Wednesday, 20 June 2012

AIR ASIA: PEDULI APA PADA MAHATHIR

Tan Sri Tony Fernandes

AirAsia merintis perjalanannya di Malaysia dengan bertapak, berkembang dan berjaya sebagai sebuah syarikat penerbangan tambang murah di Asia kerana golongan menengahnya yang banyak wang.

AirAsia tidak mungkin mencapai kejayaan ini jika ia bermula di negara Asia  lain yang kebanyakan rakyatnya miskin.

Setelah mencapai kejayaan cemerlang, kini CEOnya, Tan Sri Tony Fernandes bercakap sombong dan angkuh dengan berkata: "Growth in Malaysia will be boring. It is growth beyond Malaysian shores which is tempting" (Star 10 June 2012).


AirAsia tidak membayar hutang kepada Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB), kerana menganggap pelancong yang dibawanya memberi keuntungan lebih besar kepada negara berbanding hutangnya. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga mungkin melihat dari segi keuntungan kepada negara apabila terpesona dengan cadangan penggabungan MAS-AirAsia.

Keangkuhan dan keberanian Tony Fernandes bermula dari zaman Tun Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri, kerana ia mempunyai ramai kawan rapat di Jabatan Perdana Menteri.

Beberapa tahun lalu, Ketua Pemuda UMNO merangkap Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mahu mendirikan Lapangan Terbang Tambang Murah di Sendayan tanpa memperdulikan perasaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mahu KLIA dijadikan hub utama kepada semua penerbangan.

Sendayan terletak kira-kira 15 kilometer dari Seremban, sebelum ini pernah dicadangkan sebagai lokasi baru Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) untuk syarikat penerbangan AirAsia, tetapi kemudian  dipindahkan bersebelahan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Apabila MAHB mahu menaikan airport tax pada Disember 2011, AirAsia berkempen membantahnya dengan meletakan sticker kecil merah di lokasi strategi di LCCT.

Tidak dapat dinafikan kepakarannya dalam pemasaran dan pengiklanan, sticter Say No To Aiport Increase diletakan di tembok tandas khususnya; berhadapan tempat orang berdiri membuang air kecil serta di tempat-tempat lain yang strategik. Cukup bijak!.

Kementerian dalam Negeri dan menterinya, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein serta pegawai-pegawainya tidak melihat perkara ini sebagai bahaya subversif. Rakyat pastinya akan menyokong AirAsia kerana memberi peluang kepada mereka terbang dengan tambang yang murah.

Say No To Airport Tax  adalah sama juga  Say No To Kerajaan! atau Say No To BN!. Adalah amat malang menteri yang bertanggungjawab tidak dapat membaca maksud yang tersirat daripada yang tersurat untuk menanam perasaan kebencian kepada kerajaan dengan berkesan.

Kita tidak boleh menyekat AirAsia untuk memindahkan ibu pejabatnya ke Jakarta, kerana dalam dunia perniagaan, tidak ada cinta, tidak ada  kasih sayang, tidak ada kesetiaan dan tidak ada nasionalisme. Ini semua adalah idealisme.

Yang penting bagi Tony Fernandes, ialah growth dan katanya "Growth in Malaysia will be boring at single digit of 3%, 4% to 5%, but countries like Vietnam, Phippines and Indonesia are where there is plenty of opportunities over the next 10 to 15 years". Dia sepatutnya memulakan perniagaannya di Philipine.

"Our cost advantage in Malaysia is eroding as airport changes go up whereas in other countries  they are building low cost teerminal for us," katanya dan dia tidak pula cerita tentang AirAsia untung  kerana tidak bayar hutang beratus juta ringgit kepada MAHB.

AirAsia juga terus mengancam untuk tidak memperdulikan perancangan dan sentimen bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir. Maka itu, dia terus tidak memberikan kepastian untuk menggunakan KLIA2. Mungkin dia masih yakin boleh bina di Sedayan apabila Khairy menjadi menteri kelak.

Kata Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Operasi AirAsia di Malaysia yang menggantikan Tony Fernandes: "Pihak kami masih dalam proses perbincangan mengenai pekara itu."


Dalam satu kenyataan pendek kepada Zamkata, Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat (MUBARAK), Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata: "AirAsia has disentangled itself from MAS and now has moved its ASEAN Headquarters to Jakarta. Surprisingly what remains in Malaysia is its legacy of high demands to facilities its operation in Malaysia in respect of new airport facilities.

"Worse there was a rampant campaign with stickers in the aircraft saying “No To Airport Tax”. Are these enough reasons to move its ASEAN headquarters to Jakarta."

Abdul Aziz adalah salah seorang yang secara senyap, membantu Airlines System Employess Union (MASEU) yang mempunyai lebih 20,000 ahli, untuk mengingatkan kerajaan, bahawa Mas adalah aset negara dan campur tangan Abdul Aziz telah menyumbangkan kepada pembatalan penggabungan Mas-AirAsia.

Nampaknya Tan Sri Rafidah Aziz, yang sekarang menjadi Pengerusi bukan Eksekutif AirAsia, juga menyertai pandangan, bahawa nasionalisme adalah karut dalam dunia perniagaan. Syabas Rafidah !

Dalam kemaraan globalisasi bukan lagi kerajaan yang menguasai rakyat, tetapi konglomaret besar yang menguasai kerajaan dan rakyat.

21 comments:

  1. Sedayan atau Sendayan. Sila tolong nyatakan nama pekan dengan tepat kerana adalah mengelirukan semua orang.

    ReplyDelete
  2. Salam Tuan,
    Do refer your comment with DS Rafidah Aziz as she is the Chairman.
    OPEN SKY maaaa????What do they cares.

    Bagi depa terbang di awang-awangan, Kan Malaysia dan Indonesia sedarah sedaging?Najib juga berketurunan Bugis.KIta semua ada setitis keturunan Jawa, Acheh, Boyan etc, etc, etc....

    ReplyDelete
  3. Pegi jahanam ngan airasia. Memang langsung tidak memperdulikan kemudahan mereka yang memerlukan airobridge. Dan kini ngan bongkaknya memperlekehkan kerajaan. Hei dei..pigi da!! Aku pandang muka ko pun aku jadi semakin anti airasia. Jom pakat ramai-ramai boikot mereka. Tapi MAs jgn lupa, tolong tengok2 sikit perkhidmatan dan kos sajian yang melampau. Tak mananya harga nasi lemak yg harganya RM1.50 kalu bli di stall biasa tp jika di dalam kabin jadi RM15. Biar berpada. Pentadbiran MAS tolong lihat perkara ini dan perkara yang setara ngannya. Ini yg MAS tak pernah mengkaji sejak zaman TS Ramli lg. Sbb tu MAS jd spt skrg. Jd untuk jadi kompatatif mreka kena lihat perkara ini. "Value Analysis" perlu dibuat dari peringkat yg paling bawah. Dan mana2 kakitgan yg tak prduktif tunjukkan jln kelua. Penggabih boreh yo..

    ReplyDelete
  4. Betoi2 mcm kacang lupekan kulit si tony ni!mule2 nk ambk airasia dlu sujud kat tun!dah kaye kerajaan blk di akalnye!dgn pahamin rejab yg bwk jmp tun pun kene tendang.

    ReplyDelete
  5. MARI KITA MELANCARKAN KEMPEN SAY NO TO AIR ASIA. JIKA ADA KOMPLEN ANDA TENTANG AIR ASIA MARI KITA BUKAKAN PEKONGNYA.JANGAN SIMPAN DI HATI KERANA BOLEH NAIK KAPAL TERBANG MURAH.

    ReplyDelete
  6. Sikap Tony Fernandes ini adalah seperti "Kadok Dah Naik Junjong", beliau seharusnya kena sedar, tanpa sokongan dan kemudahan yang diberi oleh kerajaan Malaysia, agak sukar AirAsia untuk mencapai kejayaan seperti hari ini.

    Seharusnya, di peringkat ini, beliau sepatutnya menghargai sokongan dan bantuan yang telah diberi oleh kerajaan, bukannya menunjukkan sikap "Besar Kepala"nya untuk memindah operasi AirAsia Ke Jakarta sebagai ibupejabatnya apabila kemahuannya tidak dipenuhi.

    Dirasakan kini telah sampai masanya kerajaan tidak perlu lagi bagi muka kepada AirAsia dengan memenuhi apa sahaja permintaan dan kemahuannya.

    Perempuan yang mengamil alih tempat Tony Fernandes itupun, dirasakan tidak berjiwa kebangsaan, apatah lagi berjiwa Melayu walaupun dia seorang Melayu.

    Setiap sidang akhbar akhbar AirAsia tidak pernah bahasa kebangsaan digunakan.

    Dicadangkan mulai sekarang diharap pihak kerajaan dapat mencari opsyen lain bagi menggantikan AirAsia dengan menumpukan kepada MAS atau FireFly. Letakkan satu NOKTAH kepada Airasia.

    ReplyDelete
  7. Berikan MAS lesen pernerbangan MURAH ala Air Asia, baru boleh complete and ppl will fly MAS new budget Airline and the tagline lie 'evveryone can fly with stlye'

    ReplyDelete
  8. Tapi kenapa MAS tak boleh atau tak mau fight harga murah? Kosnya terlalu tinggikah atau mau kekal premium?

    ReplyDelete
  9. macam nih lah perangai anjing..

    sanggup mengigit tangan orang yang memberi makan!

    ReplyDelete
  10. Terminate all Air Asia routes including taken from MAS in Malaysia and give it to Firefly.

    ReplyDelete
  11. Saya dah lama tak gunakan Air Asia. I rather enjoy driving to wherever.

    ReplyDelete
  12. Dulu aku pernah beberapa kali nak naik AirAsia, tapi kawan2 aku bgtau... jangan naik, sebab AirAsia ni tak dijamin keselamatannya. Langsung aku berulang alik dengan MAS. Pada aku, kalau AirAsia beri harga murah sekali pun, aku akan jawab: No AirAsia. - MZ

    ReplyDelete
  13. bukan ke waktu mula2 dlu, tony fernandes siap jumpa tun mntk sokongan semua? skrg boleh respon pada tun macam ni pula? inilah, bila adat ketimuran dah hilang dek bisnes.

    ReplyDelete
  14. sebagai rakyat malaysia lebih mulia saya syorkan utamakan MAS . Dari kita support AirAsia yg sombong dan tak tentu penerbangannya selamat ataupun tidak . Harap Najib silalah buka mata tentang hal ini ..

    ReplyDelete
  15. Aku dah lama boikot AirAsia. Dah la selalu delay, data pulak masuk salah. Harga pun rasa macam menipu kita ajer. Baik pakai MAS. Lagi yakin dangan masa dan service

    ReplyDelete
  16. mas the best...selamanye

    ReplyDelete
  17. MAS kena tengok potensi firefly. Ia boleh menandingi airasia. Kenapa aku cakap gitu, sebab aku da naik, da bawa anak isteri guna. Walau aku pernah naik airasia, memang ada sedikit perbezaan harga. Tapi berpatutan dan bersesuaian. Ada aerobridge(utk isteri aku yg pragnan) dan ada pilihan utk menu makan serta pilihan tempat duduk, tambahan utk baby below 2 years are not charges. Berbanding ngan airasia yg aku sebut suma tu takda langsung pada laluan dan hari yang sama penerbangan. Jadi jika perbezaan hanya ~RM30~50 aku tak kesah. Sebab memudahkan aku dan memberi keselesaan pada keluarga aku.

    Korang yg penah naik airasia kau banding kan keselasaan dan perkhidmatan tersebut. Aku rasa macam sadin(kaki mana boleh belunjur), pinggang aku sakit bagai nak patah, walaupun penerbangan hanya mengambil masa 1jam45min dari LCCT ke Kuching atau sebaliknya. Lagi kena jalan kaki lagi dari terminal menunggu ke pesawat samada nak naik maupun nak turun. Selama berpuluhkali aku naik airasia tak pernah 1 pun yang ikut jadual, manjang delay. Takda satu pun tepat. Tapi bila check in ada aje hidden tax yg perlu dibayar dikaunter.
    Aku jadi tertipu dan memang amat menyakitkan hati.

    Sampai aku pernah terlepas cakap(kerana terlalu marah, tertipu) kat ticketing staf dia, "nah duit(bayar duit cukai airport dan luggaje etc) gaji ko orang, kalau tak buat cara macam ni mana boss ko org dapat bayar gaji korang". Dan itulah kali yang terakhir aku naik airasia..30Nov2011).

    ReplyDelete
  18. kerajaan dan pemimpin yg lemah@ bongok...begitu mudah di permainkan..tp kalau org kampung 20 sen pun tuntut...tp company besar x berani amik tindakan...bkn masalah air asia bg tambang murah...maslahnya pentadbiran & pengurusan MAS yg lemah..semua anggota MAS sepatutnya di kenakan tindakan tatatertib....xkan ini pun x blh pikir.....

    ReplyDelete
  19. This is the same ball-sucking idiot who can't pronounce election properly and keep saying "erection" during the interview with Al-Jazeera. Say no to Tax same like Say no to BN?? WTF?? Are you keeping your brain in toilet bowl?
    I'm an Indian Muslim just like you and Tun but I'm ashame having people like you in the community.

    ReplyDelete
  20. serba salah
    apalah nasip rakyat malaysia. harap kat mas dalam mas ada penyamun
    menghabiskan duit mas.harap kat air asia rupanya penyamun besar.
    pakat2 laaa suruh syed mokhtar buat tambang murah.baru aku percaya

    biarlah si tony tu bawak air asia ke indonesia dia belum tau tinggi langit dan bumi bila buat business dekat indonesia. kita tengok lepas tiga tahun poket dia makin tebal kee kosong .mesti menyembah balik sujutt dekat malaysia .

    aku harap buat masa ini harap dapat tarik balik anugerah gelaran yg di beri kepada si tony dan rafidah pedi podah sial punya org

    ReplyDelete
  21. Air Asia memang sombong ....

    http://www.mazidulakmal.com/2013/05/ibu-dan-bayi-sengsara-di-vietnam-air.html

    ReplyDelete