Wednesday, 25 July 2012

KONSPIRASI JENAYAH PEGAWAI KERAJAAN, PELAJAR PALSU DAN KEDAI PENDIDIKAN


Pada mulanya sebagai pelajar kemudian jadi
pelacur yang boleh dilihat disekitar Jalan
Bukit Bintang, Kuala Lumpur
Tulisan Timbalan Ketua Pengarang akhbar Cina, Sin Chew Daily News di bawah ini adalah merupakan "rahsia umum." Kemasukan warga asing juga berlaku  secara 'rampant'  ke Britain  dalam tahun 70an  yang akhirnya melahirkan  beberapa  "little India" di negara itu.

Kebanyakan mereka dihalau oleh Idi Amin dari Uganda. UK terpaksa menerima kerana mereka adalah rakyat British tetapi secara "bijak" mereka juga membawa masuk saudara mara mereka dari India. Maka lahirlah  bebeapa "little India" di negara itu.
Dalam pada itu turut masuk pelajar-pelajar asing, kebanyakan atas alasan belajar bahasa Inggeris atau lain-lainnya di institusi private. Mereka hadir di kelas hanya sekejap dan akhirnya menghilangkan diri dalam masyarakat Britain. Tetapi mereka tidak diketahui melakukan jenayah-jenayah besar.

Sebaliknya apa yang sedang berlaku di Malaysia adalah tepat seperti yang dikatakan oleh Tey Ting Hean, Timbalan Editor Sin Chew. Puncanya ialah persekongkongan Pegawai-pegawai Imigresen, Pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan Tinggi dan apa yang dikatakan oleh Ting Hean: "kedai-kedai perniagaan pelajaran." (Pemberi Rasuah) Apakah  SPRM tidak mengetahui pekara ini? Apakah Menteri berkenaan terlalu cerdik sehingga tidak sedar.  Mustahil!

Kita tidak perlu bercakap panjang  dalam pekara yang telah menjadi "rahsia umum," Di sebalik kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mahukan rakyat bersyukur kerana negara ini aman dan umat Islam dapat melaksanakan ibadah, termasuk berpuasa tanpa rasa takut, sebenarnya rakyat hidup dalam ketidakyakinan terhadap keselamatan malah mereka tidak pasti apakah kereta mereka masih ada untuk pulang selepas sembahyang tarawih.  


Kalau Najib menganggap kenyataan ini sebagai keterlaluan, maka tidak hairanlah jika beliau masih membuat kenyataan kita mesti bersyukur dengan keamanan.


Rakyat bersyukur atas limpahan kemakmuran tetapi apakah mereka harus membayar harga yang sangat mahal untuk sebuah maruah yang bernama demokrasi dan globalisasi ?


STRUKTUR PERSEKONGKONGAN JENAYAH


Penulis: Tey Ting Hean Timbalan  Editor 
Terjemahan dari Sin Chew Daily News 20 Julai 2012


Penglibatan mereka dalam kejadian jenayah
di  negara ini kini kian meningkat 
Keluarga broker hartanah yang menjadi mangsa pembunuhan telah mengeluarkan kenyataan, setiap titisan air mata mereka, mereka halakan tuduhan itu ke institusi pendidikan pengajian tinggi; apa yang dinamakan “kedai perniagaan pendidikan.”

Apabila kita baca keluhan itu, kita juga terasa sedih, yang menjadi mangsa pembunuhan bukan sahaja dari kalangan broker hartanah, mungkin ada lagi seorang pengusaha percetakan dan seterusnya banyak lagi yang menjadi mangsa.

Sehingga ke hari ini semua bukti-bukti penjenayah tertumpu kepada beberapa orang pelajar palsu dari Pakistan; adakah hanya mereka sahaja yang melakukan jenayah-jenayah itu?

Adakah orang-orang yang bertanggungjawab membawa masuk pelajar-pelajar palsu yang belajar di kedai-kedai perniagaan pendidikan tidak bertanggungjawab?

Pegawai-pegawai yang mengeluarkan visa pelajar kepada mereka itu buat kerja ikut sesuka hati mereka, adakah semua itu tiada kaitan langsung dengan tugas pegawai-pegawai itu?

Institusi perniagaan pendidikan membawa masuk pelajar-pelajar palsu ini, selepas mereka membuat keuntungan, mereka lepas tangan dan tidak ambil peduli semua apa yang telah berlaku; pegawai-pegawai kerajaan yang luluskan visa, masing-masing mendapat kepentingan, apabila pelajar-pelajar palsu ini lakukan jenayah, pegawai-pegawai yang meluluskan visa lepas tangan buat tidak tahu.

Pelajar palsu adalah penjenayah, jika begitu bermakna institusi-institusi kedai pendidikan ini bersekongkong dengan pegawai yang meluluskan, dan selepas luluskan, mereka boleh lepaskan semua tanggungjawab mereka; walaupun mereka boleh telepas dari segi dihambat oleh undang-undang, namun tidak akan terlepas dari segi keadilan serta tanggungjawab mereka.

Yang paling buruk sekali, berkaitan di bawah sistem birokrasi dalam kerajaan, mereka tidak akan dikenakan sebarang tindakan, pada bila-bila masa sahaja mereka boleh terlepas dari tanggungjawab mereka; mereka boleh secara terus menerus lahirkan pelajar-pelajar palsu lagi, dan secara berterusan mereka boleh kekalkan aktiviti bersekongkong dengan struktur penjenayah-penjenayah.

Bagi wawasan mahu jadikan Malaysia sebagai negara pengeluar (eksport) “perkhidmatan pendidikan” mereka (pegawai-pegawai kerajaan) bukan sahaja tidak tersabit dengan kesalahan, malah mereka disanjung dan diberi penghargaan.

Dalam masa puluhan tahun kebelakangan ini, orang yang bersekongkong dengan jenayah-jenayah ini, kita tidak tahu sudah berapa ramai mereka lahirkan pelajar-pelajar palsu ini, di seluruh negara boleh dikatakan semua pelusuk ada pelajar-pelajar asing, mereka hidup bersama dalam kumpulan masyarakat kita, mungkin mereka ini adalah jiran-jiran tetangga kita, pada bila-bila masa mereka akan muncul di sekeliling kita.

Dari kalangan kita tidak seorang pun berani menegur mereka seperti: “kamu ada pas lawatan yang sah ataupun tidak? Ada belajar atau tidak? Belajar di institusi mana?”

Kita sepatutnya menyoal pihak yang berkenaan, terutama sekali kementerian pengajian tinggi dan pihak Imigresen, bagaimana orang-orang asing ini boleh mendapat Visa pelajar? Selepas mereka datang ke negara ini adakah mereka mereka ini ditadbir dengan wajar?

Mereka menggunakan visa pelajar masuk ke negara ini, mereka tidak perlu belajar ataupun ditempatkan untuk belajar, mereka dibenarkan lakukan jenayah-jenayah kejam secara terbuka di bumi Malaysia ini.

Jika diselidiki dan dihalusi perkara ini, siapakah sebenarnya yang mendapat keuntungan dalam melahirkan pelajar-pelajar palsu ini?

Ini adalah satu rahsia yang sudah terang dan nyata yang telah terungkai. Kerana terlalu banyak kedai-kedai perniagaan institusi pendidikan ini tumbuh, insititusi-institusi ini perlu kekal hidup, ramai orang dari kalangan mereka mendapat keuntungan daripada visa pelajar itu, setiap kepala pelajar asing boleh ditukarkan dengan wang ringgit.

Di bawah menggunakan nama topi “perkhidmatan institusi pendidikan” sesiapa sahaja boleh datang ke Malaysia, kerana kedai-kedai perniagaan institusi pendidikan ini mengalu-alukan mereka dan menjaga mereka dengan baik.

Selepas mereka tiba ke Malaysia, mereka tunjukkan muka di kolej-kolej dan institusi-institusi kedai perniagaan pendidikan, mereka terus boleh bertukar menjadi orang yang bebas di negara ini, mereka boleh lakukan apa sahaja yang mereka mahukan. Ada berita menyatakan, institusi kedai pendidikan ini boleh menawarkan pekerjaan kepada mereka, pelajar lelaki boleh jadi buruh kasar dan pelajar perempuan boleh gadai badan jadi pelacur.

Kita boleh kaitkan dengan bermulanya kisah ini, hanya segelintir sahaja institusi kedai pendidikan seperti ini, dan juga hanya ada segelintir sahaja pegawai-pegawai kerajaan yang lakukan rasuah; hanya disebabkan gara-gara segelintir institusi dan segelintir pegawai-pegawai ini boleh timbulkan pelbagai masalah-masalah besar di negara ini, ini satu mala petaka besar kepada masyarakat kita.

Selama beberapa tahun ini institusi perniagaan pendidikan, pelajar palsu serta pegawai-pegawai kerajaan bergabung menjadi “besi keluli tiga segi” sama-sama lakukan jenayah yang tidak boleh ditembusi dari luar; hanya merosakkan masyarakat, sebaliknya masih belum dapat memberi kesedaran kepada pihak-pihak yang berkenaan.

Di sebelah sana kementerian pendidikan tinggi telah memberi tahu, selepas ini akan lebih ramai kemasukan pelajar asing ke negara ini, sasaran mereka pada tahun 2020 pelajar asing di negara ini seramai 200 ribu orang, menjadi sebuah negara yang “pengeksport perkhimdmatan pendidikan ke luar negara”.

Apabila terdengar suara seperti ini saya rasa ia amat menggerunkan.


Terjemahan:
Doreen Ng Abdullah
22 Julai 2012

3 comments:

  1. PEKARA INI RAHSIA UMUM TETAPI MASIH RAHSIA KEPADA SPRM.PENGUMUMAN DEMI PENGUMUMAN GERAKAN HAPUSKAN JENAYAH TIDAK AKAN MEYAKINKAN RAKYAT JIKA TIDAK ADA PENGUMUMAN DEMI PENGUMUNAN PEGAWAI PEGAWAI TERLIBAT DITANGKAP DAN DIHADAPKAN DIMAHAKAMAH.

    LAGI TIDAK MEYAKINKAN APABILA KEMUDIAN DIADAKAN MAJLIS PENGAMPUNAN DOSA PEGAWAI PEGAWAI RASUAH YANG DIHADHIRI MENTERI.

    ReplyDelete
  2. Tidak syak lagi bahawa tulisan yang berasaskan rahsia umum seperti inilah yang semakin menghapuskan keyakinan masyarkat Cina.Jika kerjaan dapat mengambil tindakan yang meyakinkan maka inilah yang lebih besar dari pemberian pemberian sedekah kepada rakyat menjelang pilihanraya.

    ReplyDelete
  3. sejak zaman Tun Abdullah sudah berapa kali proses pemutihan pati dijalankan dan melibatkan kos yg tinggi.....tetapi rakyat sedikitpun tidak merasai bahawa negara ini sudah sedikit `kelabu' dengan pati. Saban hari rakyat merasa lemas dengan lambakan pendatang yg pelbagai rupa. Baru-baru ini saya ke klinik gigi kerajaan di bangunan cahaya suria....saya merasakan saya seperti baru sahaja mendarat di myanmar. Situasi beginilah yg membuatkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan BN menyusut. Saya yakin bukan sahaja kaum melayu, malah kaum cina dan india juga ramai yg tidak menaruh keyakinan terhadap pembangkang tetapi kerajaan pula seolah-olah memandang sepi terhadap kehendak rakyat. Saya yakin sekiranya kerajaan `membersihkan' negara kita dari pendatang2 yg memberikan imej buruk pada negara ini. Kerajaan tidak perlu membelanjakan peruntukan yg tinggi untuk segala macam bentuk bantuan 1 Malaysia.

    ReplyDelete