat progresif dan inovatif dalam politik yg maukan semua berfikir secara liberal dan terbuka tanpa mengambil kira keadaan Melayu di segi ekonomi dan sosialnya, negara hampir ranap akibat hampir hilang kuasa politik Melayu yg ada sejak pilihanraya 2008.

    Sekarang, anehnya namanya muncul kerana tak mampu bayar jutaan ringgit dgn bank. Bagi yg menyokongnya seolah 'seorang ahli yang bodoh sahaja atau tidak bercita cita besar yang tidak akan mengambil kesempatan untuk mencari wang sebanyaknya bagi kepentingan politik. Apakah dia seorang sahaja yang harus menerima padah sedangkan ramai lagi yang bersama dengannya.'...seolahnya menghalalkan apa keburukan dan kebiadapan yg dilakukan itu boleh dimaafkan. Pikaqlah sendiri...sanggup kita ada 'musang bulu ayam macam budak ni lagi? Tak cukup gejala politik hingga Melayu tunggu nak pupus pada pilihanraya akan datang ini? Berapa juta yg hang dah terima daripada nya...?

    kesudahannya, biarlah 'Luncai terjun dgn labu-labunya' dan kita ramai-ramai ketawa dan sambut...'biarkan..biarkan'...kalau kita masih nak selamatkan dia lagi, kita pun nanti tenggelam macam si Luncai. Bukankah Melayu sekarang ni pun dah nak tenggelam? Lepas pilihanraya ni tenggelam terus kot? Semuanya berpunca daripada budak yg bernaman Khairy atau nama glamournya, KJ.

    ReplyDelete
  9. Ala usahkan bank...para media yang ada pun dua kali lima jugak. Utusan? Berita Harian? NST? The Star? TV3...berita KJ akan jadi berita utama. sampaikan KJ kentut pun semua nak siarkan jadi berita utama. La ni jadi lain la pulak...hiporkrit sungguh pemgamal media kita. Kesian budak tu jadi mangsa. Tapi bagus jugalah sekurang-kurangnya dia sedar tak semua ilmu diajar kat Oxford.

    ReplyDelete
  10. Ghandhi.Sg Petani5 January 2013 at 17:00

    Memang benar. Hal ini berlaku dari sejak zaman Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman hingga ke zaman Abdullah Badawi tetapi dalam masa Najib tidaklah bagitu jelas.

    Anwar Ibrahim belum pun jadi PM bila diberikan kuasa media oleh ahahtir habis ditukarkannya para pengarang dan diletakan orang orangnya dan siapa yang tak patuh disingkirkan.

    Tidak boleh salahkan pengarang pengarang. Mereka juga makan gaji. Perjuangan kebebasan di mana lagi yang ada?

    Anwar yang mendakwa diri sebagai Mandela diketahui tidak lebih dari hanya barua Amerika.Yang tinggal hanyalah idealisme

    ReplyDelete
  11. Ghandhi,Sg Petani

    Ya benar pengarang -pengarang hanya makan gaji. Mereka tiada pilihan. Jika tidak mereka akan dikera sumbangkan dan dimalukan secara halus. Manusia berprinsip sudah jarang ditemui di muka bumi ini. Kerana itu saya amat kagum dengan Tan Sri Musa Hasan. Contoh manusia yang berpinsip ada pada dia. Tengok anak mata dia dalam-dalam, tengok anak mata Hisham dalam-dalam. Kita pasti akan jumpa jawabannya.

    ReplyDelete
  12. I dont thing Khairy should surender, Datuk Harun as Ketua Pemuda challanged Tun Razak. Why cant you follow his brave step. This is politic ,doa or die.

    ReplyDelete
  13. BANYAK RAMALAN TUAN ZAINUDIN SALAH

    ReplyDelete